.

.

KARTiKEL

Jumaat, 6 Mac 2015

Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah 2015 / 2016

Calon-calon SPM 2014 yang mendapat keputusan cemerlang serta berkeinginan untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi kemasukan 2015 / 2016, bolehlah mula membuat permohonan secara atas talian di app.moe.gov.my/timurtengah.

Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah 2015 / 2016


Permohonan secara atas talian ini akan dibuka pada 10 Mac 2015 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 10 April 2015 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari. Manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatya pada atau sebelum 08 Mei 2015 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.


Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Morocco bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja.

Oleh itu semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen yang lengkap perlu dihantar kepada KPM. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri dan dimaklumkan bahawa KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.


Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talin 02-8870 6627 / 6226


Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62 200 Putrajaya


Iklan : Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah 2015 / 2016



12 ulasan:

  1. bagaimana hendak memohon saya still tak faham

    BalasPadam
  2. http://app.moe.gov.my/timurtengah/logMasuk.php tekan ni lepastu isi apa yang patut

    BalasPadam
  3. its too complicated

    BalasPadam
  4. knape sya bkk ..dia tulis webpage is not available..tolonglah saya..

    BalasPadam
  5. saya pn jadi macam tu jugak , tolonglah saya ..

    BalasPadam
  6. apakah contoh biasiswa ataupun penajaan yang boleh dipohon jika memohon program ini ?

    BalasPadam
  7. http://app.moe.gov.my/timurtengah/logMasuk.php copy link ni lepastu sign in

    BalasPadam
  8. assalamualaikum. saya dah pun mohon ke timur tengah. yang pasal tajaan biasiswa tu saya buat persendirian sbb keputusan biasiswa masih belum diketahui. saya ada mohon biasiswa jpa-mara, dan sy berjaya utk ditemuduga. jika saya berjaya mendapatkan biasiswa tersebut, boleh ke saya kemaskini bahagian tajaan dlm borang tersebut?pada awalnya saya nak buat tajaan jpa-mara,tp takut takde rezeki. mcm mana ya? saya perlukan maklum balas. terima kasih.

    BalasPadam
  9. assalamualaikum.. sy ni dari aliran sastera.. boleh x sy nk mohon farmasi untuk belajar di timur tengah

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum. Boleh ke pelajar lepasan spm 2013 memohon belajar ke timur tengah sesi 2015/206. Hap dapat dibalas. Terima kasih

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum. Saya hendak bertanya, bila keputusan permohonan akan keluar? Dan di mana saya boleh check?

    BalasPadam
  12. Saya ingin melanjutkan pempelajaran ke mesir menggunakan sijil spm. Tapi tidak tahu bagaimana untuk mengisi. Ada sesiapa boleh tolong bagitahu sayavmacam mana nak isi melalui online?

    BalasPadam