.

.

KARTiKEL

Isnin, 15 Disember 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Cuti sekolah saya kali ini dipenuhi dengan aktiviti yang padat. Bermula dengan tugas sebagai Pengawas SPM, kemudian sempat lagi pegi Bercuti ke Pontianak sebelum kembali ke kampung halaman di Perlis, ada satu lagi tanggungjawab yang perlu saya laksanakan, iaitu sebagai Penceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014.


Bagi yang belum biasa dengan Kem Peneraju Tunas Geliga, kem ini adalah dikhaskan kepada pelajar-pelajar seluruh Malaysia yang merupakan penerima Biasiswa Peneraju Tunas Geliga


Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014


Pelajar-pelajar ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2, adalah pelajar-pelajar terpilih, kebanyakkannya datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan, tetapi mempunyai keputusan peperiksaan UPSR yang cemerlang. Dan selepas ditawarkan menerima Biasiswa Peneraju Tunas Geliga, mereka akan dipantau perkembangan akademik. 

Kebanyakkan mereka ditempatkan ke sekolah berasrama penuh atau pun MRSM dan kem ini adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan yang perlu disertai oleh kesemua penerima Biasiswa Peneraju Tunas Geliga dari seluruh Malaysia. Biasiswa untuk 5 tahun di sekolah menengah ok! Untung sangat kan mereka nih?


Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014


Seperti biasa, saya dijemput untuk 2 hari bagi memberikan ceramah mengenai teknik menjawab soalan sains PT3. Plan asalnya adalah menyertai kem sebagai salah seorang fasilitator. Tapi terpaksa saya menolak pelawaan daripada Kak Ana dan Kak Mimi kerana komitmen kepada keluarga dan juga tugas lain. Maka saya cari juga 2 hari bagi tidak menghampakan pelawaan mereka berdua.

Nak dijadikan cerita, sesi diadakan pada waktu 8 malam di Sekolah Sains Alam Shah, Cheras. Seawal jam 6 petang saya sudah bergerak ke sana, memandu kereta abang ipar, berseorangan, dari Taman Melati, Gombak. Jangan ketawa ok. Saya keluar 2 jam lebih awal sebab ini adalah kali pertama saya memandu di Kuala Lumpur! Semua jalan pakai rembat, semata-mata berpandukan Google Maps. 


Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014


Alhamdulillah saya selamat sampai ke destinasi pada masa yang ditetapkan. Tapi lama sikit la.. Sebab ada tersalah jalan sikit. 

Disebabkan ada 2 hari untuk sesi ceramah, maka saya bahagikan kepada 2 sesi berbeza. Malam pertama untuk sesi perkenalan dan motivasi, manakala malam kedua untuk sesi teknik menjawab soalan. Terkejut juga saya bila diberitahu semua mereka akan mengikuti ceramah saya. Ini juga bermaksud ada hampir lebih 450 orang pelajar yang akan mendengar dan mengambil manfaat daripada ceramah ini. Aigoo.. ramainyer... :3

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014


Hari pertama langsung dengan agak baik. Fokus saya adalah lebih kepada nak menjalinkan hubungan dulu dengan pelajar. Biar diorang rasa lebih rileks dan bersedia untuk sesi ceramah pada esok nya. Sesi pertanyaan soalan dibuka, majoriti yang bertanya soalan adalah pelajar dari Sabah dan Sarawak. Excited diorang jumpa 'orang Sarawak' nih. Malah ada yang ambil kesempatan bertanya dalam Bahasa Melayu Sarawak dan juga Bahasa Iban! ;)


Hari kedua pula lebih banyak saya fokuskan kepada teknik menjawab soalan sains PT3. Saya mulakan ceramah dengan berkongsi teknik pembelajaran Sains dan juga kaedah menambahkan minat dan ingatan terhadap pelajaran Sains. 


Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014


Untuk hari kedua ini, rasanya nampak pelajar lebih terbuka dan bersedia untuk menerima ilmu. Mereka juga nampak lebih santai, serta lebih selesa untuk nak dengar ceramah daripada saya. Lebih ramai pelajar yang berani untuk tampil ke hadapan bagi bertanyakan soalan. 


Disebabkan majoriti pelajar adalah terdiri daripada pelajar-pelajar bijak dari sekolah-sekolah pandai, maka tidak lah menjadi masalah besar sangat untuk mereka. Cuma disebabkan bilangan mereka yang terlalu ramai (450 orang) dan keadaan dewan yang besar, maka kawalan kelas perlu dilakukan dengan lebih baik. Saya cuba tarik perhatian mereka dengan sedikit jenaka dan juga dengan menggunakan video selingan.


Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014


Sebelum saya menutup sesi bersama anak-anak ini, sempat juga saya menawarkan 10 buah kalender eksklusif Cikgu Hailmi 2015 buat anak-anak Tunas Geliga yang bertuah. Mereka hanya perlu tulis nama, sekolah dan alamat ke atas sekeping kertas, dan kemudian saya akan buat cabutan secara rawak. 10 yang bernasib baik, akan menerima kalender tersebut terus ke alamat yang diberikan! Tahniah!

Alhamdulillah, selesai juga sesi 4 jam bersama anak-anak Tunas Geliga. Gembira juga sebab saya akhirnya berjaya kongsikan ilmu saya yang sedikit ini dengan lebih ramai anak-anak di Malaysia. InshaAllah jika ada peluang lagi di masa akan datang, pasti saya akan cuba libatkan diri lagi.. ;)


Kesempatan ini juga saya ambil untuk ucapkan ribuan terima kasih kepada team Peneraju, terutamanya Kak Ana dan Kak Mimi yang banyak memberi peluang kepada saya dalam bersama-sama menjadi penggerak kecil kepada bidang pendidikan di Malaysia. INshaAllah dengan usaha kecil ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada anak-anak di seluruh Malaysia. 


2 ulasan: