.

.

KARTiKEL

Isnin, 1 September 2014

Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2014

Peneraju Tunas Geliga adalah merupakan program biasiswa yang disediakan untuk pelajar lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dan dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan berkualiti. Biasiswa ini adalah di bawah program Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera yang merupakan satu agensi yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri. 

Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2014


Syarat-syarat kelayakan untuk memohon Biasiswa Peneraju Tunas Geliga ini adalah 
1. Bumiputera
2. Keputusan Percubaan UPSR (3A 2B / 4A 1C)
3. Pendapatan isirumah RM3000 ke bawah
4. Aktif dalam ko-kurikulum dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan


Iklan akan dibuka bermula 5 sehingga 30 September 2014 ini. Bagi memudahkan anda membuat permohonan secara online, sila sediakan dulu maklumat berikut sebelum memohon.

1. Maklumat murid, ibu, bapa serta penjaga termasuk no sijil kelahiran murid, kad pengenalan ibu bapa, myKid murid, bangsa, pekerjaan, majikan dan pendapatan bulanan.
2. Alamat lengkap serta nombor telefon rumah dan sekolah serta no faks sekolah.
3. Maklumat adik beradik yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga
4. Penglibatan sukan dan persatuan serta jawatan kepimpinan murid di sekolah
5. Jenis sekolah yang diminati (MRSM, Sekolah Berasrama Penuh, SMK Agama atau SMK Harian)
6. Adakah ahli keluarga yang kelainan upaya, menghidap penyakit kronik atau murid mengalami masalah kesihatan?


Permohonan sekalipun secara online, namun amatlah mudah untuk diisi. Kebanyakan soalan hanyalah dengan klik pilihan Ya / Tidak. Bagi yang berminat untuk memohon, boleh terus mengisi borang di http://www.penerajuedu.com/


Jom kita bantu dengan sebarkan maklumat mengenai Biasiswa Peneraju Tunas Geliga ini kepada mereka yang mungkin memerlukan di luar sana.

Selamat menghulur bantuan.




15 ulasan:

  1. Balasan
    1. InshaAllah kita panjangkan lagi kepada mereka di luar sana

      Padam
  2. sayangnya..tak pernah tahu pasal ni sebelum ni...anak dah form1 thn ni..upsr 2013 result 5A1B1C dr sjkc (B/C b.cina)...boleh mohon ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya untuk pelajar Tahun 6 saja.
      lagipun ada ujian setara untuk tapisan

      Padam
  3. Mcm2 biasiswa skarang ni,kena rajin google je..kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer betul... sapa rajin, dia dapat.. ;)

      Padam
  4. assalam cikgu mcm mana nk tahu permohonan kita diluluskan atau tak ^_^ mohon pencerahan terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. rasanya yang berjaya dah dihubungi utuk sesi pemilihan.. tapi mungkin berperingkat lah..

      Padam
  5. Salam. Adik saya dihubungi pihak peneraju utk penempatan tingkatan 1 di kolej yayasan saad melaka, jika kami menolak tawaran ke kysm tu ada tawaran ke sekolah lain x? Ape pendapat cikgu tentang kolej yayasan saad tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam... saya tak pasti pulak mengenai apa yg jadi kalau kita tolak tawaran ke sekolah yang ditetapkan.. boleh rujuk peneraju utk maklumat lanjut..
      Kalau saya, dah bagus sangat dah tu jika dapat peluang belajar di sana.. lagipun ada biasiswa disediakan.. sekolah bagus tu..

      Padam
  6. assalamualaikum. apakah harus berasal dari malaysia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. yer.. hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.. ;)

      Padam
  7. Assalamualaikum cikgu,

    Saya kelewatan mengetahui perkara tersebut masihkah ada peluang untuk anak saya memohon biasiswa tersebut? Ank peroleh 5A UPSR 2014, kini masih menunggu rayuan ke SBP dan MRSM.

    Harap maklum,
    pn. aza

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Pn Aza..
      Maaf.. memang dah tak dapat. Saya pernah tanyakan hal yang sama sebelum ini kepada mereka.

      Padam