About Me

Info Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Negeri / Zon

Hari nih saya didatangi surat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Surat jemputan ke Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2014. Ini kerana 1 daripada 2 video penyertaan sekolah saya telah berjaya mendapat tempat antara 10 video terbaik bagi Zon Sarawak. 

Keputusan penuh hanya akan diketahui pada majlis tersebut yang akan berlangsung pada 3 Oktober 2014, bertempat di Hotel Hilton, Kuching. Tentulah berdebar-debar kan, sebab kedudukan video masih belum diketahui. 7 tempat untuk Saguhati dan 3 hadiah utama yang sedia untuk direbut. 



Info Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Negeri / Zon


Jumlah penyertaan pada tahun ini juga meningkat kepada hampir 4000 video berbanding LRK2013, 3+++. Maka persaingan tentulah sangat sengit, dan jauh lebih sengit berbanding tahun sebelumnya. Semua orang pun dah makin pandai buat video yang bagus-bagus macam kat Youtube. Semoga yang terbaik untuk semua peserta.

Sekolah yang berjaya akan dihubungi melalui surat atau fax atau panggilan telefon terus kepada sekolah. Jangan risau. Sebab sepanjang berurusan dengan MCMC, konsep mereka, pasti akan cari anda sampai jumpa jika anda terpilih. So banyak-banyak berdoa lah yer!


BACA : Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2014


Pastu jangan nak kalut-kalut cari MCMC lak untuk bertanya anda terpilih atau pun tak. Sebabnya penyampaian hadiah akan diadakan secara berperingkat mengikut zon / negeri. Kali nih rasanya Zon Tengah yang bukak pentas dulu, sambil diikuti Zon Sarawak, Zon Sabah dan lain-lain. So, bersabar dan tunggu giliran anda yer!


Jom kita tengok info bagi majlis penyampaian hadiah Liga Remaja Kreatif 2014 bagi peringkat zon / negeri
* akan dikemaskini dari masa ke semasa


30 September 2014
ZON TENGAH 
KL, Selangor, Negeri Sembilan
MCMC, Cyberjaya


3 Oktober 2014
ZON SARAWAK
Sarawak
Hotel Hilton, Kuching


8 Oktober 2014
ZON SELATAN
Johor, Melaka
Hotel Thistle, Johor


10 Oktober 2014
ZON SABAH
Sabah
Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu


13 Oktober 2014
ZON TIMUR
Kelantan, Terengganu, Pahang



16 Oktober 2014
ZON UTARA
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak
Hotel Traders, Penang


Untuk maklumat lain, nanti saya kemaskini dari masa ke semasa yer. Sapa yang ada info, boleh tolong maklumkan saya jugak yer!



Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. semoga sekolah hang menang lagi ye. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin! TQ Titan..nih yang aku suka kat hang nih.. ;)

      Padam
  2. Saya dpt surat jgk. Selangor 30 september ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah cikgu!!.. All da best utk peringkat zon nanti

      Padam
  3. Tahniah; cikgu boleh share tips sbg galakan kepada pelajar;

    BalasPadam
  4. Sabah 10 Oktober di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu :)

    BalasPadam
  5. syukur...
    kumpulan saya johan selangor..
    jumpa cikgu di peringkat kebangsaan..

    BalasPadam
  6. Betul ke zon timur 13/10? Biar betul.. Hari exam pt3 tu. Huhu. :'( sedih xdpt pegi

    BalasPadam
  7. Boleh ke pergi majlis penyampaian hadiah kalau tak dapat surat tetapi disenaraikan disenaraikan sebagai finalis di laman web liga

    BalasPadam
  8. Tontonlah video kami cikgu dan sila beri komen tentang video kami

    http://lrk.my1content.my/video-details/42

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari segi informasi dan tema, A cikgu bagi. Grafik tambahan dan kesan khas pun cikgu bagi A. Cuma dari segi teknikal (gerakan kamera, angle dll) rasanya boleh dipelbagaikan lagi... ;)

      Good luck yer!

      Padam
  9. tahniah cikgu serta anak murid cikgu . Doakan kami menang pertandingan ini zon utara cikgu . ini video kami http://lrk.my1content.my/video-details/42 .

    BalasPadam
  10. Zon Utara di Hotel Sunway Seberang Perai

    BalasPadam