.

.

KARTiKEL

Ahad, 22 Jun 2014

Peperiksaan Amali Sains Mulai SPM 2015

Lembaga Peperiksaan melalui Surat Siaran Bil.1 Tahun 2014 bertarikh 10 Jun 2014 telah memaklumkan bahawa Peperiksaan Pusat Amali Sains bagi subjek Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan akan mula dilaksanakan pada SPM 2015. 

Peperiksaan Amali Sains Mulai SPM 2015

Kertas Amali Sains ini akan menggantikan Kertas 3 (Amali Sains Bertulis) bagi subjek yang terlibat. Rasionalnya, pelaksanaan ini adalah bagi memastikan murid menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Untuk pelaksanaan PEKA pula, pelajar Tingkatan 5 2014 adalah batch terakhir dan tidak perlu untuk dilaksanakan terhadap pelajar Tingkatan 4 2014. Walaubagaimanapun, PEKA masih diteruskan bagi subjek Sains (Teras), kerana tidak terlibat dengan perubahan ini.

Justeru itu, pihak sekolah haruslah memastikan kerja amali sains bagi subjek Fizik, Biologi, Kimia dan Sains Tambahan terus dilaksanakan seperti mana yang terkandung dalam sukatan pelajaran.


p/s: Zaman saya belajar dulu pun menggunakan sistem peperiksaan amali yang macam nih sebelum ditukar kepada sistem baru peperiksaan, Kertas 3 (amali). So, selamat maju jaya!


13 ulasan:

  1. So, sekarang ni kembali kpd asal la..hurm

    BalasPadam
  2. Thanks sharing, insyaAllah untuk kebaikan generasi seterusnya

    BalasPadam
  3. suka sangat dengan sains.tapi sekarang ni,bila dh hari2 buat test rasa boring lak.ke,nak kene masuk sekolah balik

    BalasPadam
  4. Cikgu..mcm mana peperiksaan amali itu dibuat sebenarnya....

    BalasPadam
  5. Blh tak bg cth soaln..sb tak de gmbrn cmna nk buat soaln

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat sekarang blom ada contoh soalan.. kalau dah ada nanti saya share yer

      Padam
    2. Contoh soalan untuk kimia adalah experiment berdasarkan practical book dansolan experiment KBAT. Contoh experiment kbat adalah diberikan dua jenis garam. Ada garam A dan B. Nyatakan sama ada garam tersebut larut dalam air atau tidak. Berikan jenis garam tersebut.

      Padam
    3. Terima kasih atas perkongsian.. ;)

      Padam
  6. Format kertas soalan macamana? Sepatutnya diberitahu lebih awal supaya kita boleh latih murid lebih awal. Jangan lah dah dekat tarikh pep baru nak beritahu. Adakah formatnya seperti dulu?

    BalasPadam
  7. kertas 3 atau amali yg senang erk???terima kasih

    BalasPadam
  8. salam cikgu...kertas 3 ataupun amali yg lgi snag utk dptkan markah???tq cikguu!!!

    BalasPadam
  9. cikgu ada cth soalan?

    BalasPadam
  10. salam cghailmi..bolehkah saya dapat soalan amali kertas 3...saya guru kimia...saya ingin mendapatkan kepastian bentuk soalan tersebut.

    BalasPadam