About Me

Cikgu Sains Kreatif

Anda Cikgu Sains yang kreatif dan berinovasi? atau nak join berkolaborasi saling memberi idea dalam menjadi Cikgu Sains yang lebih kreatif dan menarik? Jom sama-sama kita sertai Kumpulan Cikgu Sains Kreatif di Facebook.

Kumpulan Cikgu Sains Kreatif ini diwujudkan bagi membolehkan adanya hubungan banyak hala antara guru-guru Sains, tak kira sekolah menengah atau sekolah rendah dalam berkongsi idea, ilmu, pengalaman, inovasi, bahan BBM, aktiviti menarik, projek dan macam-macam lagi perkara yang berkaitan dengan Sains. 

Kumpulan facebook Cikgu Sains Kreatif

Alhamdulillah, tak sampai pun 24 jam penubuhan Kumpulan Cikgu Sains Kreatif tersebut telah berjaya menarik seramai hampir 400 orang ahli yang rata-ratanya terdiri daripada guru Sains pelbagai aliran. Ada yang senior, ada yang junior. Guru berpengalaman dan Guru Cemerlang pun ramai! InshaAllah perkongsian ilmu akan dapat dimanfaatkan lagi bersama.

Dan bestnya bila dah ramai-ramai Cikgu-cikgu Sains nih berkumpul, maka keluarlah segala macam perkongsian yang menarik! Ada juga idea simple yang dimurnikan jadi lagi cantik.. Terbaik!

Anda boleh tengok perkongsian menarik daripada cikgu-cikgu yang lain kat bawah nih.. . Memang sangat teruja tengok! TQ to Cikgu Suriati Nasir, sebab sudi share video menarik nih.. Tahun depan nak buat jugak.. He3..

Cikgu Sains Kreatif Cikgu Suriati Nasir
Cikgu Sains Kreatif Cikgu Azniwati Ahmad

Cikgu Sains Kreatif Cikgu Siti Hawa Musa

Cikgu Sains Kreatif Cikgu Munirah Jaafar

Ok, best kan? So yang belum join, jom kita meriahkan lagi perkongsian ilmu Sains di Kumpulan Cikgu Sains Kreatif. Saya yakin, setiap daripada kita, ada banyak ilmu untuk dikongsi dengan orang lain. INshaAllah jadi saham dunia akhirat!


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. bagus3x. cikgu semakin kreatif, murid semakin KBAT, sekolah semakin hebat.

    BalasPadam
  2. Salam kenalan

    seronoknya murid-murid sekarang..Boleh buat macam-macam eksperimen ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenalan.. harapnya lah.. itu tujuan kita tubuhkan group ini.. ;)

      Padam