.

.

KARTiKEL

Ahad, 30 Mac 2014

Percambahan Biji Benih

Seperti yang telah kita ketahui sebelum ini, biji benih adalah berasal daripada ovul yang disenyawakan. Dalam biji benih, terdapat embrio yang berkembang. Selain itu, biji benih mengandungi simpanan makanan bagi embrio yang dilitupi oleh lapisan keras yang dipanggil TESTA (kulit biji benih).

Makanan disimpan dalam KOTILEDON. Bagi sesetengah tumbuhan ada yang mempunyai 1 kotiledon, seperti jagung. Namun ada juga yang mempunyai 2 kotiledon seperti biji kacang hijau. Boleh rujuk nota bagi perbezaan antara tumbuhan monokotiledon dan dikotiledon.


Biji benih monokotiledon dan dikotiledon

Bahagian yang berbeza pada biji benih, dan ada fungsi yang tersendiri

Kulit Biji
1) Testa - melindungi biji benih
2) Hilum - tempat biji benih melekat pada buah
3) Mikropil - bukaan yang membenarkan air dan udara masuk

Embrio
1) Plumul - bahagian embrio yang membesar menjadi pucuk
2) Radikel - bahagian embrio yang membesar menjadi akar
3) Kotiledon - menyimpan dan membekalkan makanan untuk biji benih


Apabila biji benih bercambah, embrio akan mengeluarkan akar baharu yang dikenali sebagai RADIKEL. Kemudiannya mengeluarkan pucuk baharu yang dikenali sebagai PLUMUL. Kotiledon pula akan semakin mengecil kerana sumber makanan diambil dari sana. Anak pokok mula menghasilkan makanan sendiri apabila daun baharu mulai tumbuh. 


Perubahan fizikal anak benih semasa percambahan

Biji benih akan bercambah jika mempunyai keadaan yang sesuai, iaitu mempunyai air, udara dan suhu yang sesuai. Boleh tengok video di bawah bagi menguji keadaan tersebut, sama ada diperlukan atau tidak di dalam proses percambahan biji benih.





Boleh juga baca artikel mengenai Eksperimen Mengkaji Keadaan-keadaan Yang Diperlukan Bagi Percambahan Biji Benih bagi menambah kefahaman anda.

Oh ya! Biji benih TIDAK MEMERLUKAN cahaya untuk bercambah!

7 ulasan:

  1. terima kasih cikgu bab dh bnyk tolong kitorang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama.. semoga kita beroleh manfaat yer

      Padam
    2. Cikgu!Kenapa pembiakan biji benih ambil masa lebih lama berbanding tanah?

      Padam
  2. Assalamualaikum cigku.ana nk tanya nie apa yang terjadi pada testa apabila ia pecah.
    dan apabila ia pecah adakah ia mempunyai fungsi lagi?

    minta penjelasan cigku:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. testa ppecah n gugur lpstu jd pokok xsilap laa

      Padam
  3. Cikgu, apa fungsi endosperma ?

    BalasPadam
  4. penyiasatan tentang percambahan

    BalasPadam