.

.

KARTiKEL

Jumaat, 4 April 2014

Eksperimen Mengkaji Keadaan Yang Diperlukan Untuk Percambahan Biji Benih [video]

Eksperimen Sains ini adalah bagi mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih. Ada beberapa faktor dan keadaan yang nak dikaji sama ada terlibat atau pun tak dalam proses percambahan biji benih. Jom kita ikuti eksperimen Sains ini.

Eksperimen Mengkaji Keadaan Yang Diperlukan Untuk Percambahan Biji Benih [video]


Tujuan
Untuk mengkaji keadaan yang diperlukan dalam percambahan biji benih


Pernyataan Masalah
Apakah keadaan yang diperlukan dalam percambahan biji benih?


Hipotesis
Benih bercambah jika ada air, udara dan suhu yang sesuai


Pembolehubah
Dimanipulasikan : Keadaan untuk percambahan
Bergerakbalas : Percambahan biji benih
Dimalarkan : Jenis biji benih


Bahan
Biji kacang hijau, minyak, kapas, air suling, kertas label


Radas
Tabung uji, rak tabung uji, peti sejuk


Prosedur





1. Empat tabung uji berlabel A,B,C dan D disediakan dengan kandungan seperti di atas
2. Tabung uji A,B,C diletakkan dalam makmal. Tabung uji D diletakkan dalam peti sejuk.
3. Biji benih diperhatikan selepas lima hari.
4. Pemerhatian direkodkan dan dilukis pada akhir eksperimen.

 Analisis

1.Nyatakan ketidakhadiran bahan atau keadaan yang menyebabkan biji benih tidak bercambah.
(a) Tabung uji B    : Tiada air
(b) Tabung uji C    : Tiada udara
(c) Tabung uji D    : Tiada suhu yang sesuai

2. Apakah keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih?
Air, udara dan suhu yang sesuai

3. Tabung uji manakah yang bertindak sebagai kawalan?  Tabung uji A.

4. Mengapakah minyak digunakan dalam tabung uji C?
Untuk menghalang udara daripada larut dalam air masak

5. Apakah yang tidak ditemui dalam air masak? Udara

6. Ramalkan jika biji benih diletakkan dalam tempat gelap. Terangkan jawapan anda. 
 Biji benih akan bercambah. Ini kerana biji benih tidak memerlukan cahaya untuk bercambah


Kesimpulan
Udara, air dan suhu yang sesuai diperlukan untuk percambahan biji benih

Eksperimen Mengkaji Keadaan Yang Diperlukan Untuk Percambahan Biji Benih [video]

Jutaan terima kasih kepada pelajar yang telah membantu saya menyiapkan video eksperimen Sains ini, iaitu Michael, Michelle dan Charry! Nanti cikgu belajar makan k.. ;)

10 ulasan:

  1. Kena ada banyak pembolehubah nie dulu selalu bt

    BalasPadam
  2. lama dah tinggal benda nie... hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hak3.. nak praktis ble datang sekolah cikgu aniq..

      Padam
  3. Apakah perana kawalan bagi tabung uji A ?

    BalasPadam
  4. *peranan
    1) Bolehkah air pili digunakan dalam tabung uji C ? Mengapa?
    2) Mengapakah biji benih yang dijual di dalam bungkusan plastik kedap udara tidak bercambah?
    p/s : sila jawab soalan saya dgn ringkas,padat dan tepat. Terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1) tidak kerana mempunyai udara.
      2) kerana kedap udara bermaksud tiada kehadian udara. Biji benih memerlukan udara untuk bercambah

      Padam
  5. Cikgu.. nak tanya sedikit soalan..
    1.Bolehkah biji benih bercambah dalam keadaan gelap?

    BalasPadam
  6. Mengapakah air diperlukan untuk percambahan biji benih.

    BalasPadam
  7. salam..sy nak tanya bpe suhu paling rendah utk melakukan proses percambahan????

    BalasPadam