.

.

KARTiKEL

Jumaat, 7 Mac 2014

Kebaikan dan Keburukan Kawalan Kehamilan Kepada Masyarakat

Keperluan dan kemudahan yang berbeza bagi setiap pasangan yang telah berkahwin membolehkan sesuatu pasangan itu untuk melakukan perancangan bila masa yang sesuai untuk mendapatkan anak. Dengan pelbagai pilihan produk cegah kehamilan yang berada di pasaran, maka dengan mudah sekali sesiapa pun mendapatkannya, termasuklah juga mereka yang belum berkahwin. Justeru itu, terdapat impak yang berbeza bagi masyarakat terhadap kebaikan dan keburukan kawalan kehamilan.

Kebaikan dan Keburukan Kawalan Kehamilan Kepada Masyarakat


Kebaikan Kawalan Kehamilan
1. Merancang keluarga sesuai dengan keperluan
Bagi keluarga yang belum bersedia untuk mempunyai keluarga yang besar, kerana kos perbelanjaan yang tinggi, maka kaedah kawalan kehamilan adalah sesuai untuk digunakan. Di zaman sekarang yang memerlukan kos sara hidup yang tinggi, maka wajarlah bagi keluarga yang berpendapatan kecil untuk merancang isi bilangan keluarga yang sepadan. Ini juga bagi memastikan setiap ahli keluarga mendapat yang terbaik untuk segala keperluan mereka.

2. Boleh menyelamatkan nyawa
Dalam sesetengah keadaan, kaedah kawalan kehamilan berupaya menyelamatkan nyawa. Sebagai contoh seorang ibu yang mempunyai risiko kesihatan yang tinggi jika beliau mengandung, boleh memilih kaedah ini bagi mengelakkan daripada membahayakan nyawa. Bagi situasi ini, bakal ibu boleh mendapatkan rawatan terlebih dahulu sebelum meneruskan niat untuk menjadi seorang ibu.
 

Keburukan Kawalan Kehamilan
1. Menghadkan bilangan anak
Salah satu keburukan kawalan kehamilan adalah dapat menghadkan bilangan anak dan sekaligus mengecilkan bilangan ahli keluarga. Ini boleh mengakibatkan kurangnya kemesraan dalam kalangan ahli keluarga yang lain. Apa pun, semuanya bergantung kepada didikan dalam sesebuah keluarga itu.

2. Menyebabkan kemandulan
Kaedah kawalan kehamilan yang digunakan dengan cara yang tidak betul juga boleh menyebabkan berlakunya kes kemandulan kekal. Dos yang berlebihan dan cara guna yang salah boleh menjadi antara faktor penyumbang untuk kes sebegini. Pengambilan pil cegah hamil juga berupaya untuk mengubah aturan sistem hormon dalam tubuh yang akhirnya akan menyebabkan sistem hormon terganggu.

3. Mengurangkan populasi negara
Kawalan kehamilan juga mampu mengurangkan populasi negara. Ini kerana setiap keluarga hanya mempunyai bilangan ahli keluarga yang kecil. Bilangan ahli keluarga yang kecil ini sudah tentu tidak banyak membantu dalam meningkatkan populasi negara. Malah beberapa negara yang mengamalkan kawalan kehamilan terhadap rakyatnya kini terpaksa berdepan dengan masalah lain pula iaitu, bilangan penduduk yang berkurangan.


Ternyata kawalan kehamilan ini mempunyai kebaikan dan keburukan terhadap masyarakat. Namun jika kita jelas dengan tujuan dan pilihan kita, InshaAllah kaedah yang digunakan akan memberi impak positif kepada diri dan masyarakat.

10 ulasan:

  1. Terima kasih cikgu,,, dah lama saya tunggu cikgu untuk post ni :3

    BalasPadam
  2. sama-sama Amir.. mudah2an jadi ilmu berguna yer..

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. can i ask a question, why there are such eye soring adds at the right side?

    BalasPadam
  5. terima kasih cikgu .. sebab blog2 cikgu .. saya dpt buat hw dgn pntas ..

    BalasPadam
  6. tq cikgu hailmi... alhamdullillah dengan bantuaan cikgu saya dapat melakukan semua kerja2 PBS saya.. :)

    BalasPadam
  7. Yes keje sains aku dah siap
    cantek cikgu

    BalasPadam
  8. Terima kasih cikgu...ia amat bntu diri sya

    BalasPadam
  9. Cikgu , mengapakah kehamilan yang kerap tidak baik untk seorang ibu ?

    BalasPadam