.

.

KARTiKEL

Ahad, 16 Mac 2014

Eksperimen Menentukan Formula Empirik bagi Magnesium Oksida [video]

Formula empirik magnesium oksida lebih mudah ditentukan berbanding dengan kuprum(II) oksida. Ini adalah kerana magnesium lebih reaktif daripada logam kuprum. Hanya perlu bakar kuantiti tertentu magnesium dan kemudiannya jisim magnesium oksida yang terhasil ditimbang.

Eksperimen Menentukan Formula Empirik bagi Magnesium Oksida

Tujuan
Menentukan Formula Empirik bagi magnesium oksida

Bahan
10 cm pita magnesium, kertas pasir

Radas
Mangkuk pijar dan penutup, penyepit, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, alas segi tiga tanah liat

Prosedur
 


1. Timbang mangkuk pijar dan penutupnya.
2. Gosok dan bersihkan 10 cm pita magnesium dengan kertas pasir.
3. Gulung pita itu dan letakkan gulungan tersebut ke dalam mangkuk pijar.
4. Timbang mangkuk pijar bersama-sama penutup dan gegelung pita itu.
5.  Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah.
6. Mula-mula panaskan mangkuk pijar dengan kuat tanpa penutupnya.
7. Apabila pita magnesium mula terbakar, tutup mangkuk pijar dengan penutupnya.
8. Dengan menggunakan penyepit, buka penutup itu sedikit sekali sekala dan tutup semula penutup.
9. Apabila pembakaran magnesium telah lengkap, alihkan penutupnya dan panaskan mangkuk pijar dengan kuat selama 1 hingga 2 minit.
10. Tutup mangkuk pijar dan biarkan mangkuk pijar itu menyejuk ke suhu bilik.
11. Timbang mangkuk pijar bersama-sama penutup dan kandungannya sekali lagi.
12. Ulang proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan sehingga jisim tetap diperolehi. Rekodkan jisim tetap itu.


Perbincangan
1. Pita magnesium dibersihkan bagi membuang lapisan oksida.
2. Wasap putih yang terhasil adalah magnesium oksida.
3. Buka penutup sekali sekala bagi membenarkan oksigen masuk untuk membantu pembakaran.
4. Tutup penutup (jika dibuka) dengan cepat-cepat supaya wasap putih itu tidak keluar kerana wasap putih itu adalah magnesium oksida.
5. Ulangi proses panas, sejuk dan timbang berulangkali sehingga mendapat bacaan tetap bagi memastikan magnesium dibakar sepenuhnya.
 

Eksperimen Menentukan Formula Empirik bagi Magnesium Oksida

Terima kasih juga untuk pelajar yang telah membantu saya menyiapkan video eksperimen ini, iaitu Adika Ikom dan Viennus Kanyan.

18 ulasan:

  1. tima kasih... sgt2 membantu ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama... semoga membantu yer! ;)

      Padam
  2. terima kasih :) sgt membantu :)

    BalasPadam
  3. terima kasih cikgu. hari tu dah lupa,sekarang dh ingat balik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok.. lepas nih jangan lupa lagi k.. ;)

      Padam
  4. Mengapakah wasap putih perlu dielakkan daripada terbebas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sbb kita nak kira jisim magnesium oksida. wassap putih itu kan hasil magnesium dioksidakan oleh udara. jadi kita mmg nak kan wassap putih tuh. simple.

      Padam
  5. Thank. It help so much

    BalasPadam
  6. terima kasih sangat2 ini sangat membantu. Harap selepas ini cikgu akn memuat naik lebih banyak video eksperimen kimia. Ia betul2 membantu saya utk membuat segala persiapan awal bg menjalankn eksperimen. Semoga jasa cikgu ini akan dibalas dgn kebaikkan. Amin :)

    BalasPadam
  7. bagaimana memastikan semua mgO telah dibakar dengan lengkap ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. apabila pita magnesium sudah trbakar lengkap.

      Padam
  8. cikgu boleh saya tanya apakah pemboleh ubah dlm eksperimen ini

    BalasPadam
  9. Cikgu tak ade hipotesis ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. btul tu cg .. sy pun nk hipotesis

      Padam
  10. kesimpulan eksperimen ni apa prof

    BalasPadam
  11. ini adlah krja amali ,jadi ia tidak memerlukan hipotesis dan pemboleh ubah

    BalasPadam
  12. pembakaran zink sulfida menghasilkan zink oksida yng dpt melunturkan warna larutan kalium mangganat ..adakah ada caralain untuk memperoleh zink oksida tnpa guna zink sulfida

    BalasPadam