About Me

Eksperimen Menentukan Formula Empirik bagi Magnesium Oksida [video]

Formula empirik magnesium oksida lebih mudah ditentukan berbanding dengan kuprum(II) oksida. Ini adalah kerana magnesium lebih reaktif daripada logam kuprum. Hanya perlu bakar kuantiti tertentu magnesium dan kemudiannya jisim magnesium oksida yang terhasil ditimbang.

Eksperimen Menentukan Formula Empirik bagi Magnesium Oksida

Tujuan
Menentukan Formula Empirik bagi magnesium oksida

Bahan
10 cm pita magnesium, kertas pasir

Radas
Mangkuk pijar dan penutup, penyepit, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, alas segi tiga tanah liat

Prosedur
 


1. Timbang mangkuk pijar dan penutupnya.
2. Gosok dan bersihkan 10 cm pita magnesium dengan kertas pasir.
3. Gulung pita itu dan letakkan gulungan tersebut ke dalam mangkuk pijar.
4. Timbang mangkuk pijar bersama-sama penutup dan gegelung pita itu.
5.  Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah.
6. Mula-mula panaskan mangkuk pijar dengan kuat tanpa penutupnya.
7. Apabila pita magnesium mula terbakar, tutup mangkuk pijar dengan penutupnya.
8. Dengan menggunakan penyepit, buka penutup itu sedikit sekali sekala dan tutup semula penutup.
9. Apabila pembakaran magnesium telah lengkap, alihkan penutupnya dan panaskan mangkuk pijar dengan kuat selama 1 hingga 2 minit.
10. Tutup mangkuk pijar dan biarkan mangkuk pijar itu menyejuk ke suhu bilik.
11. Timbang mangkuk pijar bersama-sama penutup dan kandungannya sekali lagi.
12. Ulang proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan sehingga jisim tetap diperolehi. Rekodkan jisim tetap itu.


Perbincangan
1. Pita magnesium dibersihkan bagi membuang lapisan oksida.
2. Wasap putih yang terhasil adalah magnesium oksida.
3. Buka penutup sekali sekala bagi membenarkan oksigen masuk untuk membantu pembakaran.
4. Tutup penutup (jika dibuka) dengan cepat-cepat supaya wasap putih itu tidak keluar kerana wasap putih itu adalah magnesium oksida.
5. Ulangi proses panas, sejuk dan timbang berulangkali sehingga mendapat bacaan tetap bagi memastikan magnesium dibakar sepenuhnya.
 

Eksperimen Menentukan Formula Empirik bagi Magnesium Oksida

Terima kasih juga untuk pelajar yang telah membantu saya menyiapkan video eksperimen ini, iaitu Adika Ikom dan Viennus Kanyan.

Catat Ulasan

44 Ulasan

  1. tima kasih... sgt2 membantu ;-)

    BalasPadam
  2. terima kasih :) sgt membantu :)

    BalasPadam
  3. terima kasih cikgu. hari tu dah lupa,sekarang dh ingat balik :)

    BalasPadam
  4. Mengapakah wasap putih perlu dielakkan daripada terbebas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sbb kita nak kira jisim magnesium oksida. wassap putih itu kan hasil magnesium dioksidakan oleh udara. jadi kita mmg nak kan wassap putih tuh. simple.

      Padam
  5. Thank. It help so much

    BalasPadam
  6. terima kasih sangat2 ini sangat membantu. Harap selepas ini cikgu akn memuat naik lebih banyak video eksperimen kimia. Ia betul2 membantu saya utk membuat segala persiapan awal bg menjalankn eksperimen. Semoga jasa cikgu ini akan dibalas dgn kebaikkan. Amin :)

    BalasPadam
  7. bagaimana memastikan semua mgO telah dibakar dengan lengkap ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. apabila pita magnesium sudah trbakar lengkap.

      Padam
  8. cikgu boleh saya tanya apakah pemboleh ubah dlm eksperimen ini

    BalasPadam
  9. kesimpulan eksperimen ni apa prof

    BalasPadam
  10. ini adlah krja amali ,jadi ia tidak memerlukan hipotesis dan pemboleh ubah

    BalasPadam
  11. pembakaran zink sulfida menghasilkan zink oksida yng dpt melunturkan warna larutan kalium mangganat ..adakah ada caralain untuk memperoleh zink oksida tnpa guna zink sulfida

    BalasPadam
  12. ada pembolehubah disertakan tak?

    BalasPadam
  13. Apa Pemerhatian?
    Apa Inferens?
    Tolong.

    BalasPadam
  14. Apa persamaan kimia bagi tindak balas dalam ekseperimen ini ?

    BalasPadam
  15. Eksperimen bleh dilakukan pada magnesium sahaja k??

    BalasPadam
  16. Cg. Apa kesimpulan eksperimen ini ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. formula empirik magnesium oksida ialah Mg(x)O(y)

      Padam
  17. Kenapa proses pemanasan,penyejukan,dan penimbangan perlu diluang sehingga mendapat jisim tetap?

    BalasPadam
  18. Laporan ni x payah buat 'mengumpulkn data' ke?

    BalasPadam
  19. bagaimanakah memastikan bahawa tindak balas tersebut telah lengkap?

    BalasPadam
  20. Mengapakah wasap putih di dalam mangkuk pijar dielakkab daripada terbebas?

    BalasPadam
  21. Tujuan mengulangi proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan adalah untuk memastikan tindak balas magnesium oksida berlaku dengan lengkap.

    BalasPadam
  22. Wasap putih di dalam mangkuk pijar dielakkan daripada terbebas jisim supaya jisim oksida yang terbentuk tidak berkurang. Pada masa yang sama , penutup mangkuk pijar hendaklah sekali-sekala dibuka untuk memastikan oksigen masuk ke dalam mangkuk pijar agar dapat membantu pembakaran. Tanpa oksigen pembakaran tidak akan berlaku .

    BalasPadam
  23. Beri dua alasan jika formula magnesium oksiada yang ditentukan dalam eksperimen ini tidak sama dengan formula yang dijangka ?

    BalasPadam
  24. Cikgu boleh sertakan sekali dengan langkah berjaga-jaga tak ?

    BalasPadam
  25. Ape kesan jika wasap putih terbebas ke persekitaran

    BalasPadam
  26. mengapakah penutup mangkuk pijar dibuka sekali sekala semasa eksperiman

    BalasPadam
  27. mengapakah magnesium sesuai digunakan dalam menentukan formula empirik?

    BalasPadam
  28. Kenapa magnesium lebih sesuai guna kaedah dlm gmbr tu??

    BalasPadam
  29. cg mcm mn nk tahu tindak balas Mg dngn oksigen telah lengkap?

    BalasPadam