About Me

Kes Buli di SDAR

Buli, bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Buli ini ada pelbagai ragam. Di dunia siber kita puas menonton cerca nista pada sesetengah individu, khususnya remaja yang memuat naik video sama ada video lagu, lawak dan sebagainya di YouTube. Ini adalah bentuk buli. Ada juga buli secara emosi, yang kebanyakannya berlaku dalam kalangan remaja di sekolah dan rakan sejawatan di pejabat.

Kes Buli di SDAR

Malah lagi teruk, buli secara fizikal sama ada bentuk kekerasan atau seksual. Ini juga boleh diperhatikan banyak berlaku dalam kalangan remaja. Ada orang cakap, tak mengapa hal ini berlaku nanti mereka akan belajar. This is learning curve for them.

Untuk mereka yang berpendapat begini, sila bagi penampar sebelum membalas hujah mereka.

Ini mukadimah saya, sebelum saya menceritakan kisah buli di Sekolah Dato' Abdul Razak atau popular dengan panggilan akronimnya, SDAR. Ia baru sahaja berlaku iaitu kira-kira minggu lalu. Apatah lagi salah seorang mangsa buli ini merupakan adik kepada rakan saya, maka saya rasa bertanggungjawab untuk menulis dan memberitahu kepada awam kisah buli yang berlaku di SDAR.
 
Kita maklum, ini perangai kebanyakan sekolah berasrama penuh. Mereka sedaya upaya cuba menyembunyikan perkara hitam dan buruk yang berlaku dalam sekolah mereka. Cuba selak halaman akhbar setiap hari, pernah terjumpa berita tentang kes buli atau kes rogol atau kes liwat yang berlaku di sekolah berasrama penuh?

Tentu tidak bukan?

Mana mungkin, maruah dan nama baik sekolah perlu dijaga biarlah nyawa dan emosi anak remaja yang dibuli itu terus terancam dan rasa tidak selamat.

Kisahnya bermula apabila pasukan ragbi SDAR tewas kepada MCKK. Pasukan sorak bagi SDAR dianggotai oleh junior iaitu Tingkatan 1 dan 2. Mereka tewas dan kecewa. Tambah parah apabila pasukan ragbi ini, yang anggotanya sudah tentu senior sakit hati dan melunaskan kekecewaan mereka terhadap pasukan sorak dengan mendenda mereka.

Dendanya adalah, memperalatkan seorang pemegang tali pinggang hitam taekwondo yang juga seorang senior menumbuk dada setiap seorang pelajar Tingkatan 1 dan 2. Kesannya, adik rakan saya mengalami lebam dan bengkak pada dadanya. Katanya, sakit.

Rakannya yang lain juga mengalami derita yang sama. Sesiapa yang pernah hidup di sekolah berasrama penuh akan tahu betapa berpengaruhnya senior, dan betapa takutnya junior terhadap senior.

Ada yang lagi teruk, seorang rakannya yang memang sedang menderita sakit jantung terpaksa dikejarkan ke ICU akibat ditumbuk oleh si tali pinggang hitam taekwondo tersebut.
Mangsa yang lain, kebanyakannya tidak berani untuk bersuara. Adik rakan saya juga, pada mulanya cuba menyembunyikan kisah itu. Tidak lain tidak bukan, dia takut dan bimbang. Itu sangat-sangat kita faham kenapa mangsa akan bersikap repulsive.

Akhirnya, dia membuka cerita. Dia menunjukkan dadanya yang lebam akibat ditumbuk oleh si tali pinggang hitam. Dia menceritakan kenapa dia ditumbuk. Emaknya bertindak membawa dia ke pemeriksaan kesihatan (medical check-up). Doktor mengarahkan emaknya membuat laporan polis kerana ini kes buli.

Parahnya, ibu bapa rakan saya mendapat maklumat ini lambat kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kepada seluruh ibu bapa mangsa. Nasib baik mereka melawat anak mereka di SDAR dan mengetahui berita ini. Kemungkinan ada mangsa yang bertindak memberitahu ibu bapa mereka terlebih awal jadinya polis mula bertindak.

Rakan saya memberitahu, polis sedang mengambil keterangan semua mangsa buli. Daripada cerita adiknya, semua mangsa ini takut untuk memberitahu kisah sebenar sehinggakan polis terpaksa meminta mereka berkumpul di dalam dewan dan masing-masing menulis kisah mereka pada sehelai kertas.

Rakan saya mendesak adiknya untuk "memperkenalkan" dia kepada si tali pinggang hitam itu. Tapi adiknya takut untuk berbuat demikian. Kita faham kenapa mereka takut. Ini masalah yang dibutakan oleh kebanyakan pentadbir sekolah.

Ayah rakan saya pergi bertemu dengan warden asrama untuk kepastian keselamatan anaknya. Jawapan yang diterima adalah begitu cliché, "Tak mengapa encik. Keselamatan anak encik di bawah jaminan kami!"

Oleh kerana jaminan keselamatan yang begitulah, adik rakan saya mendapat lebam dan bengkak di dadanya.

Salah seorang mangsa buli, ibu bapanya bertindak memindahkan dia ke Victoria Institution. Kata mereka, tinggal di sekolah itu pun bukannya selamat untuk anak mereka. Namun pihak sekolah SDAR ini umpama menempah sakit. Dengarnya, salah seorang mangsa adalah anak kepada saudara TYT Negeri Sembilan. OK, mari kita saksikan lagak tempang sekolah yang cuba menyembunyikan kes buli ini.

Ini realiti. Apabila ibu bapa mendesak sekolah mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan pembuli ini, desakan itu hanya hilang dalam tiupan angin. Mana mungkin, si tali pinggang hitam itu anak emas sekolah. Ayam tambatan, mewakili sekolah ke Korea dalam taekwondo dan mengharungi nama sekolah merata ceruk dunia.

Pasukan ragbi pula, mana boleh disentuh pelajar mereka. Kalau tiada ragbi, maka tiadalah SDAR. Seolah-olah begitu lagaknya pihak pengurusan SDAR yang cuba membela kumpulan pembuli dalam kalangan pemain ragbi tersebut.

Saya masih ingat ketika bersekolah di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Terengganu, mana-mana pelajar yang menjadi ayam tambatan pasukan bola sangat disayangi oleh pengurusan sekolah. Saya faham kenapa mereka sayang, tapi jikalau ada dalam kalangan pelajar itu melakukan kesalahan serius maka hukumlah.

Jangan play favorite. Ini yang membuatkan saya benci dengan perangai pilih kasih tidak bertempat. Bagaimana perasaan mangsa buli?

Saya menulis ini, kerana saya tahu bagaimana rasanya dibuli secara keras dan emosi ketika saya masih di sekolah menengah. Cuma saya bernasib baik kerana ia tidak berbentuk fizikal. Saya pernah melihat depan mata seorang junior dibuli secara brutal oleh senior, iaitu dengan membelasahnya secara beramai-ramai dalam bilik dorm yang sempit sehinggakan berdarah. Ini juga kisah di sekolah berasrama penuh.

Kalau di Terengganu, mereka yang pernah menjalani kehidupan di asrama sama ada asrama penuh atau harian akan biasa dengan istilah "gulai". Ini istilah yang diguna pakai bagi aktiviti belasah beramai-ramai seorang mangsa oleh sekumpulan pembuli. Kumpulan ini boleh mencapai angka 15 orang pada satu masa. Maka saya menonton depan mata sendiri bagaimana junior saya ini digulaikan oleh senior.

Saya tidak mampu berbuat apa-apa, apalah daya saya ketika itu untuk menghalang. Semuanya takut kalau-kalau diri sendiri pula bakal menjadi target gulai.

Kepada pihak sekolah SDAR, bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat dalam kes ini. Jangan biarkan hal ini berlalu tanpa sebarang tindakan. Kepasifan anda untuk berbuat sesuatu bagi menghalang budaya buruk buli ini terus menular adalah jenayah. Kamu bertoleransi dengan hal ini, hanya akan mengundang jujukan lagi permasalahan yang sama bahkan lagi teruk.

You did nothing to change things, you created an environment where this kind of hate and arrogance isn't just tolerated, but it's silently encouraged. What did you think would happen?
Saya menulis bukan semata-mata adik rakan saya malah untuk semua mangsa buli di Malaysia. Adik rakan saya menjadi subjek perbualan kami. Saya yakin, ibu bapa mangsa jauh lebih sakit hati apabila mendapat tahu anak mereka dibuli, dipukul. Jika mereka tidak lagi mampu meletakkan kepercayaan pada pihak sekolah untuk menguruskan hal ini dengan sebaik mungkin, maka sekolah wajib bermuhasabah.

Saya dikhabarkan, tidak lama lagi akan diadakan pertemuan PIBG. Sudah tentu ini peluang ibu bapa mangsa untuk menyuarakan isi hati mereka. Kepada pihak pengurusan SDAR, dengarlah dan bertindaklah!

Ini kisah buli di SDAR, bukan lagi di sekolah lain. Mahukah hal itu berterusan? Tuntasnya, sekolah adalah laman untuk mendidik manusia menjadi manusia. Didiklah anak remaja menjadi manusia, bukannya menjadi produk berupa sekumpulan monyet yang hanya tahu makan dan tidur, yang tidak punya hati dan perasaan.

Ini amanah anda! – 11 Februari, 2014.

* Penulis ialah Pembaca The Malaysian Insider.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.  

Sumber

Catat Ulasan

52 Ulasan

  1. walaupun bukan berrlaku kat sekolah lain, pihak sekolah lain harus peka tentang kes buli ni. jangan tunggu dah jadi baru nak tegah. cam tak berbaloi lak

    BalasPadam
  2. perkara macam ni cikgu n ibu bapa kene ambil peranan

    BalasPadam
  3. budak-budak sekarang ni semakin berani

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pelajar sedar tahun 2019.Kenapa??kenapa nak malukan sdar?jagan mention nama sekolah..kalau dh marah sangat ambik air sembahyang..bukan main tulis je kat internet..malu pelajar sdar yang tak terlibat.tolonglah..jangan malukan orang..memang pelajar itu bersalah..tapi jangan nk malukan semua sekali.hormatlah orang sikit..fikir!fikir!fikir!sekian

      Padam
  4. itu lah.. kadang2 budak2 nih sukar jugak nak diramal tindakan mereka walaupun dah ada tindakan awal yang kita ambil..

    BalasPadam
  5. Bagi pendapat saya buli ni bagus untuk memastikan pelajar sentiasa tegas

    BalasPadam
  6. macam mengarut je sampai masuk icu

    BalasPadam
  7. ini semua cerita rekaan, tiada pelajar sakit jantung yang dibenarkan masuk Sekolah Berasrama Penuh, paling hardcore pun asma shaja, yang masuk icu itu disebabkan denggi, jadi jangan fitnah dengan mambabi buta dan mmperbodohkan diri ...kaji dahulu sebelum sebarkan. Allah sahaja yang tahu..kan free2 je dapat dosa memfitnah :D

    BalasPadam
  8. Ini satu tradisi SDAR yg akhirnya menjadi
    Pemimpin versatile .
    Cuma mereka hilang pedoman masa.
    Masih lagi membuat amalan lama.
    Raging mereka berlarutan.
    Tak ada limit time dan tak ada pemantauan
    Oleh guru besar.
    Tak ada warning buang sekolah.
    Bukan keys buli saja, SDAR terminal
    Juga dengan kecurian mungkin pao
    Duit juga.
    Siasah mereka rosak.
    Banyak kes kecurian tidak di lapor.
    Guru besar mental blok.
    Asrama macam sarang tikus.

    BalasPadam
  9. Semalam anak kawan suami baru bawa anak beliau balik TERPAKSA berhenti dari SDAR .. telah cuba sedaya upaya untuk menghadapi ragging .....walau banyak wang telah dibelanjakan semasa pendaftaran mencecah RM3000.. ...YA .kes buli pelajar tingkatan Satu.....kalau baru2 mendaftar kena buli boleh diterima ini dah masuk bulan April .. sebelum ni jumpa guru hal ehwal pelajar dan semalam pengetua ...bapa pelajar minta ambil perhatian akan pekara ini dan ajak jumpa pelajar tersebut .. pengetua kata tidak ada kes macam ni semua ok...bila buat surat berhenti bagi alasan pekara2 buli ..o tak boleh bagi alasan macam tu ..habis nak tulis alasan apa? anak manja tak dapat sesuai diri .. dah habis sesuai diri dah...macam2 disuruh .pelajar ni dah cuba sesuaikan diri buat apa yang abang2 suruh ...
    apapun sekolah SBP berprestih Tinggi tapi sedih kita kalau pelajar-pelajar senior tidak boleh menjaga dan membimbing adik-adik yang kecik dan daif ini ....kita bangsa Melayu ugama Islam apa lagi kita mampu bantu dan buat kalau ini yang terjadi ...nasihat saya pada pelajar-pelajar terutama geng Ragbi di SDAR ingatlah ini bukan tempat nak tunjuk body atau bermegah dengan ragbi ...banyak lagi yang harus di korek ilmu ini...perangai ini tidak bawa anda kemana-mana...bagi pihak pengurusan ambil lah pandangan dan mohon kerjasama beri lah sedikit perhatian atas apa terjadi ....sebab sebelum ini ada yang keluar dari SDAR juga ...bantu lah anak bangsa sendiri,,,, sayang pelajar pandai tapi peluang terlepas sebab masaalah macam ini ....saya bercakap atas pengalaman 3 orang anak di SBP dan MRSM...

    BalasPadam
  10. Maaf berita yg anda sampai kan mungkin kurang tepat dan sahih...mungkin kamu dpt info ini dari pelajar yg sudah keluar sekolah dan sekarang sudah membenci sekolah ini....sepatutnya dpt kan berita dari semua yg terlibat bukan nya dari pelajar yg sudah keluar...akhir kata saya memohon maaf jika saya bertindak kasar dll

    BalasPadam
  11. dah tau jadi mcm tu , kmpul semua bukti dan saksi dedahkn..panggil semua tv dan akhbar siarkn bnda ni..biar panas punggung pihak pengurusan sekolah tu, jgn kite dok mgata kt sni tpi tindakan tak amik...zaman sekarang x pyh lagi dok bncang2 yg tak berfaedah, yang benar tetap benar

    BalasPadam
  12. Terlalu berani sangat pemuda jaman sekarang'

    BalasPadam
  13. emang parah anak zaman skarang

    BalasPadam
  14. SDAR..satu nama kebanggaan yang tersemat di hati..once a sdarian, always a sdarian..saya bangga pernah jejak kaki belajar di sana..

    BalasPadam
  15. saya rasa senior & junior dua-dua salah. senior patutnya didik junior, bukan BULI. junior pulak kalau senior dah buat baik jangan besar kepala & tak hormat. dua-dua kena main peranan.

    BalasPadam
  16. Cerita ini banyak ditokok tambah...sebenarnya apa yg terjadi tidaklah seteruk yang diceritakan di atas...pelajar tingkatan 1 & 2 hanya didenda sahaja....pihak yg berkenaan sepatutnya perlu melakukan lebih banyak research tentang perkara ini...cerita rekaan ini hanyalah untuk menjatuhkan nama SDAR sahaja... harap maklum.

    BalasPadam
  17. Salam ibu bapa yg menghantar anak ke SDAR thn 2016 ini.. ada aduan tak drpd anak2?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak saya ada masalah...pada siapa saya harus mengadu...siapa yang akan dengar...jika masalah sosial tu senior yg ajar

      Padam
  18. Anak saya dpt sek ini..rayuan SBP. Takut pulak dgr cerita buli ni ditambah dgn prestasi akademiknya yg merosot.

    BalasPadam
  19. Bukan sahaja di SDAR, di STAR Ipoh pun sama, budaya high council masih wujud buli junior is a must itu ada tradisi STAR yg dibanggakan, tak percaya tanya STAROBA, malah anak2 STAROBA yg masuk STAR ni yg ramai jadi pembuli. Pihak sekolah dan STAROBA akan melindungi pembuli2 ni atas nama tradisi. Selalunya junior2 yg dibuli ni kena tukar sekolah dan pembuli akan dilindungi kerana itulah warisan STAR Ipoh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maka akan lahirlah pemimpin yg rendah akhlaknya...

      Padam
    2. Mmg betul pun. Kalau tak tahan kena buli blah la tak payah masuk STAR Ipoh

      Padam
  20. Jika dipaksa ke bilik senior... dipegang2 tangan n kemudian disuruh tdo bersama.
    Adakahh itu normal? dianggap perkara remeh?
    Sejauh mana tindakan yg diambil jika ia berlaku....

    BalasPadam
  21. SDAR skarang dah brubah......sifar pembulian....sye skang form 1....ok je.....xdela steruk mane khabar angin 2 org cakap......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kena diri sendiri boleh lah cakap...
      Sbp memang sering simpan masalah disiplin utk jaga nama

      Padam
    2. Byk yg sy dgar ttg buli di sbp..klu buli dibenar kn sepatutnya diwarkn semasa permohonan lagi..klu buli utk pertahankn nama sek itu tidak wajar krn sek tdk akn ke mana...tp jiwa pljr nya yg akn rosak smd pembuli atau yg kena buli...klu buli hafal surah al quran mungkin akn mmbantu pljr dr segi rohani..cuba fikirkn yg cenderung kpd memotivasikn anak2 sdar dr segi rohani dan jasmani nya..

      Padam
    3. LANCAU LA... SEMABNG DALAM NIE BOLEH LA... BABI

      Padam
  22. memberikan pencerahan dan ilmu yang bermanfaat bagi pengunjung selalu trus membuat artikel yang menjadi acuan kita semua jaket kulit asli terima kasih

    BalasPadam
  23. saya sangat suka dengan blog agan sungguh sangat informatif cara membuat instagram

    BalasPadam
  24. salam kenal bos, terimakasih atas informasinya bos

    BalasPadam
  25. Maaf baru terjumpa artikel ni walau dah agak lama,
    Terima kasih atas perkongsian dan terpanggil utk beri komen,
    Sy bekas pelajar dan secara amnya benda ni dah jadi tradisi,
    Hampir semua sekolah berasrama ada unsur ni especially yg jenis one gender,
    Kalau sekarang zero nanti akan ada balik,
    Semua bergantung pada will power dan keikhlasan pihak pentadbiran dan guru2 yg berkenaan untuk ambil memantau dan ambil tindakan,
    Asal ada pentadbir mentaliti gomen campak biji harapkan nanti pokok tumbuh tanpa ada pengawasan dsb,
    Walaupun sekolahnya bagus dan guru2 adalah yg terbaik,
    Tp bila berdepan bab buli umpama tiada kod etika atau SOP,
    Pada mangsa dan keluarga mangsa saya bersimpati,
    Pada current students dan old boys yg nakal nak membela tradisi bodoh tu korang tak layak belajar dlm fasiliti selesa yg disediakan kerajaan dgn duit rakyat,
    Aku sendiri menyampah dgn budaya buli bkn spesifik pada isu ini shj,
    Sepanjang 5 tahun, tipu kalau aku kata x pernah lecture, denda or tampar budak masa skolah dulu.. tampar cuma 1 bdk tu memang kurang ajar tp sekarang jd lebih dari kawan.. senior mmg egonya mmg besar.. "star" lagi lagi lah besar egonya. Kalau bdk yg ok tu x payah lah kacau.. especially adik2 F1 F2 yg baru nak membesar dan belajar hidup berdikari,
    Dalam sekolah pandangan jd tertutup dan byk terlindung dlm asrama dgn status senior tapi semua tu tak kekal,
    Bila dah tamat sekolah nanti org dah tak pandang semua tu..
    Sepanjang aku jumpa old boys yg kaki buli ni 90% tak cemerlang pun dlm kerjaya @ hidup.. byk yg kena sumpah.. dalam 90% tu yg perasan dia cemerlang tu 100% :).. hehe
    BERILMU UNTUK BERJASA.
    Wsalam

    BalasPadam
  26. sekarang ni SDAR sudah berubah dengan prinsip make SDAR great again dan cerita di atas banyak yang ditokok tambah

    BalasPadam
  27. Cerita di atas semua hanyalah stoko...
    #makesdargreatagain

    BalasPadam
  28. Memang cerita ini pernah berlaku, dan saya juga adalah salah satu mangsa kes buli ini. Walaubagaimanapun, setelah kluar dari sdar, saya juga amat merindui benda benda jahil yang telah dibuat dahulu di sekolah, walaupun saya bukan pelajar yang baik.. Seniority di sdar ini sangat diperlukan walaupun ia memberi kesan negatif kepada pelajar, untuk selesa di sekolah ini, senang sahaja, hanya perlu kentalkan hati dan hormat pada senior, x susah pon, tapi, kebanyakn mangsa buli tersebut disebabkan kerna merka kurang ajar ngn senior, seperti curi telofon sinior, petik nama senior senior, dan x bagi salam. Nak bagi salam pon susah ker,. Setelah aku sekolah kat sini selama 5 tahun, macam macam benda yang beri kesan positif terhadap aku.

    1. Senior dlu wajipkan bagi salam kalau jumpa mereka.kesannya sekarang mana mana org pun yg lagi tua dari aku aku akan bagi salam dan bertegur sapa

    2. Senior ajar hormat menghormati. Kesannya aku hormat semua org yg lagi tua dari aku

    3. Senior suruh bangun pagi dan wajip string katil, kemas bilik dan basoh tandas..... Dan kesannya sekarang.....aku boleh kemas rumah dan basoh tandas sendiri tanpa arahan dari mak bapak..

    4. Kat sekolah ni jugak aku belajar untuk kuatkan mental...x mudah mengadu atau menangis, x takut dgn semua orang walaupun org tu lagi besar dari kau..... Kerana , kat sekolah kau akan berdepan dengan semua jantan,,, sedar tak sedar kau boleh jadi jantan yang boleh lindung family kat rumah

    5. Banyak sangat bende yang positif setelah aku belajar kt SDAR nie

    JADI, MASUKLAH SDAR KERANA SDAR ADALAH TEMPAT YANG PALING SESUAI UNTUK MENGAJAR ANAK ANDA MENJADI DEWASA YANG BERDIKARI,BERANI DAN BERILMU

    BERILMU UNTUK BERJASA= MOTO SDAR

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah membuka minda org awam yg membaca Komen anda . I agreed with you..

      Padam
  29. benda ni mmg betul tapi ada jugak unsur tokok tambah kat situ memandangkan aq merupakan salah seorang pelajar junior di situ. Ketika itu aq masih di tingkatan satu batch Revolusi 1418.Antara unsur tokok tambah ialah tumbuk masuk ICU tu.Memang tak dinafikan la kami ditumbuk tapi diaorang suruh tahan nafas dulu dan mengambil kira juga kawasan jantung biasala dak asrama kuat la skit.....pastu benda ni dah lama dah junior yang kena tu pon dah abis sekolah dah pon...Batch yang kena tu la yang menaikkan nama SDAR..Saya bukan nak cakap yang buli tu bagus tapi kalau kau buat salah pastu kau kena tanggung la la yah mengadu...kes ni pon yang kena teruk pon ada la skit sebab perangai diorang yang lain kena skit je dorang pon lepastu main main ngan kitaorang jadi ni tak patut la dikatakan buli tapi cara merapatkan ukhuwah...Haih skang semua hanyala kenangan
    -Budak Revolusi 14'18-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Muda lagi kau dik... Aku ni dah hampir 4 dekad dah umur, dah hadap hampir segalanya baik underworld or mainstream level. Buli or sparring di hostel ada code & conduct which is fundamental rules yg kau tak boleh sentuh priority parts seperti muka dan abdomen yg penting. Kau barua kau kena, kau kaki report, kau kena burger ramai². Yup aku tau itu budaya yg tak boleh nak dibendung. Jangan kata asrama biasa, SBP pon ada budak cerdik pandai jadi bodoh sebab perbuatan buli ni. Terutama senior dan star yg hanya power dlm kawasan berpagar tu. Kat luar dia tu cuma anak seluang je.

      Kalau kau ada anak satu hari nanti mungkin kau faham & may tone down your words of 'wisdom' tu. Aku harap kau tak hadap perkara buli ni di pihak anak kau kelak. Terus terang buli tu perbuatan pengecut kerana pembuli tu dia tak jumpa pair dia yg sebenar. Sape yg dicari? Junior lah yg jd punching bag. I am about to send my kid to that school soon.

      Aku tunggu jugak gengster kampung hulu mana yg cross the limit pada anak aku tu nanti, dan tunggu jugak sape budak² yg nak dok halalkan perbuatan buli tu nanti, hope so tak ada lah... Kalau ada aku gegar. Semua perkara ada limit.

      Padam
  30. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  31. With a perfect blend of security professionals ranging from security analysts, security architects and forensic investigators to expert methodologies, we provide Cyber Security Services unlike others across Toronto, Canada.

    BalasPadam
  32. gejala buli di SDAR masih berleluasa ke...? ada yang tau.... patutla result SPM SDAR kurang cemerlang berbanding SAS.

    BalasPadam