About Me

Tumbuk Timbalan Menteri Sebab Tak Dapat Tukar

HULU SELANGOR: Kerana tidak puas hati dengan layanan diberikan terhadap bapanya, seorang lelaki bertindak menumbuk Timbalan Menteri Pelajaran P Kamalanathan hingga mengalami kecederaan di bahagian leher, di pejabatnya di sini, petang tadi.

Sebelum kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Kamalanathan dikatakan bertemu dengan bapa suspek yang meminta bantuannya untuk urusan memindahkan menantunya yang bertugas sebagai guru di selatan tanah air.

Tumbuk Timbalan Menteri Sebab Tak Dapat Tukar?

Bagaimanapun, setelah diterangkan yang beliau hanya mampu memberikan sokongan, bapa suspek bertindak merayu hingga menyatakan sanggup mencium kaki Timbalan Menteri terbabit.

Terkejut dengan tindakan lelaki itu, Kamalanathan memintanya untuk beredar dari situ. Beliau terus menghadiri perjumpaan lain di pejabatnya.


Sebaik tiba, beliau berjabat tangan dengan setiap ahli yang menghadiri perjumpaan berkenaan sebelum ditumbuk suspek yang kemudian menuduhnya menghalau bapanya siang tadi.





Gambar sumber dari Kosmo

Sehubungan itu, Kamalanathan terus membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Beruntung dekat Bukit Sentosa sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan kejadian dan memberitahu kes disiasat mengikut seksyen 323 kerana mendatangkan cedera.


Sumber 

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Di sekolah tadi, saya ada dengar cerita ni. Rasa macam dekat je...

    BalasPadam
  2. terbaikkk ! cikgu hailmi taknak try ker? hehehehe

    BalasPadam
  3. aduhai..macam ni pun boleh jadi kah..haiya..

    BalasPadam
  4. anda bila nk try cara kasar mcm ni?dh cara halus xbrkesan..keh3

    BalasPadam
  5. kah3.. amboi.. banyaknya dorogan dan motivasi untuk saya bertindak demikian yer...
    silap haribulan bukan dapat transfer.. terus kena buang keja! hak3

    BalasPadam
  6. he3.. tu la pasai.. baru depa tau, isu tukar nih bukan isu main2 ni.. ;)

    BalasPadam
  7. Barang di ingat, bukan die sorang je yang mintak tukar, beribu lagi dalam senarai menunggu. Dengar citer mamat tu orang kuat ameno. Salah guna kuasa tu...

    BalasPadam