About Me

20 000 Cikgu Bahasa Inggeris Akan Dilatih Tahun Ini

Kementerian Pendidikan akan melatih sebanyak 20,000 guru Bahasa Inggeris (BI) tahun ini bagi meningkatkan kemahiran mengajar dalam kalangan para guru.
 
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, bagi perancangan tahun hadapan, jumlah yang sama akan turut dilatih bagi memperkasakan kemahiran guru Bahasa Inggeris.

20 000 Cikgu Bahasa Inggeris Akan Dilatih Tahun Ini

Beliau berkata, inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) itu adalah bagi memastikan kemahiran menguasai Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dapat dicapai.

"Penekanan terhadap kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris sentiasa dititikberatkan dan pada tahun lalu sahaja sebanyak 5,000 guru telah dilatih.

"Mulai bulan depan sebanyak 9,000 orang guru Bahasa Inggeris akan memulakan latihan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penyerahan peserta Fulbright English Teaching Assistant (ETA) 2014, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Madinah Mohamad dan Kaunselor Hal Ehwal Awam Kedutaan Amerika Syarikat, Bonnie S. Gutman.

Peserta ETA itu terdiri daripada 100 siswazah dari universiti terkemuka di Amerika Syarikat (AS) untuk membantu guru Bahasa Inggeris tempatan mengajar para pelajar menggunakan bahasa antarabangsa tersebut dengan lebih sistematik.

Sementara itu, Idris berkata, siswazah terbabit akan ditempatkan selama 10 bulan bermula 2 Februari ini di sekolah rendah dan menengah terpilih sekitar Terengganu, Johor, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak.

"Mereka akan menjadi pembantu kepada guru di dalam bilik darjah bagi memudahkan kefahaman pelajar bertutur dalam Bahasa Inggeris.

"Selain itu, mereka akan turut menganjurkan aktiviti kokurikulum termasuk mengadakan kem Bahasa Inggeris ketika musim cuti sekolah untuk menarik perhatian pelajar," katanya.

Beliau menjelaskan, program ETA yang bermula pada 2012 hanya disertai oleh 50 peserta dan ditempatkan di Terengganu, Pahang dan Johor.

"Pada tahun lalu, program ini telah diperluaskan ke Perak dan jumlah sekolah yang terlibat ditingkatkan kepada 75 buah.

"Pihak kementerian juga akan mengkaji dari semasa ke semasa untuk mempertingkatkan jumlah penyertaan sekolah dan perkara itu perlu dibincangkan dengan kerajaan AS terlebih dahulu," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, program kerjasama kali ketiga antara Malaysia dengan AS itu yang membabitkan kos RM9 juta setahun dapat mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. GOOD. We need MORE excellent English teacher.

    BalasPadam
  2. Lama dah tak masuk blog kamu.....masih lg penuh dengan maklumat

    BalasPadam
  3. Memanglah sebelum membuat sesuatu program,KPM telah membuat kajian..namun Sejauh mana keberkesanan program ETA sebelum ini tidak dihebahkan...dah ada guru Bi yg datang sebelum ni...kenapa tak bg kursus kpd guru pelatih bi sekarang yg ada kat IPG tu...biar depa yg bawa inovasi kat sekolah...kalu bg kursus pulak kat cg,jadi 2 kali kursus

    tak tahulah camna cara kursus itu dijalankan coz KPM ,JPN,PPD selalu cakap langkah penjimatan

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe... ya, in a way... memang pelik sikit bab tu. Tapi, so far the feedback from the tutors or whatsoever they called themselves, memang ada kemajuan pada guru2 yg attend kursus tu tahun lepas... less than 5% yang problems. Cuma, from my observation, many teachers were not actually aware of how the program should work. Mereka lebih banyak buat sebab di suruh dan fokus kepada nak siapkan kerja2 yang diberi. mungkin disebabkan tugasan di sekolah pon dah banyak, tambah pulak kena siapkan yang kursus BI.. to me, kalau betul-betul cikgu2 BI ni faham dengan konsep dan kaedah, and take the course really serious, focusing on upgrading their skills, memang power.

      It's a tremendous opportunity really. Untung dorang dapat attend the courses... free plak tu... cuma duit minyak ulang-alik jer lah... Probably the teachers who had attended the course will have the opportunity to take over the Mat Salleh punya kerja later in may be 4 or 5 years to come? kalau course ni berterusan lah... ehehhe...

      just an opinion... :D

      Padam