.

.

KARTiKEL

Isnin, 16 Disember 2013

Bercuti ke Thailand : Sunset di Laem Promthep

Selepas seharian mandi-manda di Patong Beach, Phuket, maka kami bergerak ke Laem Promthep. Laem Promthep adalah suatu kawasan atas bukit bagi menyaksikan suasana matahari terbenam yang sangat cantik. Dengan kedudukannya di atas bukit, berada di tepi pantai dengan dikelilingi oleh beberapa pulau yang cantik, maka kawasan Laem Promthep ini memang merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menyaksikan matahari terbenam.

Sunset di Laem Promthep

Dari Patong Beach lebih kurang 1 jam perjalanan untuk menuju ke Laem Promthep ini. Memang ramai pengunjung yang datang nak menyaksikan sunset yang cantik di Phuket. Kemudahan yang disediakan juga amat membantu kawasan ini untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancong.

Pelukis jalanan jika anda sudi membayar


Orang ramai yang memenuhi setiap kawasan atas bukit

Pantai Patong Beach juga kelihatan dari jauh


Pengunjung menanti masa saat matahari terbenam


Di kaki bukit, deretan kedai menjual makanan dan cenderahati dipenuhi oleh pengunjung. Kawasan parking juga dipenuhi oleh bas-bas pelancong. Terutamanya pada waktu semakin hampir matahari terbenam.

Menara rumah api yang tersergam indah

Di atas kawasan bukit tempat menyaksikan matahari terbenam tersebut, ada disediakan kawasan dan tempat duduk untuk ramai-ramai menyaksikan keindahan alam. Ada juga tokong yang dipenuhi patung gajah dengan pelbagai saiz. Selain itu ada juga menara rumah api yang menyediakan papan tanda jam waktu matahari terbit dan terbenam.

Papan yang menunjukkan masa matahari terbit dan terbenam

Tokong yang dipenuhi dengan patung gajah pelbagai saiz

Pentas khas sempena sambutan Keputeraan Raja Thailand

Layan persembahan jalanan sambil tengok sunset

Kebetulan pada masa kami tiba di sini, ada sepasang pengantin yang mengabadikan kenangan termanis mereka. Memang sangat sesuai betul lah buat yang nak merakamkan saat-saat manis sebegini. Romantik habis!


L.O.V. E

Tapi sayangnya, pada hari kami berkumpul, tak kelihatan sangat matahari terbenam yang cantik disebabkan terdapat gugusan awan yang melindunginya. Cuaca tak bagus! InshaAllah ada masa, saya akan ke sini lagi di masa akan datang.. ;)

4 ulasan: