About Me

Semakan Tawaran ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2014

Bagi adik-adik calon UPSR 2013 yang telah membuat permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh SBP bagi sesi persekolahan tahun 2014, bolehlah mula membuat semakan di SINI.

Klik Untuk Semak dan Rayuan


Sila Masukkan Angka Giliran UPSR 2013 dan Klik Butang Semakan
 
Pastikan maklumat ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR calon 


Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut 



Tindakan : Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan.
Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat dan lampiran tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran.  


Bagi yang tidak berjaya, jangan risau. Talian e-Rayuan dibuka kepada pemohon Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP 2014) yang tidak berjaya dan ingin mengemukakan rayuan dari 10 hingga 24 Disember 2013.

Sila layari http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semakSBP_rayuan/

Catat Ulasan

35 Ulasan

  1. Assalamualaikum cikgu...anak saya tidak berjaya mendapat tawaran ke sbp..tetapi kami ada memohon ke MRSM dan telah menjalani ujian temuduga di MRSM pada 10/12/13 hari tu....saya nk tanya perlu atau tidak saya membuat rayuan ke sbp. Adakah kalau saya membuat rayuan ke sbp permohonan ke MRSM akan di tolak

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam puan.. pada pendapat saya adalah lebih baik jika puan buat rayuan SBP juga. Sekalipun dah berjaya ke temuduga MRSM, tetapi belum ada kepastian lagi bahwa anak puan benar2 diterima di MRSM. Lebih baik jika ada bakcup bagi keduanya. Kalau berjaya rayuan SBP dan juga berjaya juga ke MRSM, buat lah pilihan yang lebih baik. Semoga berjaya yer puan! ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trima kasih atas pandangan dan pendapat

      Padam
  3. Salam.....saya ada sikit kemusykilan.... ank sedara saya ade memohon sbp.tp ditolak.die dah buat e rayuan.dlm masa yg sama die mohon mrsm.melalui maklumat yg saya dpt (jika benar) keputusan mrsm yg akn keluar dulu....dan barulah keputusan 2nd intake sbp keluar.jika anak srdara saya diterima ke mrsm adakah anak sedara saya tidak berpeluang ditawarkn ke sbp utk 2nd intake..? Ank sedara saya lebih ingin ke sbp....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga sama... Anak Saya telah menerima tawaran ke MRSM TAR tetapi Saya tidak past if sbp terima lagi atau tak

      Padam
  4. Selamat sejahtera cikgu, saya ada memohon sbp,tp di tolak..saya juga telah membuat e-rayuan..jadi bagaimana saya mahu tahu keputusan rayuan saya itu...saya berharap saya mendapat tahu awal tentang keputusan rayuan tersebut dan boleh membuat persedian lebih awal..terima kasih.

    BalasPadam
  5. Salam sejahtera.. Saya cadangkan supaya adik terus menunggu untuk sepanjang bulan Januari ini atau sehingga mendapat maklumbalas mengenai rayuan tersebut. Cikgu akan kongsikan juga di sini jika cikgu ada maklumat mengenai hal tersebut.. ;)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum cikgu adakah keputusan rayuan ke sbp telah keluar?

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam.. cikgu xde info pasal rayuan ni.. nanti kalau ada cikgu kongsikan kat sini yer..

    BalasPadam
  8. Salam cikgu...
    Saya masih menanti Erayuan bg anak sulung perempuan saya,tp dlm masa yg sama kami tlh menerima tawaran ke Sekolah Sukan Malaysia Pahang yg tlh ditawarkan padanya.Sekarang beliau tlh berada di SSM Pahang, adakah ianya akan mengganggu proses Erayuan SBP anak saya? adakah peluang anak saya dlm rayuan sekiranya tlh menerima SSM? Terima kasih Cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam puan.. saya rasa tak jadi masalah.. Bila keluar keputusan nanti, buatlah pilihan terbaik utk anak puan.. Saya doakan anak puan berjaya yer.. ;)

      Padam
  9. Salam cikgu...
    Saya ingin bertanya keputusan rayuan akan keluar bila ya..???

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf.. cikgu tak pasti.. kalau cikgu ada maklumat, nnti cikgu share kat sini.. ;)

      Padam
    2. Semakan rayuan 2nd intake F1 SBP keluar hari ni 5 feb 2014

      Padam
  10. assalam cikgu....sebagai ibu saya sgt berharap agar ank saya d beri peluang ke sbp@mrsm....tp kedua2nya dia x dpt....semua saya dah wat rayuan.....ank saya aktif dlm koko dan pernah memegang jwtan ketua kelas,pengawas dan lain2....tp masih tidak d terima...kenapa yer.....ank saya lelaki tunggal dlm keluarga yg memperoleh 5A dlm upsr.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,,, keputusan rayuan sbp dah kluar ker?? Dkt mne nk cek??

      Padam
  11. Salam tuan/puan.. Saya berdoa semoga rayuan anak tuan/puan dipermudahkan. InshaAllah ada rezeki.. Jika tidak berjaya pun, percayalah ada hikmahNya.. Mungkin tuan/puan boleh cuba pula semasa anak tuan/puan berada di Tingkatan 4.. Semoga berjaya.. Kita doakan yang terbaik!

    BalasPadam
  12. Bila kputusan rayuan sbp d umumkn...

    BalasPadam
  13. Knape x leh buka..tarikh semakan bila..

    BalasPadam
  14. Bila tarikh semakan..

    BalasPadam
  15. Keputusan rayuan keluar dh ke...

    BalasPadam
  16. If not mistaken semakan rayuan 2nd intake f1 mbe akhir jan atau awal februari based on past years...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pn tertunggu2 keputusan rayuan ke sbp

      Padam
  17. Cikgu, masih xde info ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ada info minta jasa baik tolong informkan enh , terima kasih

      Padam
  18. assalamualaikum , cikgu bila semakan rayuan kan keluar ye ? kalau dah boleh semak.mohon cikgu bagi infonya. terima kasih

    BalasPadam
  19. Semakan untuk tawaran ke SBP tingkatan 1 ambilan Kedua dah keluar. Itu yg rayuan ke?

    BalasPadam
  20. ada link tak untuk semakan tawaran sbp tingkatan 1 ambilan kedua ?

    BalasPadam
  21. http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semakSBP_ambilan2

    BalasPadam
  22. Salam cikgu anak saya sbp n mrsm x dpt rayuan sbp pun gagal juga kesian dia cita2 nak Belajar di sbp atau mrsm x berjaya gayanya sek SMKA je lah xdak rezeki dah le terima seadanya

    BalasPadam
  23. Salam.. Sabar lah encik/puan.. memang besar harapan untuk anak dan ibubapa mahukan yang terbaik untuk si anak.. namun kadang2 perancangan Allah jauh mengatasi segalanya.. InshaAllah teruskan berusaha walaupun di sekolah SMKA.. Bagus juga tu, masih sekolah terpilih... Saya pun dari aliran yang sama.. Walau sekolah agama, masih dapat jadik cikgu sains.. Saya doakan kejayaan buat anak encik/puan.. semoga terus berjaya.. Berjaya di dunia, dan berjaya di akhirat.. ;)

    BalasPadam
  24. Yeke sbp ambilan kedua dah keluar ?

    BalasPadam