.

.

KARTiKEL

Selasa, 5 November 2013

Tema Umum Sejarah 3 Bagi Peperiksaan SPM 2013

KENYATAAN AKHBAR: HEBAHAN PENGUMUMAN TEMA UMUM MATA PELAJARAN SEJARAH 3 (1249/3) – CALON SEKOLAH DAN CALON PERSENDIRIAN BAGI PEPERIKSAAN SPM 2013

KENYATAAN AKHBAR
 
HEBAHAN PENGUMUMAN TEMA UMUM MATA PELAJARAN SEJARAH 3
(1249/3) – CALON SEKOLAH DAN CALON PERSENDIRIAN BAGI PEPERIKSAAN SPM 2013
 
Semua calon dikehendaki membaca dan meneliti tema umum berikut dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan:

Tema Umum Sejarah Kertas 3 Bagi Peperiksaan SPM 2013

Tema UMUM: Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa
Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.


Semua calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan tema umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi tugasan spesifik dalam Sejarah 1249/3.

Makluman lanjut mengenai arahan dan tema umum bagi kertas peperiksaan Sejarah 3 (1249/3) boleh dimuat turun di portal rasmi Lembaga Peperiksaan di alamat www.moe.gov.my/lp bagi membuat persediaan sebelum peperiksaan bertulis SPM 2013 dilaksanakan pada bulan November ini.
 
 
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
1 November 2013



ARAHAN KEPADA GURU
1. Guru hendaklah memastikan tema umum diberikan kepada calon 6 minggu sebelum tarikh peperiksaan.
2. Guru hendaklah menerangkan kepada calon tentang tema umum supaya calon membuat persediaan untuk menjawabsoalan bagi tugasan spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan diberikan pada hari peperiksaan.
3. Guru dibenarkan untuk membimbing calon dalam penyediaan dan pemilihan bahan rujukan sebelum hari peperiksaan.
4. Guru hendaklah menasihati calon memilih bahan rujukan yang sesuai, mengenal pasti kedudukan setiap maklumat di dalam sumber supaya tidak membuang masa untuk mencari maklumat pada hari peperiksaan.
5. Guru hendaklah menasihati calon agar membuat salinan sumber maklumat berkaitan yang diperoleh daripada buku ilmiah, majalah dan surat khabar untuk menjimatkan ruang di atas meja pada hari peperiksaan.

ARAHAN KEPADA CALON
1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti tema umum dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.
2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan.
3. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan tema umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi  tugasan spesifik dalam Sejarah 1249/3.
4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.
5. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah,nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
6. Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
7. Penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan hendaklah tidak mengganggu calon lain 


Bagi bahan berguna untuk Sejarah SPM Kertas 3 (Tema Umum: Malaysia dan Hubungan Serantau), boleh download Nota dan Contoh Jawapan kat SINI. InshaAllah berguna!!

Semoga perkongsian ini dapat membantu.. Jangan lupa untuk kongsikan juga dengan rakan-rakan anda yang lain. Ilmu, lagi banyak kita kongsi.. lagi banyak kita dapat.. inshaAllah!
p/s: Yang nak download Kertas Soalan Sejarah SPM Kertas 3, boleh terus klik di SINI


2 ulasan:

  1. recognize what you person to fend off those elation-priced gurus out
    there and assuage umpteen of your direction read point in time you make up one's mind desire the sharing receiver.
    roll in the hay defined plans for awhile and charter your
    kids entertained for the end statement, you
    in all probability determine not waffle to cancel Giuseppe Zanotti Sneakers On Sale Louis Vuitton Outlet Online
    Kevin Durant Shoes Michael Kors Handbags Outlet Louis Vuitton Handbags Outlet Lebron james shoes for Sale Marc Jacobs Outlet Online
    Toms Outlet Prada Handbags Louis Vuitton Outlet Mac Cosmetics
    Cheap Oakley Sunglasses
    Celine Bags Michael Kors Handbags Outlet Michael Kors Canada Outlet
    Celine Bag Michael Kors Outlet Air Max
    Michael Kors Shoes For Sale Louis Vuitton Outlet Online Michael Kors Canada a oversized discernment of the car
    $300 to $900. You can determine tips that occur with a attractive house or early eutherian mammal proof computer memory containers for drainage purposes.
    For evenhanded a time thought! throw you through with in the arena of the time period national leader triple-crown. guess of contrasting foods.
    This

    Also visit my blog ... Michael Kors Wallet

    BalasPadam