About Me

Masalah Guna Chrome Dah Selesai

Sebenarnya dah lama jugak saya terima aduan melalui komen mengenai header blog saya yang bertindih kalau menggunakan browser Chrome. Template yang tak serasi dengan pelayar Chrome kot. Saya sendiri pun tak perasan, sebab saya adalah merupakan pengguna tegar Firefox. Jadik manalah tahu yang blog saya nih rupanya ada masalah bila di view dengan menggunakan browser yang lain. Syok sendiri.. hu3

Macam nih lah rupanya bila blog cikguhailmi di view guna Chrome
Macam nih lah rupanya bila di view guna Chrome

Mula-mula memang aiman tak kisah, sebab selagi diorang boleh nampak perkara yang saya kongsikan kat blog, so kira ok lah. Tapi bila saya perhatikan pada statistik pengguna ke blog saya, sebenarnya hampir 50% daripada mereka menggunakan Chrome, maka saya rasa perkara ini patut saya ambil serius! Kepuasan anda, adalah keutamaan kami!. Ececece..

Nak mengedit sendiri, hu3.. baru jer join benda-benda blogging nih. Manalah nak pandai sangat nak atur benda-benda advanced cenggini. Maka terfikir ler saya akan satu perkumpulan blogger-blogger hebat dan taiko, iaitu dalam FB Group Denaihati Network. Group nih banyak menghimpunkan blogger-blogger baru dan lama, taiko dan kurang taiko, noobies dan oldies... kira hebat lah! 

Alhamdulillah, pertanyaan saya kat sana telah disambut baik oleh saudara Izzuddin Fauzi, pemilik blog www.sukasedap.com. Rasanya masih belajar lagi kot kat IPT. Dan saudara Izzudin Fauzi ni lah yang membantu saya untuk atur semula header GT Onizuka tuh supaya cun kalau di view guna Chrome. Jutaan terima kasih buat saudara Izzudin!

Ini plak rupanya blog cikguhailmi bila dah diatur semula oleh saudara Izzudin
Inilah hasilnya setelah diatur semula oleh saudara Izzudin

Saudara Izzudin tak pernah pun kenal saya, tetapi sanggup menolong ketika saya memohon pertolongan. Ini juga membuktikan bahawa masih wujud ramai lagi manusia-manusia yang baik, dan boleh dipercayai kat atas muka bumi ini, terutamanya di alam maya ini. Dengan beberapa kes blogger serang menyerang, sindir menyindir, poyo mempoyo, sejak dua menjak ini, maka saya lihat saudara Izzuddin adalah contoh teladan blogger yang boleh diikuti, baik hati, ikhlas, jujur, beretika dan boleh dipercayai.

Akhirul kalam, semoga muncul lebih ramai lagi blogger-bloger baik yang tak pentingkan diri, serta tak pentingkan duit dalam memajukan lagi industri blogging di Malaysia. Ayat karangan BM SPM.. 



p/s: Oh ya, saudara Izzuddin juga tak mengenakan sebarang bentuk bayaran atas perkhidmatan beliau. Semoga Allah jua lah yang dapat membalas segala jasanya!! Terima kasih sekali lagi!

Catat Ulasan

6 Ulasan