iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.
Kenapa Diadakan Program i-THINK?
Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan
Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.
Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK
Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.
1. Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.
3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu
4. Tree Map (Peta Pokok)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.
6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
Selamat Mencuba!!
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
51 Ulasan
baru sahaja selesai LDP KBAT yang diselitkan sekali pasal i-think ni...rasanya Inshaa Allah jika semua cikgu mengaplikasikan semua yg di LDP kan itu...kita boleh melahirkan generasi baru yang pandai dan bijak menggunakan minda mereka...termasuk cikgu tu sendiri hehehe
BalasPadamhe3.. betul tu cikgu adrenalina.. baik diorang tekankan perkara2 yang camnih daripada perkara2 yang mcm PBS, SPPBS tuh.. inshaAllah ada hasilnya nanti.. ;)
BalasPadamassalamualaikum,,,,
BalasPadambest... saya suka cikgu2 buat cam nih... sekolah saya pun dah mula dah ngan i-THINK ni... :)
x sukalah i think.. sbsb ckg tetapkan kna buat bulat & petak je.. bentuk lain x leh.. :( kata kreatif & inovatif tp bulat & petak je bentuknya.. pastu kna buat border lah.. lecehlah...
BalasPadamSecara peribadi, sy longgarkan format peta ni.. Yg penting pljr buat scr kritis & kreatif.. Cuba ckgu bygkan, kalo xde i-Think, ramai pljr mngeluh xpndai buat mind-map la, x kreatif la.. Kite pandang dr sudut positif..
PadamSebenarnya menggaris atau membuat petak tu bkn masalah besar...guru blh kreatif dgn menggunakan 3r ..mudah,ringkas,menarik dan npk lbh kbkk...dari kita sj bah itu...slmt mencuba..PdP lg menarik dan lbh mudah mengaplikasi KBAT...hanya share sj.
Padamsusah. stress. pening. sedih.
BalasPadamhak 'ah kan bru prasaan mmg smua skolah cm tu eh?skolah sy pun cm 2 kata kreatif ,inovatif bglah plajr buat sndiri bbas dyeorg nk buat ape xsy0k laa cm ni
BalasPadamI use the bubble map & the flow map most of the time. I guess the other maps have their individual uses too. I have no ideas about these mind-maps until I read this post. Thanks, buddy!
BalasPadamTHANK FOR THIS INFORMATION
BalasPadamSalam..mohon share ye...
BalasPadambest la bende nie..
BalasPadamGM
PadamCantik.........
BalasPadamWow!Thx 4 This Information....Best...
BalasPadamape le ko..memang le best
Padam..........................
BalasPadamFlow maps senang difahami
BalasPadamINSYA ALLAH AKU BOLEH LAKUKAN
BalasPadambosan ah
BalasPadamrasa jangan pilih yang senang
BalasPadampeta buih juga boleh dibuat rangka karangan...:-( PLEASE JANGAN CAKAP BOSAN
BalasPadam
BalasPadamsiapa yang tulis bosan ni
BalasPadamMind Mapping paling best..emergency visit pun blh tetiba terer kalau gune mind mapping ni..
BalasPadamhak3.. yer.. hampir semua orang pun terer bila bab nih
PadamTahniah cikgu Hailmi
BalasPadamTerima kasih Cikgu Zulkifli.. Moga dapat manfaat!
PadamCIKGU BOLEH TAK BAGI NASIHAT .
PadamBaru selesai kursus iTHINK yang disampaikan oleh PPD LANGKAWI .Tahniah cikgu Ismail dan Cikgu Hailmi telah membuka mata saya.
BalasPadamBEST NYE CIKGU PUN DAH MULA SUKA KAN I-THINK
BalasPadamSalam, setakat yg sy baca di atas, ithink fokus kpd bahasa, sains dn math... utk bahasa dn sains sy nampak keperluan penggunaannya. tp utk math sy x nampak... ada sape2 blh komen???
BalasPadamMath terlalu sedikit yg bleh diterapkan, x sperti subjek2 lain
Padamkalau dh selesai i think ni, macam mana nak print sijil? mohon pencerahan
BalasPadamsedang berjinak2 guna benda ni semua dlm pdp bm.
BalasPadamwah cubaan yang bagus cikgu.. kalau ada bahan mungkin boleh share2 nanti.. ;)
PadamTahniah Cikgu Hailmi. Usaha yang sangat baik dan membantu rakan guru yang lain. Saya mohon izin cikgu untuk menggunakan bahan yang cikgu sediakan untuk kegunaan tugas mendidik.
BalasPadamwahhhhhhhhhhh..memang bagus untuk murid2 ni !!!!!!!!!.......
Padambest jugak la...senang lg nak mengajaq ...
BalasPadamminta izin copy
BalasPadamterima kasih.
BalasPadamsama-sama.. semoga beroleh manfaat
PadamMohon share
BalasPadamsilakan.. ;)
PadamMohon copy...terima kasih.
BalasPadammemang berguna utk nota, dan sebagainya.. saya menggunakan kaedah ini.. ternyata saya mendapat markah tambahan dalam PBS kerana menggunakan Peta Buih Berganda utk mencari pbezaan...
BalasPadammaaf kawan2....saya ni xpernah pergi kursus ithink....dan xde penerangan tentang ithink ......so saya nk try buat ithink.....boleh saya tahu macamana nk login masuk ithink ....pswd n id????terima kasih
BalasPadamMUDAH DAN RINGKAS...mula2 aje leceh..pastu cikgu mahir, murid pun expert..
BalasPadamAssalamualaikum Cikgu Hailmi. Sy mohon kebenaran untuk kongsi ilmu ini :)
BalasPadamapa sejarah flowmap
BalasPadamAssalamualikum Cikgu hailmi, saya Zul Afiq pelajar dri UPSI. Sya ingin bertanya berkenaan peta i-thini ini, boleh sya tau dari journal mana cikgu refer untuk menulis tentang kbat dan ithink ini? sbb saya nak nak refer journal itu jugak . terima kasih cikgu, saya harap cikgu dapat membantu saya.
BalasPadam