.

.

KARTiKEL

Selasa, 1 Oktober 2013

PBSMR : Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dimansuhkan tahun depan dijangka digantikan dengan peperiksaan baru dikenali sebagai Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) yang hanya membabitkan empat subjek teras. Bagi subjek lain pelbagai bentuk instrumen digunakan bagi menilai tahap pencapaian pelajar. Jom kita teruskan bacaan dengan hal-hal yang berkaitan dengan PBSMR.

PBSMR : Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah


Apa Itu PBSMR?
Pentaksiran Pusat PBSMR merupakan satu pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dengan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.


Jenis Instrumen
1. Ujian Bertulis dan Lisan
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun

2. Ujian Bertulis
Matematik
Sains

3. Pelbagai Instrumen
Tugasan Bertulis / Ujian Amali / Projek / Kajian Lapangan / Kajian Kes / Persembahan / Demonstrasi, dll

Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Sejarah
Geografi
KHB Kemahiran Teknikal
KHB Ekonomi Rumah Tangga
KHB Pertanian
KHB Perdagangan dan Keusahawanan
Pendidikan Muzik
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Pendidikan Sivik dan Kenegaraan

Download Bahan : Pentaksiran Pusat PBSMR


57 ulasan:

  1. mmmm not so exam oriented la sangat tapi sebagai seorang guru...mereka akan tahu apa pulak kesan "pelbagai instrument" tu kepada pelajar n guru.

    BalasPadam
  2. ingatkan sains ada ujian amali....baru la killer skit

    BalasPadam
    Balasan
    1. mangkuk kamu buat periksa ke

      Padam
  3. Pi Mai Pi Mai tang tu jugak akhirnya...

    BalasPadam
  4. He3.. Harap2 berterusan, tidak separuh jalan, dan memberi kesan!

    BalasPadam
  5. so KPM kira macamana markah pelajar? berapa % yg bukan exam?
    anak ambo group pertama akan hadapi tahun depan...tak tahu macamana penilaian keseluruhan

    BalasPadam
    Balasan
    1. pentaksiran pusat = 60%
      pentaksiran sekolah = 40%

      Padam
  6. ambo pun dok nampak gapo...lagi.

    BalasPadam
  7. para pelajar akan rasa terbeban dan tidak semangat nak buat semua benda ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes , you are right. Cuba lah kalau teruskan shj pmr. tak perlu nak nak buat berkeban keban evidens. belum campur yang cikgu buat kertas eviden hilang, peperiksaan akhir tahun. i cant imagine whats happen next :(

      Padam
    2. Betol . Terbeban , malah tang tu jugak cikgu akan bagi exam dgn syarat "10 minit untuk baca buku lepas tu bps" kadang2 mereka terpaksa meniru . Rasa diri ni bengong lah jugak kadang2 . Erghh

      Padam
  8. mmg menguji pengetahuan ict kalau anda seorg guru....

    BalasPadam
  9. Mmg menguji pengetahuan ict jika anda seorg guru....

    BalasPadam
  10. Hahaha...
    Nasib baik sejarah tak ada...
    Saya kat kolah bukannya blajar pun sejarah...
    Cikgu bgi PBS patu bgi sekali jawapan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hang bengap ke ape! SPM ade Sejarah! Sejarah plk kene WAJIB dpt A! Yang kau rasa nasib baik tu kenapa? Menyesal karang nanti. Masuk year lgi satu , cikgu tanya , dah sah2 x leh jawab. Ini la sebab2 PBS buruk. Cikgu mengejarkan band , habis semua student x faham.

      Padam
  11. Sistem masih tergantung.. semua orang tercari-cari lagi maklumat yang lebih jelas.. Diharapkan pihak KPM dapat bertindak segera dan pantas

    BalasPadam
  12. still tak faham whether semua subject ada dlm PBSMR ni ke atau apa. Tak ada kata putus. macam mana dengan silibus yang belum habis dipelajari. kan pbsmr ni bulan 5 tahun depan.

    BalasPadam
  13. pelajaran yg dia uji start form 1 kah? atau form 3 shj? pls lah im still wondering. bila tanya cikgu cikgu pun, all of them give the same answer "tak tahu" . haih how im gonnna do a revision

    BalasPadam
    Balasan
    1. start dari f1 dik...semua soalan diberitahu akan jadi lebih susas dan semuanya subjektif. dan soalan dalam bentuk HOTS

      Padam
  14. Berharap semoga pihak yang bertanggungjawab lebih cepat menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan PBSMR ini..

    BalasPadam
  15. Tiada info yang boleh dijadikan panduan... berpuluh tahun dah mengajar macam baru mengajar. Tolonglah....

    BalasPadam
  16. Mengapa subjek sejarah tidak ada ujian bertulis, knp hanya ada pelbagai instrumen seperti kerja kursus sahaja. Adakah cukup sekadar pelaksanaan ini. Bila naik ke tingkatan 4 n seterusnya spm, subjek sejarah dijadikan subjek wajib lulus. Hal ini semestinya mewujudkan gejala kejutan budaya apabila mereka naik ke tingkatan 4. Mmg dasar ini merugikan subjek sejarah. Satu langkah yang menongkah arus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lahh... cari mati betul

      Padam
  17. yes saya setuju dengan komen di atas.

    BalasPadam
  18. Setiap kali ada perubahan sistem / dasar, pasti ada perkara yang terlepas pandang.. Semoga sistem boleh ditambahbaik dari masa ke semasa, tanpa menjejaskan mana2 pihak..

    BalasPadam
  19. USAH BERSAING, SEBALIKNYA BEKERJASAMA...JOM AMALKAN TEAM (T - TOGETHER, E - EVERYONE, A - ACHIEVE, M - MORE ...

    BalasPadam
  20. setuju tu.. mesti bekerjasama.. apa yang penting? kerja-sama!

    BalasPadam
  21. Nampaknya budak budak lemaklah subjek lain tak periksa. cikgu pula mesti fokus 4 subjek sahaja. . Agama Islam paling habis budak lupakan. Apa faedah buat periksa macam ni.

    BalasPadam
  22. tak peperiksaan, tapi masih ada penilaian peringkat sekolah yang dinilai oleh guru, serta masih dikawal oleh kementerian.. mungkin ada pro dan kontra nya.. apa pun, saya mengharapkan yang terbaik untuk masa depan pelajar.. jangan sampai ada yang tergadai masa depan kerana eksperimen pihak2 tertentu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pmr digantikan oleh pbsmr ade khabar angin mengatakn ujian tu hanya ada 4 subjek betul ke??

      Padam
    2. di kawal oleh kementerian??? sepupu saya yg kerja sbg NAZIR sendiri cakap, dalam kementerian sendiri pun kelam kabut .... wallahualam

      Padam
    3. maaf Anonymous kat atas, maksud saya dikawal oleh kementerian di atas tu adalah kawalan terhadap penilaian tersebut.. maksud nya, soalan dan tugasan semuanya berpusat datang dari KPM..

      Padam
  23. Kenapa perlu membuat pbs ini. Bukan ke susah untuk para pelajar untuk bertukar sekolah. Kalau hendak bertukar sekolah macam mane ye? Sekolah mane yang ade aliran pertanian?

    BalasPadam
  24. Bestnya ada pendidikan muzik. Tapi macam mana student nak mohon masuk MRSM Bithara lepas ni?

    Temu Janji Anda Dengan Vitamin Shaklee

    BalasPadam
  25. Tindakan yg bodoh oleh KPM..PBSMR dan PBS ni memang tak telus..senang untk meniru.banyak kertas yg dihabiskan..banyak masa yang digunakan

    BalasPadam
  26. Muzik tu mmang kne ambik jugak ke?

    BalasPadam
  27. blom pasti lagi nih.. kita tunggu sehingga pengumuman daripada yang bertanggungjawab yer..

    BalasPadam
  28. bagaimana soalan hots bagi contoh boleh tak cikgu

    BalasPadam
  29. btoi2 stress!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  30. HUH..kesian saya yang group pertama tempoh benda alah ni..nak pekse pon x tau bntuk soaln mcm mne.so blajar jelah.nk wat camne kputusn bkn kat tgn kte.ikot jelah.harap2 bnde ni kekallh jgn lps kteorg mnsuh wat pmr balik.sbb x brkesan untuk plajr dan x sistematik.lau x memey frust.

    BalasPadam
  31. hari-hari pbs boring...lepas ade pbs result final exam saya down sebab dh terbiasa cikgu suap jawapan.so mls nk blaja.nmpaknya saya kena rajin blaja untuk tingkatkn smula mrkah.dulu dpt 8A1B skang tinggal 7A2B.cdey

    BalasPadam
  32. takpe.. sabar adik2 pelajar sekelian.. jangan tengok kepada perkara negatif.. memang kita akan rasa sedih.. tak guna kan?.
    Sekarang nih jom kita pikir camna nak tangani perkara ini dengan lebih baik.. kita belajar rajin2.. kita usahakan yang terbaik.. inshaAllah adalah rezeki kita tu nanti.. ;)

    BalasPadam
  33. soalan berbentuk HOTS ? whatttt?? damn susah kot nak jawab , ahhh batch '99 gonna be crazy because of this ! leceh la KPM ni why not teruskan je pmr tu ? Oh God, help me

    BalasPadam
  34. PBS ni dah prove x berguna dkt England. -Sorry to say- Tapi KPM Bodoh sgt nak ikut , dah tau yang PBS ni x elok nak ikut. Skrang semua student dah x berapa pandai. Sebab apa yang diajar x masuk dlm kepala pun. EVEN kalau sekolah tu top 10 kat daerah or negara , student akan jadi x pandai. Sekolah aku pon , student yang selalu dpt A pon , mase peperiksaan akhir tahun x de sape yg dapat straight A's , 7A ke bawah ade. Subjek ade 12/13. It prove that students are getting slow. Ye-ye je cakap nak majukan anak muda , HAMPEH! Menyusahkan students.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerjaan , ingat kami bahan uji kaji ke ? Sekejap pbs , sekejap pt3 . Kalau ada org cakap "pbs ada , dah takkan ada exam" sekolah kami ada exam mid year + pt3 . Allahu , hanya tuhan sahaja tahu betapa berat nya benda ni . First , saya boleh nampak guru2 saya tertekan . Bila mereka tertekan mereka akan memberi tekanan kepada murid mereka supaya LULUS LULUS DAN LULUS . Jika zaman upsr dulu , kami bersungguh2 nak belajar . Zaman pbs ni , bagi kami , we have no different compare dgn budak kelas bawah . Bukan nak memandang rendah atau pun nak memerli mereka , tapi itu fakta bila semua , tiru meniru antara satu sama lain . Bila dikata meniru , mereka kata "tulah siapa suruh tak baca buku awal2?" Masalahnya cikgu bagi pbs selepas dia kata sepuluh minit untuk menghafal *sesetengah guru malah kebanyakannya* apa mereka ingat hidup kami 100% for study , books , whatever . How about kalau kami terlibat dgn aktiviti luar sekolah yg melibatkan pertandingan atau perlawanan sukan dsb ?

      Padam
  35. Sy mengajar sivik. PBS di sekolah sy menarik. Pelajar belajar pelbagai method. Mereka dapat sentuh sejarah yg sebelum ni hanya ada dlm "teks". Tingkatan dua dah aktif menganjurkan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah. Syabas KPM

    BalasPadam
  36. Alhamdulillah.. dalam kita mencari 'busuk' PBS, ada juga 'wangi' nya.. Saya harap ada perkongsian daripada pihak cikgu Hasbullah. Mudah2an boleh jadi panduan dan petunjuk kepada guru2 lain..
    Memikirkan penyelesaian tu 100x lebih bermakna daripada mencari kelemahan..

    BalasPadam
  37. kalau ppmr wujud . kenapa pulak pbs masih ada ?

    BalasPadam
  38. subjek ape yg akan keluar dlm peperiksaan pbsmr

    BalasPadam
  39. belum diputuskan bentuk camna bentuk format peperiksaan pusat yang bakal dilaksanakan .. sama2 kita tunggu pada 29 mac nanti yer..

    BalasPadam
  40. tips peperiksaan pbsmr ada tak ???

    BalasPadam