.

.

KARTiKEL

Ahad, 29 September 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2013

Pada 2 Oktober ini, seramai 462 940 orang calon akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah PMR 2013 di 3 530 pusat peperiksaan di seluruh Malaysia. Manakala seramai 33 766 orang guru pula telah dilantik sebagai petugas peperiksaan yang akan membantu memastikan peperiksaan dijalankan dengan lancar. 

 Gunakan Jadual PMR 2013 kat atas ini sebagai wallpaper anda!
 Gunakan Jadual PMR 2013 kat atas ini sebagai wallpaper anda!


Untuk tahun ini, saya tidak berkesempatan untuk mengajar pelajar bagi PMR yang terakhir kali ini. Sebelum ini, dah 3 tahun berturut-turut saya bertungkus lumus menyiapkan pelajar bagi menghadapi PMR. Walaubagaimanapun, tetap nak ucapkan juga selamat maju jaya kepada semua calon PMR 2013 di sekolah saya dan juga di seluruh Malaysia.

Kepada adik-adik yang menjadi calon PMR 2013, pastikan adik-adik merujuk Jadual Peperiksaan PMR 2013 dengan tepat. Patuhi juga amaran yang telah ditetapkan serta janganlah lupa untuk membawa Kad Pengenalan bersama. Itu 'lesen besar' untuk masuk ke Dewan Peperiksaan.

Semoga beroleh kejayaan dengan cemerlang sekali! InshaAllah


p/s: Ini adalah Peperiksaan PMR yang terakhir. Tahun depan akan digantikan dengan PBSMR!! Kita tunggu yer.. 

2 ulasan:

  1. Selamat menduduki peperiksaan buat pelajar tingkatan tiga, tidak lupa juga buat anak sulong ku...semoga mereka berjaya dengan cemerlang. Insha Allah....AMIN.....

    BalasPadam
  2. Saya tumpang berdoa, semoga berjaya! Amin!

    BalasPadam