.

.

KARTiKEL

Khamis, 19 September 2013

Peluang Guru Semenanjung di Sabah dan Sarawak Bertukar Mulai Januari 2014

Kementerian Pendidikan menawarkan peluang bersyarat kepada guru dari Semenanjung, yang kini mengajar di Sabah dan Sarawak untuk pulang bertugas ke negeri pilihan, mulai Januari tahun depan. Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata tawaran sama juga dibuka kepada guru dari kedua-dua negeri itu, yang sedang bertugas di Semenanjung, tetapi berminat kembali berkhidmat di kampung halaman masing-masing. 


Peluang Guru Semenanjung di Sabah dan Sarawak Bertukar Mulai Januari 2014
“Kita membuat kajian terperinci dan mencari mekanisme terbaik bagi memastikan guru tiada masalah besar menjalankan tugasan di lokasi mereka ditempatkan.

“Bagaimanapun, melalui kajian sama, kita menetapkan beberapa faktor melayakkan permohonan guru untuk bertukar sekolah seperti pasangan suami atau isteri bertugas di negeri berbeza dan sudah mengajar di sesuatu kawasan terlalu lama.

“Kajian dan mekanisme ini penting kerana kita banyak menerima permohonan pertukaran daripada guru, terutama yang berasal dari Semenanjung dan kini mengajar di Sabah atau Sarawak untuk pulang ke negeri asal masing-masing,” katanya lagi.

Sementara itu, mengulas lanjut isu yang sama, Idris berkata, tawaran itu turut membolehkan mana-mana guru untuk mengajar di negeri lebih jauh, mengikut pilihan masing-masing sama ada di sekolah Semenanjung atau Sabah dan Sarawak. 



p/s: Kalau sungguh bagai dikata...

5 ulasan:

  1. wah... jika bnar dikata... ramai cikgu senyum smpai ke telinga...

    BalasPadam
  2. yer setuju tu.. saya pun termasuk ler tuh kalau benar bagai dikata.. ;)

    BalasPadam
  3. Assalam .. sy ingin bertanya .. adakah antara kelulusan bersyarat itu perlukan kedua-dua pasangan suami dan isteri bertugas sebagai guru ? bagaimana dengan kes hanya isteri seorang guru dan suami seorang pekerja swasta ? mohon pencerahan seandainya tidak menyusahkan .. terima kasih ..

    BalasPadam
  4. BAGUS LA LEPAS NIE LEH LA APPLY SAPA2 YANG NAK TUKAR TUE

    BalasPadam
  5. peluang untuk berkembang bagi para guru di semenanjung, sehingga pertukaran perlu ditimbang sebagai hal yang positif, kunjungi pula blog saya www.goocap.com

    BalasPadam