.

.

KARTiKEL

Ahad, 18 Ogos 2013

Kisah Hebat Budak Kecil Bernama Zhang Da

Pernah dengar kisah hebat pasal budak ini?. Ini adalah kisah benar Zhang Da dari Provinsi Zhejiang yang merupakan satu-satunya kanak-kanak yang menerima anugerah tertinggi di China, kerana 'atas perbuatan luar biasa' nya. Bayangkan daripada hampir 2 billion rakyat China, tetapi budak kecil nih jugak yang dipilih.. Hmmm.. apa yang hebatnya yer?.. Jom kita teruskan lagi bacaan..

Kisah Hebat Budak Kecil Bernama Zhang Da

Zhang Da merupakan kanak-kanak yang sangat tabah. Seusia muda tersebut, Zhang Da terpaksa memikul tanggungjawab menjaga bapanya yang terlantar sakit. Ibu Zhang Da dah awal-awal lagi cabut lari sebab tak tahan nak jaga bapa nya yang sakit teruk tuh. Jadi semua bebanan dan tanggungjawab terpaksa dipikul oleh Zhang Da yang masih mentah nih.

Walaupun hidup susah dan melarat, namun Zhang Da tetap pergi sekolah. Untuk ke sekolah Zhang Da terpaksa merempuh hutan kecil. Oleh kerana miskin dan tidak mampu bersarapan pagi, maka Zhang Da akan makan daun, buah dan bijian yang dijumpai sepanjang perjalanannya. Malah rumput pun dimakan juga bagi mengalas perutnya!

Balik saja dari sekolah, Zhang Da akan terus pergi bekerja di kuari memecahkan batu. Ini adalah bagi mendapatkan duit untuk membeli bekalan makanan dan juga ubatan bapa nya. Balik ke rumah pula, dia akan mendukung bapanya untuk dimandikan dan memasak bubur untuk dimakan oleh bapanya. Oleh sebab sangat daif dan tidak mampu, maka Zhang De turut mempelajari sedikit ilmu asas perubatan, sehinggakan mampu bertindak sebagai jururawat untuk bapanya!

Semasa majlis penyampaian hadiah berlangsung, Zhang Da diberi peluang untuk membuat permintaan kepada hadirin yang datang, yang kebanyakkannya terdiri daripada VIP, selebriti, orang-orang kaya dan jutawan seluruh China.

"Katakan apa saja yang kau nak, Zhang Da. Di sini kita ada ramai yang dapat membantu menghulurkan sumbangan wang kepada mu wahai anak"

Namun, jawapan dari Zhang Da sangat mengejutkan semua pihak!

"Aku tidak mahu apa-apa. Aku hanya mahukan ibuku kembali!"



p/s: Kisah yang sangat menginsafkan! Kesusahan hidup dan perjuangan Zhang Da harus dijadikan teladan oleh semua orang. Berapa ramai daripada kita yang  terpaksa mengharungi hidup sehebat Zhang Da?. Mungkin disebabkan itu juga lah ramai daripada anak-anak kita yang menjadi semakin 'manja', semakin hilang sifat berdikari dan daya tahannya berbanding Zhang Da.




2 ulasan:

  1. thumbs up for zhang da ,,,;D

    BalasPadam
  2. brapa tahun bdk 2 ya?

    BalasPadam