About Me

Berita Baik Untuk Pertukaran Cikgu Yang Dah Berkahwin

Hari ini ada berita baik untuk pertukaran cikgu yang dah berkahwin. Semasa persidangan Dewan Rakyat semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching memberitahu, adalah tidak sesuai bagi pasangan suami isteri terutama yang baru berkahwin dipisahkan atas kekangan tugas.

Berita Baik Untuk Pertukaran Cikgu Yang Dah Kahwin
 
"Bagi saya sebagai pendidik yang ada pengalaman sebagai seorang pengetua, sekiranya ada guru yang minta tukar atas sebab mereka berkahwin, saya beri sokongan. Ini atas dasar kemanusiaan, tidak sesuai atau tidak baik untuk suami isteri dipisahkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) yang bertanya mengenai permohonan pertukaran guru yang telah berkahwin.

Walaupun, ada pihak yang kurang senang dengan perlantikan Datuk Mary Yap Kain Ching ini sebagai Timbalan Menteri Pendidikan (atas faktor tidak fasih bertutur dalam Mandarin ??), tapi saya melihat pelantikan beliau adalah sangat bertepatan. Memang suka sangat dengan Datuk Mary Yap nih. 

Beliau adalah calon yang paling layak memegang jawatan tersebut, berbanding ahli politik lain, atas sebab latar belakang beliau yang juga seorang bekas guru, bekas pengetua dan bekas Pengetua Cemerlang! Sehingga ke tahap ini, segala kenyataan media yang dikeluarkan beliau adalah bertepatan mengikut naluri kebanyakan guru dan bercakap melalui perspektif sebenar seorang guru. 

Saya mengharapkan selepas ini, beliau mampu untuk mentransformasikan lagi pendidikan Malaysia, mengikut acuan seorang guru Malaysia. Isu PBS, Isu MMI mungkin boleh diketengahkan bagi merungkai permasalahan guru-guru di Malaysia. Tahniah Datuk!




p/s:Bila lah isu pertukaran cikgu-cikgu bujang yang dah lama di perantauan nak diperjuangkan pulak yer..? ;)

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. cikgu2 bujang kena cari calon isteri dulu baru leh join cikgu2 yang dah berkahwin untuk isu pertukaran yang "hot" ni..hehe

    BalasPadam
  2. Hehe... Cari calon pastu bru mnta tukar.. Hihi

    BalasPadam
  3. Hak3... soklan last yang cari pasal kan?.. dah free2 dapat cepumas dari cik puan sekalian .. ;)

    BalasPadam
  4. http://www.newgadgets.com.my/

    untuk dewasa je tgk ok

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, singgah kali pertama Cikgu dan follow. Sudilah ke blog saya dan follow. Kita bertukar-tukar cerita.

    p/s: setuju dengan soalan akhir tu.

    BalasPadam