About Me

Isu MMI : NUTP Dah Mula Bersuara

Kementerian Pendidikan diminta meneliti semula pelaksanaan program Melindungi Masa Instruksional (MMI) kerana program itu dilihat mengundang permasalahan kepada warga pendidik. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan berkata inisiatif yang memfokuskan kepada pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah itu dilihat menyekat pergerakan pengetua, guru besar dan guru yang dikehendaki berada di sekolah pada setiap masa.

Melindungi Masa Instruktional MMI

"Tugas mereka sebenarnya tidak terbatas setakat itu sahaja. Mereka juga perlu menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah atau kementerian serta melaksana kegiatan kokurikulum melibatkan sukan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco NUTP, di sini Jumaat.

Beliau berkata mesyuarat itu mengambil ketetapan menolak MMI dan menggesa kementerian menimbang untuk memansuhkannya. Program MMI dilaksana awal tahun ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya melindungi waktu pembelajaran murid di dalam bilik darjah di semua sekolah.

Antara rasional pelaksanaannya ialah pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat. Antara garis panduan MMI ialah memastikan pelaksanaan kokurikulum di sekolah mematuhi ketetapan kementerian dan meminimum kekerapan guru keluar meninggalkan bilik darjah.

Pengetua dan guru besar sebagai pemimpin instruksional pula perlu memberi tumpuan dan tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan, memelihara dan mempertahankan perkara-perkara asas, memanfaat dan mengoptimumkan masa pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan sentiasa tampak di sekolah.  BERNAMA




p/s: Memang tertekan pun dengan isu MMI nih.. nak bawak budak keluar sukan demi naikkan nama sekolah pun kena ganti kelas. Bukan kita keluar untuk suka-suka.. ;(

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Cikgu Mia GC sains DG441 September 2013 pada 11:28 PG

    MMI boleh dilaksanakan jika pentadbir (GB) bijak mengatur tugas guru mengikut kekuatan guru di sekolahnya. Jangan bebankan seorang guru utk memegang semua jawatan di bidang Akademik, HEM dan Koko. Mungkin kerana guru itu rajin, Pentadbir ambil kesempatan, yg penting kerja selesai. akhirnya jadilah hasil yang tidak cemerlang. (Sedangkan di kilang pun ada unit production, packaging, QC.) Disamping mengajar, pentadbir hendaklah mengatur agihan supaya setiap team guru hendaklah fokus kepada satu bidang sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju tuh cikgu Mia.. ramai cikgu yang rajin, tapi x semestinya rajin dengan semua perkara.. Pihak pentadbiran perlu agihkan bidang tugas supaya lebih adil dan seimbang. Jika diagihkan dengan seimbang, saya yakin, memang x akan ada guru yang terbeban..

      Padam
  2. tapi yang banyaknye....asal dilantik ade saje alasan utk menolak. seribu satu alasan diberi tp yg menyakitkan hati bila waktu APC..org yg mcm ni le yg paling bnyk mulut sbb tk dicalonkan...perasan diri dia rajin ...konon.

    BalasPadam
  3. klu jpn arahkan kita terlibat dgn program peringkat kbgsaan selama 4 hari waktu sek, sdgkan gb awal2 lagi dah pesan takkan benarkan guru keluar pd waktu sekolah, apa ptt ckgu tu buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. SAYA YANG MENURUT PERINTAH : GB KEPADA KPM/JPN

      Padam
  4. Hi, sudah sampai masa untuk setiap daerah atau sekolah mempunyai 'pool of teachers' yang boleh digunakan/gantikan guru yang keluar atau urusan rasmi/tidak rasmi. Adalah tidak relevant untuk membebankan guru yang sudah pun dibebani denganberbagai-bagai tugas. Makin dibeban makin kita tidak produktif. Ramai guru-guru 'menanggis dengan senyuman'. Bila mereka ini akan diiktiraf sebagai cikgu???

    BalasPadam