About Me

Menganalisa Proses Penyejatan Air

Penyejatan adalah proses perubahan cecair menjadi gas pada sebarang suhu di bawah takat didih cecair itu. Kadar penyejatan bergantung kepada beberapa faktor persekitaran seperti kelembapan udara, suhu sekeliling, luas permukaan dan pergerakan udara.

Penyejatan


Faktor Yang Mempengaruhi Penyejatan Air
1) Kelembapan
Jika kelembapan tinggi, kadar penyejatan rendah (sebab banyak kandungan air dalam udara)
Jika kelembapan rendah, kadar penyejatan tinggi (sebab sedikit kandungan air dalam udara membolehkan penyejatan berlaku dengan lebih cepat)

2) Suhu Sekeliling
Jika suhu rendah, kadar penyejatan rendah (sebab molekul bergerak perlahan)
Jika suhu tinggi, kadar penyejatan tinggi (sebab molekul bergerak pantas)

3) Luas Permukaan

Luas permukaan mempengaruhi penyejatan air

Jika luas permukaan kecil, kadar penyejatan rendah (sebab ruang yang kecil membataskan air untuk tersejat dengan bebas)
Jika luas permukaan besar, kadar penyejatan tinggi (sebab ruang yang besar membenarkan berlakunya penyejatan dengan lebih banyak)

4) Pergerakan Udara
Jika udara tenang, kadar penyejatan rendah (sebab molekul air terkumpul di permukaan air)
Jika udara bergerak, kadar penyejatan tinggi (sebab molekul air yang tersejat akan tersebar dengan cepat ke persekitaran serta membolehkan penyejatan berlaku lagi)


Persamaan dan Perbezaan Antara Penyejatan dan Pendidihan
Persamaan
1) berubah daripada cecair kepada gas
2) menyerap haba

Perbezaan
1) Suhu
Penyejatan berlaku pada sebarang suhu bawah takat didih
Pendidihan berlaku pada takat didih (100 C)

2) Kawasan
Penyejatan berlaku pada permukaan sahaja
Pendidihan berlaku pada seluruh bahagian cecair

3) Kehadiran Gelembung Gas
Penyejatan tidak membentuk gelembung gas
Pendidihan membentuk gelembung gas

4) Haba
Penyejatan menyerap haba daripada persekitaran
Pendidihan menyerap haba daripada sumber pemanasan (api)

Penyejatan Pendidihan


5) Kelajuan Proses
Penyejatan merupakan proses yang lambat
Pendidihan merupakan proses yang cepat


Aplikasi Proses Penyejatan Dalam Kehidupan Seharian

Aplikasi Proses Penyejatan Dalam Kehidupan Seharian
1) Mengeringkan Pakaian
2) Pengawetan hasil pertanian
3) Pemprosesan makanan




Catat Ulasan

44 Ulasan

  1. SSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSDDDDDDDDDDDDDDDDDDFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFCCCCCCCCCCCCCCCCCCXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

    BalasPadam
  2. tq,doakan saya cemerlang dlm exam sains kali ni...

    BalasPadam
  3. Terima Kasih banyak ye !! :D :P :)

    BalasPadam
  4. Terime ksih cikgu....nota ni memang bguzz...saya mudh fham...hrini saye ade exam sains untuk PT3....hrap dengan nota cikgu ni...saye dpat menjawab dngan baik...insyaallah

    BalasPadam
  5. saya nak buat nota sains pasal perbezaan antara penyejatan dan pendidihan . dengan nota cikgu , saya dapat pujian dari kawan kawan saya.sekarang saya sudah faham pasal ni.terima kasih cikgu hailmi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Nurszaza.. kongsi dengan kawan2 jugak yer..
      Semoga bermanfaat ;)

      Padam
  6. Terima kasih cikgu kerana memberi tips yang bergunaa..

    BalasPadam
  7. Cikgu ..boleh terangkan tentang kaitan air@hubungan air@pembiakan air

    BalasPadam
  8. Bagus belajar macam ini ada nota senang belajar

    BalasPadam
  9. Thanks a lot. Tengah buat homework ni

    BalasPadam
  10. Thaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnkkkkkkkkkkkkssssssss a lot, mannnnnnn

    BalasPadam
  11. mudah difahami, membantu pdp 'beginner' teacher..

    BalasPadam
  12. saya harap cikgu doakan saya supaya berjaya dalam exam sains pada keesokan hari (PERCUBAAN UPSR 2017)ye...

    BalasPadam
  13. Adakah ketumpatan udara mempengaruhi penyejatan.? Boleh berikan penjelasan

    BalasPadam
  14. Thank you sir. This is really help me bcause my exam pt3 is next weeks.

    BalasPadam
  15. terima kasih cikgu nota ini mudah faham

    BalasPadam
  16. Terima kasih cikgu kerana berikan nota yang sangat mudah difahamkan. Saya akan memanfaatkan nota ini dengan betul dan memahami nota yang cikgu hailmi berikan ini. Semoga saya lulus dalam EXAM TRIAL PT3 2018 ! DOAKAN SAYA CIKGU !

    BalasPadam