.

.

KARTiKEL

Khamis, 25 Julai 2013

Isu Makan Dalam Jamban

Saya rasa ramai dah tahu cerita pasal isu panas mengenai SK Seri Pristana. Sekelip mata saja terus jadik glamer sekolah tuh tak pasal-pasal. Bermula dengan satu status seorang ibu di Facebook tanpa usul periksa, tak pasal-pasal sekolah plak terpaksa nak menjawab segala tohmahan yang tak masuk akal dan melulu. Diharap selepas ini rakyat Malaysia, menggunakan internet dengan lebih berhemah dan bijaksana. Seeloknya siasat lah dahulu sesuatu perkara sebelum dilaporkan oleh wartawan-wartawan yang tak bertauliah. Kesannya, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. So, jadik bijak sket yer pasnih!

Isu Makan Dalam Jamban

Ini sedikit kronologi ringkas isu panas tersebut. Malas nak cerita panjang-panjang, sebab kebenaran dah terserlah. Pikir-pikir balik, takkan lah tergamak sampai macam tuh sekali pihak sekolah nak buat macam tuh kat anak-anak kita...


FASA 1
Seorang ibu komplen pasal anaknya yang terpaksa / dipaksa oleh pihak sekolah untuk makan di dalam tandas / jamban / bilik air. So dipostkan nya dalam Facebook yang kemudiannya dikongsi sehingga hampir 4000 lebih kongsian. Mesti dia dah jadi selebriti kan sekarang nih? Hmm tercapai tujuan...

Isu Makan Dalam Jamban

Guneswari kelly


FASA 2
Fasa huru-hara apabila dikongsikan dengan ghairah di laman-laman sosial dan blog-blog yang (mungkin) berkepentingan tertentu. Memang sensasi sekejap je dalam masa satu hari. Hebat kuasa zaman siber sekarang. Hebat drama dan propaganda nya!


Isu Makan Dalam Jamban
Kesian dengan budak-budak nih yang dijadikan 'pelakon' oleh mereka yang berkepentingan


FASA 3
Kebenaran mula lah terserlah bila ada banyak pihak yang muncul menjelaskan keadaan. Lebih banyak maklumat yang membetulkan salah tanggap masyarakat terhadap sekolah tersebut. Hmm.. Tak pasal-pasal pihak sekolah pula yang terpaksa menjelaskan keadaan sebenar. Jamban yang dimaksudkan oleh Puan Guneswari Kelly tuh adalah sebenarnya bilik persalinan (tak ada mangkuk jamban dalam tuh) yang terpaksa dijadikan kantin sementara sebab kantin asal dalam proses nak dibesarkan lagi. Kalau budak-budak makan kat sana, kan bahaya? 

Isu Makan Dalam Jamban
Sedang dalam pembinaan

Isu Makan Dalam Jamban


Isu Makan Dalam Jamban
 Cikgu-cikgu makan dalam 'jamban' tak ada yang nak kecoh pun dalam Facebook.. Sian cikgu-cikgu


FASA 4
Fasa pasca fitnah memfitnah berakhir. Maka terdiam lah semua salakan-salakan yang sebelum ini menuduh pihak sekolah bersifat perkauman lah dan segala macam lagi. Sket-sket racist.. sket-sket rascist.. Best kan? Dah sedap-sedap sebut segala macam, tuduh segala macam, menyusahkan semua orang, pastu diam jer kan.. Buat-buat macam tak tahu... Terbaek!

Kesimpulan nya, SEMUA KITA (juga saya sendiri) haruslah lebih bersifat rasional dengan menggunakan intelek akal untuk menyatakan sesuatu persoalan. Bukanlah dengan menggunakan emosi yang cetek dan semberono. Sebab akhir sekali, memang nampak diri sendiri yang akal pendek! sangat-sangat!


2 ulasan:

  1. Lontaran tuduhan semata-mata berdasarkan persepsi memang akan mengundang kemaluan yang besar.

    Masa mesyuarat PIBG, tak nak pulak datang dan menyuarakan masalah sekolah. Bila dapat sekeping dua gambar tanpa rujuk kepada yang lebih arif, habis dicanang satu dunia.

    Bagi saya, sekolah seeloknya memberikan satu surat saman kepada penyebar gambar ni. Boleh la duit tu buat kantin baru sebesar padang.

    BalasPadam
  2. Moral of the story, siasat dlu kesahihan sesuatu tu sblm buat statement dalam laman sosial... kita sedia maklum kuasa laman sosial skg nie. Cepat je tersebar .

    BalasPadam