KARTiKEL

Jumaat, 7 Jun 2013

Permohonan Kemasukan GIAT MARA Sesi Julai 2013

Permohonan kemasukan ke GIAT MARA bagi sesi Julai 2013. Bagi pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan, boleh lah memilih institusi latihan ini sebagai pilihan untuk peluang baru anda. Secara ringkasnya, GIATMARA merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIATMARA Sendirian Berhad. Pentadbiran GIATMARA diletak di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW).

Permohonan Kemasukan GIAT MARA Sesi Julai 2013

Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Bajet menguruskan operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA.

Objektif

Melahirkan tenaga mahir negara
Mewujudkan usahawan
Membantu membasmi kemiskinan

Promosi pengambilan pelatih

Giat Mara Malaysia telah mengadakan promosi pengambilan pelatih untuk sesi Julai 2013
- Elaun RM200 Sebulan
- 80% Amali manakala 20% Teori
- Sukatan pelajaran menepati standartd industri
- Tenaga pengajar pakar

Borang Pendaftaran GIAT MARA

Boleh didapati di pusat GIAT MARA yang berdekatan atau daftar secara online dengan melayari laman web rasmi klik pautan url http://www.giatmara.edu.my

Buat masa sekarang, hanya permohonan bagi GIATMARA sekitar Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan sahaja yang boleh menggunakan khidmat online. Bagi GIATMARA yang lain, perlulah mengisi borang permohonan daripada pusat GIATMARA yang berdekatan.


0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan