About Me

Permohonan Menyertai PADU : Mencetuskan Transformasi Pendidikan Yang Anda Hasratkan

Permohonan untuk menyertai PADU (Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan) yang merangkap unit penyampaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) kini telah dibuka. Dengan bertemakan "MENCETUSKAN TRANSFORMASI YANG ANDA HASRATKAN", penyertaan guru-guru yang berkebolehan tinggi adalah amat digalakkan.

Permohonan Menjadi PADU : Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan Merangkap Unit Penyampaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

PADU merupakan unit pengurusan penyampaian berorientasikan tindakan yang telah diamanahkan untuk memastikan visi dan aspirasi PPPM dapat direalisasikan. Pada masa ini, PADU sedang mencari pegawai yang berpengalaman dan berkemahiran untuk mengisi jawatan-jawatan di organisasi kami.  

PADU terdiri  daripada 4 bahagian  utama iaitu 
i) pembelajaran murid 
ii) Guru dan Kepimpinan Sekolah, 
iii) Transformasi Kementerian; dan 
iv) Struktur Sistem.   

Anda yang berjaya akan bertanggungjawab untuk memastikan semua inisiatif  di setiap bahagian dapat dilaksanakan bagi mencapai keberhasilan yang ditetapkan.

Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  (PPPM)  melakarkan  visi  dan aspirasi  masa  hadapan  dan  setiap  kanak-kanak  diberi  peluang  sama  rata  untuk  berjaya melalui   sistem   pendidikan   bertaraf   dunia.   PADU ialah unit   penyampaian PPPM  berunsur  praktikal  dan  berorientasikan  tindakan  yang  telah  diamanahkan  untuk menjadikan visi dan aspirasi ini suatu realiti.

PADU   mempelawa   pegawai-pegawai   berbakat   dari   Kementerian Pelajaran   Malaysia   untuk   bersama-sama   menerajui     transformasi   ini.   PADU bertanggungjawab  untuk  memacu  inisiatif  utama  Kementerian,  menyelesaikan  masalah bersama   pengurus   program   dan   melaporkan   kemajuan   kepada   pengurusan   tertinggi Kementerian.

Jika anda seorang...
▪ pemimpin berinspirasi;
▪ penyelesai masalah yang kreatif; dan
▪ bersemangat untuk mengubah sistem pendidikan negara kita,

sertailah kami di PADU.


Bagi  menagih  komitmen  tinggi  dan  prestasi  cemerlang  daripada  anda,  PADU  akan
memberi peluang kepada anda
▪  Memacu pembangunan peribadi dan profesional yang dinamik;
▪  Mendapat akses terus kepada pengurusan tertinggi Kementerian;
▪  Bekerjasama  dengan  individu  berprestasi  tinggi   dari   sektor  awam  dan swasta; dan
▪  Menerima gaji berdasarkan  prestasi, bukan kekananan.

Transformasi akan berlaku, jadilah sebahagian daripada kami.


 

Muat turun borang permohonan
PADU di laman web KPM
Emel padu.rekrut@moe.gov.my
bagi maklumat lanjut atau untuk mengemukakan permohonan



Sumber : http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_002970.pdf
Sumber : http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=3275


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Boleh cuba mohon cikgu.. saya pun rasa macam PADU ini menarik.. Cuma tak pasti, adakah ianya akan jadi satu jawatan asing, atau jawatan/peranan yang perlu dipegang oleh seorang cikgu yang masih di sekolah..

    BalasPadam