About Me

5 Haiwan Di Malaysia Yang Hampir Pupus

Bilangan haiwan-haiwan ini dikatakan semakin berkurang dengan sangat drastik sehingga ada juga dakwaan mengatakan  bahawa sebahagian darinya sudah mengalami kepupusan. Berikut adalah 5 haiwan yang dikatakan tadi. 


Black Shrew
Black shrew haiwan Malaysia yang hampir pupus
Black Shrew (Tikus Hitam?) sangat jarang ditemui, hinggakan saiz sebenarnya tidak diketahui. Walaubagaimanapun, beberapa saksi yang pernah menemuinya mengatakan haiwan ini adalah dalam lingkungan 20 - 100mm. Satu spesimen ini pernah ditemui di Gunung Kinabalu, Sabah. Sehingga kini, tiada data statistik diperolehi bagi haiwan ini dan dikhuatiri telah pupus.
Bilangan terkini di Malaysia : Mungkin sudah pupus!


Badak Sumatra
 Badak Sumatra haiwan Malaysia yang hampir pupus
Badak Sumatra merupakan spesies badak yang paling kecil dengan berat dalam lingkungan 500 - 800 kg. Selalu ditemui di kawasan berpaya dan hutan hujan, badak ini menjadi rebutan pemburu yang inginkan tanduknya.
Bilangan terkini di Malaysia: 300


Tapir Malayan
Tapir Malayan haiwan Malaysia yang hampir pupus
Tapir Malayan ini merupakan spesies tapir / cipan / tenuk / badak tampung yang paling besar berbanding 3 lagi spesies yang ada di dunia. Uniknya tapir ini kerana warna nya dengan tompokan putih dan hitam memudahkan nya untuk melakukan proses penyamaran. Oleh kerana kulitnya yang tebal dan kebolehan berlari dengan pantas, maka tapir ini jarang ditangkap oleh pemangsa lain, kecuali manusia!
Bilangan terkini di Malaysia: 369


Kancil
Kancil haiwan Malaysia yang hampir pupus
Kancil merupakan haiwan bijak yang selalu muncul dalam kisah-kisah penglipurlara rakyat Malaysia. Dengan saiz nya yang sangat kecil, haiwan ini hanya memakan buah dan juga daun-daun. Boleh ditemui di Malaysia, Borneo dan Indonesia.
Bilangan terkini di Malaysia : Tiada data, tetapi diklasifikasikan sebagai spesies dilindungi


Orang Utan
Orang Utan haiwan Malaysia yang hampir pupus
Secara asasnya terdapat 2 jenis orang utan, iaitu spesies Sumatra dan juga spesies Borneo. Orang utan merupakan haiwan yang bijak dan dikatakan hidupan kedua yang paling bijak di dunia selepas manusia. Namun jumlah nya kini semakin menurun yang dikaitkan dengan aktiviti pembalakan dan penebangan hutan.
Bilangan terkini di dunia : Sumatra (7000) dan Borneo (45000 - 69000)


Sumber

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. tikus hitam tu kali pertama aku tahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama lah..1st time tau pasal tikus tu..

      Padam
    2. ye ke ha aq punbaru jumpa?

      Padam
    3. ayah ko lah nani..(2 cekal)

      Padam
    4. wei kau bls ke x ha ainol(2cekal)

      Padam
  2. tu lah pasal.. silap haribulan, yg 4 ekor lagi tuh pun dah xdapat nak tengok lagi dah.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak munkin yg 4ekor lagi tu MATI.

      Padam
    2. mmg lah habis tu apa ha




      Padam
    3. wei aq nak 10 haiwan hampir pupus boleh dkt laman nie

      Padam
  3. kalo kte xmampu nk pelihara bianatang liar ni at least bg support atau hulurkan sumbangan pd WWF.. please do if really care http://bit.ly/1nNKs14

    BalasPadam
  4. Saya nak tahu tikus hitam terdapat di Semenanjung Malaysia ke?
    Pagi tadi pg saya dan suami ke kebun getah utk melihat kesan rumpai yg diracun.
    Dlm perjalanan terdapat satu objek seperti burung yg telah dilangar dijln raya, tp bila berhenti dan teliti ia seperti tikus besar seakan-akan tikus hitam tapi warna seperti arnab, hitan putih

    BalasPadam
  5. Cikgu pernah jumpa ke tikus hitam tu? Betul ke kancil adalah haiwan yang hampir pupus? Nasib baik saya buka ruangan ni sebab esok ada soalan dari cikgu tentang binatang hampir pupus.

    BalasPadam
  6. Tikus Hitam pun aku baru tau cam korang...berguna untuk projek sekolah ku

    BalasPadam
  7. data yg kurang tepat utk badak sumatera.. hakikatnya di Malaysia badak sumatera hanya terdapat di kepulauan borneo.. jumlahnya cuma 3 ekor sahaja dengan satu darinya adalah jantan dan 2 lagi badak betina.. sehingga kini jabatan perlindungan hidupan liar melalui kamera yg dipasang di hutan simpan borneo tdk pernah lgi merekodkan pergerakan baru badak sumatera..

    BalasPadam
  8. orang hutan tuuuu hampir,hampir,hampir100000x pupus disebabkan oleh manusia yg tidak berperikemanusiaan...maksudnya org yg memburu org utan tuuu kejam

    BalasPadam
  9. Ideal and Least expensive Jabodetabek Confidential Lessons, all of our employees along with instructors can come to your dwelling, established your very own review program and may pick any kind of industry associated with analysis ... go to https://privat-jabodetabek.netlify.app/les-privat-duren-sawit.html for further

    BalasPadam
  10. Perhaps you will find a cheaper fee compared to the table above, be certain again with regards to the qualifications in the teacher / Kindergarten teacher recommended for your requirements ... for detail https://kimia-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-kimia-di-kebon-jeruk_2.html

    BalasPadam