.

.

KARTiKEL

Khamis, 11 April 2013

Kes Buli Pelajar SMK Tun Hussein Onn : Dari Perspektif Guru

Saya rasa seluruh negara dah tahu dengan kisah Ketua Tingkatan yang kena buli dan belasah oleh sekumpulan pelajar di SMK Tun Hussein Onn, Pulau Pinang. Kejadian yang berlaku pada 4 Mac 2013 itu, mula mendapat perhatian awam apabila video kejadian tersebut disebar luas dalam Youtube dan juga Facebook.


Kes Buli Pelajar SMK Tun Hussein Onn : Dari Perspektif Guru

Dipercayai kejadian tercetus apabila Ketua Tingkatan tersebut dilaporkan telah memberitahu guru mengenai kumpulan pelajar tersebut yang membawa telefon bimbit ke sekolah. Atas rasa tak puas hati itulah, mereka sepakat membuli dan membelasah Ketua Tingkatan tersebut. Jom kita tengok sikit sedutan klip video tersebut.



Susulan kejadian itu juga pihak pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah telah menyiasat dan membuat keputusan untuk membuang tiga pelajar terbabit sejak 8 Mac 2013 kerana melanggar peraturan sekolah.

Terkini, pelajar-pelajar tersebut dah pun kena tangkap oleh polis. Mungkin sebab ada laporan polis yang dibuat terhadap mereka. Maka gambar di bawah ini adalah sebagai bukti penangkapan mereka. Tangan siap bergari lagi.


Kes Buli Pelajar SMK Tun Hussein Onn : Dari Perspektif Cikgu Hailmi

Saya yakin ini bukanlah kes pertama seumpamanya dan bukan juga kes terakhir yang kita akan dengar. Malah pernah juga kita digemparkan dengan kes buli yang berlaku di sebuah sekolah di Bintulu, yang akhirnya berakhir dengan kematian. Sudah terlambat. Banyak perkara sebenarnya yang kita boleh pelajari daripada kes buli terkini ini.


Pengajaran Kepada Pembuli
1. Hentikan kegiatan anda! Walau apa pun alasan yang anda gunakan, itu langsung tidak menghalalkan anda untuk melakukan aktiviti buli kepada rakan anda yang lain. Lebih-lebih lagi bila anda angkat gank untuk pukul rakan anda yang lain dengan secara berjemaah. Sangat tidak adil! Kalau nak berani sangat, satu lawan satu maa.. ;)

2. Harus juga anda ingat, aktiviti anda ini hanya akan menyebabkan anda 'glamer' dan 'terkenal' dalam sekelip mata di seluruh Malaysia. Contoh macam pelajar-pelajar yang menjadi suspek pembuli tuh, terus menjadi bahan cerita di laman-laman sosial dan bahan blog. Glamer untuk benda baik, OK.. Tapi ini glamer untuk benda tak baik. Kesannya akan 'berparut' selamanya.. Imej anda akan tercemar selamanya di seluruh pelosok Malaysia.
 

Pengajaran Kepada Mangsa Buli
1. Elakkan diri anda daripada menjadi mangsa buli. Saya yakin anda boleh melakukannya. Jika anda berada dalam situasi yang dijangka boleh membahayakan anda, sila cepat-cepat tinggalkan tempat tersebut dan bergerak ke arah guru / kumpulan pelajar yang lebih ramai bagi mengelakkan lagi masalah. Elakkan daripada berseorangan

2. Gunakan juga segala kekuatan / jeritan / amukan (tidak digalakkan) bagi mengelakkan anda daripada terperangkap dipukul bersendirian supaya anda dapat memboloskan diri dari kepungan untuk ke tempat yang lebih selamat.

3. Jika anda masih dibuli dan dibelasah juga, sila buat aduan kepada pihak sekolah supaya pihak sekolah dapat mengambil tindakan yang bersesuaian kepada pembuli. 


Pengajaran Kepada Pihak Sekolah
1. Tahniah saya ucapkan juga kepada pihak sekolah, yang telah mengambil tindakan segera dalam kes ini. Kes pergaduhan berlaku pada 4 Mac, dan pelajar-pelajar tersebut telah digantung persekolahan pada 8 Mac. Bermakna, pihak sekolah tahu dan terlibat dalam menyelesaikan kes ini dengan berkesan. Tak dapat saya nak bayangkan jika kes ini hanya diketahui oleh pihak sekolah setelah klip video tersebut popular di internet!! Teruk sekolah nak menjawab!

 
 Pengajaran Kepada Masyarakat
1. Tahniah juga kepada masyarakat Malaysia yang cukup prihatin dalam membantu guru dan pihak sekolah dalam mendidik pelajar. Usaha yang dilakukan oleh aktiviti perkongsian di blog dan juga laman sosial, ternyata mengembalikan hak sebenar kepada mangsa buli. Mangsa buli terbela.

2. Ternyata cadangan sesetengah pihak sebelum ini bagi membenarkan pelajar untuk membawa handset ke sekolah juga merupakan bukan satu cadangan yang baik. Lebih banyak keburukan berbanding kebaikan yang akan diperolehi. Maka dimohon kepada para-para pencadang idea tersebut (yang mana kebanyakkan nya bukanlah terdiri daripada golongan pendidik) memikirkan semula implikasi dan kesan dengan merujuk kepada kes ini.



19 ulasan:

  1. TQ acik.. nak tengah kejar hits 1juta macam achik jugak nih.. ;)

    BalasPadam
  2. Betul tu..sokong sangat pelajar tidak dibenarkan membawa hp ke sekolah ! Salah satu jadi macam ni ler..

    BalasPadam
  3. tu lah pasal.. diorang asyik nak bagi cadangan tak masuk akal.. yng dok banyak kerja mengejar budak bawak hset nih, gank2 cikgu ler jugak.. dah jadik camnih, baru diorang tahu..

    BalasPadam
  4. Betul tu!! Kadang-kadang benda kecik pon budak-budak ini perbesarkan.. Dalam video lagak macam taiko gengster.. Bila dah kena gari, semua muka gengster hilang..!!

    BalasPadam
  5. itu lah sebenarnya perangai budak2 poyo gangster cam tuh... ;)

    BalasPadam
  6. sekurangnya, dah ambil tindakan.

    BalasPadam
  7. budak bertiga ni kalau pergi mall , mmg lunyai kena dengan org awam , hohoho

    BalasPadam
  8. kite ngajar kat depan..diorang main henpon...sakitnye ati.....

    BalasPadam
  9. harap2 budak2 nih dapat hukuman berbentuk "pengajaran" yang boleh didik mereka dan orang lain agar lebih berhati2 dengan setiap tindakan

    BalasPadam
  10. Sayangnya budak2 ni dah sia-siakan masa mude diorang dengan buat hal yang bukan2

    BalasPadam
  11. dan mereka jugak terpengaruh dengan cerita2 filem/drama yang sering menggambarkan keganasan...cikgu sekarang kena lebih kreatif untuk mendidik pelajar yang dahulunya hanya boleh dibentuk dengan rotan...tapi sekarang kena guna mcm2 teknik

    BalasPadam
  12. setuju jugak tuh dgn Adrenalina.. mungkin terpengaruh nak nampak macho / hebat macam karakter dalam filem.. cikgu pun jauh kena lebih kreatif

    BalasPadam
  13. Ala...samseng skolah skrg x mcm dlu....bodoh....lps blasah trus upload...x k kantoi...kot ye pn,jgn la upload...suke sgt gaduh....budak 3 org tu aq bg pnampar sorg skli bru thu...kpda admin,ni bleh jdi karangan terbaik tingkatan 3 ni...ada isi ptg huraian dan contoh....kehkeh....nice bro...

    BalasPadam
  14. pelik kan budak zaman skang? buat jahat, pastu rakam, pastu upload youtube?.. nak tunjuk terrer kot..

    hak3.. pasnih try jadik cikgu BM lak

    BalasPadam
  15. budak sekarang dah bijak. yang terlebih bijak pun dah makin ramai.

    BalasPadam
  16. assalamualaikum.. seorang bekas pembuli yang memakai baju merah itu telah kembali kerahmatullah.. doakan kesejahteraan arwah di sana..

    BalasPadam
  17. berita dari teman fb.. meninggal pada hari jumaat.. selepas berlakunya kes buli ini, arwah banyak berubah dan sebelum meninggal akibat kemalangan (xsilap saya), arwah sudah meminta maaf kepada ibu bapa, rakan dan mangsa buli tersebut.. wallahualam

    -bakalguruIT-

    BalasPadam