.

.

KARTiKEL

Ahad, 28 April 2013

Amaran! Revolusi Seluruh Dunia Kini Adalah Rancangan Jahat Amerika

Apakah persamaan antara Revolusi Mesir 2011 dan juga Revolusi Serbia 2000 yang telah menumbangkan pemerintah diktator bernama Slobodan Milosevic? Kedua-dua menggunakan teknik dan simbol gerakan revolusi yang sama, serta mendapat bantuan kewangan dan dana yang cukup dahsyat daripada Amerika Syarikat! Adakah ini revolusi terancang bagi order baru dunia?


Otpor Revolusi Serbia revolusi dunia


Apa itu OTPOR?
Revolusi Serbia 2000 telah digerakkan oleh Pertubuhan belia Serbia atau juga dikenali sebagai OTPOR yang telah berjaya menumbangkan pemerintah mereka dalam gerakan tanpa keganasan setelah berusaha selama 2 tahun. 

Gerakan tersebut juga yang menggunakan simbol tangan sebagai tanda tentangan mereka kepada pemerintah telah mendapat latihan dan sumbangan dana yang mencapai sehingga berjuta-juta ringgit daripada kerajaan Amerika Syarikat dalam usaha "mengembalikan" demokrasi ke bumi Serbia.  

Gerakan belia mendakwa ini adalah proses demokrasi, tanpa menyedari tindakan "baik" daripada Amerika Syarikat ini hanyalah seperti "terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut naga"! Amerika Syarikat pula dengan senang hati membiayai gerakan bagi menjatuhkan pemimpin sedia ada, dengan niat untuk menaikkan pemimpin baru yang akan cenderung kepada dasar mereka. 

Antara 10 strategi kejayaan gerakan mereka adalah seperti:
1)  Menggunakan kaedah menyerang
2) Memahami konsep "Kuasa Bilangan"
3) Membangunkan strategi komunikasi
4) Mencipta persepsi sebagai gerakan yang berjaya
5) Melabur bagi ilmu dan kemahiran para aktivis
6) Menggalakkan sokongan dari luar
7) Memperlihatkan kecacatan pasukan keselamatan
8) Menekan secara berterusan
9) Menggunakan pilihanraya sebagai pencetus perubahan
10) Membolehkan perubahan kuasa secara aman

Antara taktik yang mereka gunakan adalah seperti:
Bantahan
- tempat awam dan jalanan bagi memalukan pemimpin
- menguatkan penjenamaan dengan menampal stiker di tempat ramai orang
- perarakan dan demonstrasi
- kempen pilihanraya
- konsert dan sambutan kebudayaan
- penyebaran bahan anti-pemimpin
- menggunakan internet dan emel bagi menyebarkan maklumat
- membuat hubungan baik dengan ketua komuniti untuk rangkaian
- kenyataan akhbar, petisyen dan ceramah
- mengedarkan dan melatih para aktivis

Tidak Bekerjasama
- boikot dan serangan
- serangan awam
- boikot pasukan keselamatan dan pasukan media
- pemantauan sistem pilihanraya

Antara lain juga melakukan provokasi terhadap pemimpin dengan mengadakan "majlis harijadi" kepada pemimpin, menggunakan warna tertentu bagi melambangkan gerakan, dan memberi bunga sebagai tanda simbolik kepada pihak anggota keselamatan.


Apa itu CANVAS?
Tidak cukup dengan itu, selepas tamatnya Revolusi Serbia 2000, Amerika Syarikat sekali lagi membiayai pertubuhan belia tersebut bagi menubuhkan CANVAS (Centre for Applied Non-Violent Actions and Strategies) yang bermatlamatkan "menyedarkan" dan memberi latihan kepada tindakan tanpa keganasan bagi menumbangkan pemimpin yang dikatakan korup di negara masing-masing.


Simbol tangan fist yang digunakan dalam hampir kebanyakkan revolusi di dunia

Lebih memeranjatkan apabila CANVAS yang diasaskan oleh Sdrja Popovic secara terang-terangan telah mengaku terlibat secara langsung dalam merancang beberapa gerakan revolusi di negara lain seperti:
1) Gerakan Pemuda 6 April bagi Revolusi Mesir 2011 yang menumbangkan Hosni Mubarak
2) Gerakan Kmara bagi Revolusi Georgia (Revolusi Ros) yang menumbangkan Eduard Shervardnadze
3) Gerakan Pora bagi Revolusi Ukraine (Revolusi Oren) bagi menumbangkan Viktor Yanukovych
4) Gerakan Zubr bagi Revolusi Belarus yang menentang Alexander Lukashenko
5) Gerakan MJAFT! di Russia bagi menentang Vladimir Putin
6) Gerakan KelKel bagi Revolusi Tulip (Revolusi Pink) di Kyrgyzstan yang menumbangkan  Askar Akayev
7) Gerakan Bolga di Uzbekistan yang menentang Islam Karimov
8) Gerakan Nabad al-Horriye bagi Revolusi Cedar 2005 di Lubnan


Mana Negara Sasaran Mereka Selepas Ini?
CANVAS juga kini semakin giat menjalankan aktiviti dengan memberi "didikan dan latihan" kepada aktivis-aktivis dari hampir 50 negara di seluruh dunia (dengan niat untuk menumbangkan pemimpin masing-masing) termasuk di Mesir, Palestin, Sahara Barat, Papua, Eritrea, Belarus, Azerbaijan, Tonga, Burma dan Zimbabwe. Malaysia?

CANVAS juga tanpa selindung memasukkan negara-negara tersebut dalam laman web rasmi mereka bagi menunjukkan "ketelusan" mereka dalam memberi bimbingan baik kepada aktivis berikut. Namun benarkah mereka benar-benar telus?

Negara sasaran bantuan latihan CANVAS dalam usaha mengembalikan demokrasi melalui revolusi
 
Banyak individu dan juga pertubuhan, termasuk kerajaan Belarus, Iran dan Venezuela mendakwa CANVAS adalah pertubuhan yang mengeksport revolusi dari satu negara ke negara lain. Sekalipun, dinafikan CANVAS, tuduhan lain seperti terlibat sebagai agen CIA dan menjadi agen sulit Amerika Syarikat, Wikilieaks turut melaporkan bahawa CANVAS terlibat dalam merancang satu gerakan bagi menumbangkan kerajaan di Venezuela. 

Saya kongsikan satu video yang mungkin boleh menerangkan lagi gerakan sulit ini bagi memberi lebih kefahaman kepada pembaca semua. Sila tonton dengan minda yang lebih terbuka dan tidak jumud. Buka "mata" anda dan nilai kan sendiri dengan akal anda!





Siapa sasaran mereka lagi selepas ini? 
Wallahualam..


p/s: Saya sangat berharap Malaysia, negara tercinta kita ini tidak termasuk dalam rancangan jahat mereka, sekalipun terdapat beberapa "insiden" jelas merujuk kepada termasuk dalam agenda mereka. Semoga banyak minda yang terbuka selepas penulisan saya ini. Kongsi dan kita selamatkan Malaysia! InshaAllah.


3 ulasan:

  1. Info terbaik..Amerika lagi...

    BalasPadam
  2. hmm.. memang tadak negara lain lagi yang jahat.. ;)

    BalasPadam
  3. AMERIKA...di sana klau menghina Tuhan (mana2 tuhan mengikut kepercayaan masing2) dibenarkan`tidak salah, asalkan tidak menghina Israel dan Zionis laknatulah.

    BalasPadam