.

.

KARTiKEL

Jumaat, 8 Mac 2013

Sistem Pengangkutan Dalam Tumbuhan

Sistem pengangkutan dalam tumbuhan adalah untuk membantu membawa bahan-bahan ke seluruh bahagian tumbuhan. Ia nya terdiri daripada tiub-tiub nipis yang dipanggil berkas vaskular dan boleh ditemui dalam batang, daun dan akar.


struktur floem dan xilem dalam sistem pengangkutan tumbuhan

Struktur floem berada pada bahagian luar berkas vaskular. Floem berfungsi untuk mengangkut hasil fotosintesis (glukosa) dari daun ke seluruh bahagian tumbuhan.

Manakala struktur xilem pula boleh ditemui pada bahagian dalam berkas vaskular. Xilem berfungsi untuk mengangkut air dan mineral terlarut dari akar ke daun. Selain itu ia nya juga memberi sokongan kepada tumbuhan.


transpirasi

Transpirasi pula adalah proses kehilangan air dari daun ke persekitaran melalui stomata dalam bentuk wap air.

Air hilang dalam kuantiti kecil melalui penyejatan dari permukaan bunga dan juga lentisel pada batang.Namun, hampir 90% air hilang adalah dalam bentuk wap air dan kebanyakkan nya hilang melalui liang-liang kecil pada permukaan daun, yang dikenali sebagai stomata.

Stomata adalah liang kecil pada permukaan daun yang dikawal oleh sel pengawal yang berbentuk seperti kacang. Berfungsi untuk membenarkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida semasa fotosintesis dan juga respirasi. Selain itu, stomata juga berfungsi untuk menyingkirkan wap air semasa transpirasi.


faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi


Semakin luas permukaan daun, semakin banyak bilangan stomata pada tumbuhan tersebut. Semakin luas kawasan untuk air menyejat, semakin tinggi pula kadar transpirasi.

Cahaya merangsang bukaan stomata. Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi kadar transpirasi kerana stomata akan terbuka dengan lebih luas.

Semakin tinggi suhu pada persekitaran, maka semakin tinggi juga lah kadar transpirasi yang berlaku.

Semakin tinggi kelembapan udara, semakin rendah kadar transpirasi. Ini kerana, udara lembap mengandungi banyak wap air.

Semakin laju pergerakan udara, semakin tinggi kadar transpirasi kerana banyak wap air yang dipindahkan.


6 ulasan:

  1. ianya sesuatu yang menarik....

    BalasPadam
  2. terima kasih.. sekadar perkongsian.. ;)

    BalasPadam
  3. terima kasih atas perkongsan.. bagaimana pula dengan proses osmosis pada akar yang menolak air naik keatas? adakah ia berkaitan?

    BalasPadam
  4. aq pingn pintar kyk yg bkin blog in

    BalasPadam
  5. saya suka sangat blog nih.. sungguh banyak membantu =)

    BalasPadam
  6. Cikgu, kalau tumbuhan tu mati, adakah stomanya berfungsi ??

    BalasPadam