.

.

KARTiKEL

Khamis, 7 Mac 2013

Pengangkutan Oksigen Dalam Badan Manusia

SAINS | Memahami Pengangkutan Oksigen Dalam Badan Manusia


Pengangkutan oksigen dalam badan berlaku melalui 3 cara iaitu:
a) Resapan oksigen dari alveolus ke dalam kapilari
b) Resapan oksigen dari kapilari ke dalam sel-sel
c) Pengangkutan oksigen oleh sel-sel darah merah

Bagaimana oksigen dan karbon dioksida boleh bertukar?
- Kita tarik nafas, jadi udara yang masuk penuh dengan oksigen (kepekatan tinggi)
- Udara itu akan masuk ke alveolus (struktur bola di atas!)
- Oleh kerana kepekatan nya yang tinggi, maka oksigen akan meresap ke dalam kapilari sebab ada beza cerun resapan..
- Oksigen akan bergabung dengan sel darah merah bagi membentuk OKSIHEMOGLOBIN

- Darah tadi akan bergerak ke sel badan
- Di sana pula, oksigen tadi akan diserap oleh sel badan kerana ada beza cerun resapan juga..

DAN

- Darah pula akan menyerap karbon dioksida yang ada pada sel
- Darah seterusnya akan kembali ke pangkal jalan paru-paru, dan akan tukarkan semula karbon dioksida dengan oksigen di alveolus

dan proses itu berulangan, dan lagi, dan lagi, dan lagi...




79 ulasan:

  1. apakah persamaan respirasi???

    BalasPadam
  2. apakah persamaan respirasi???

    BalasPadam
  3. Soalan Joey kurang jelas. Boleh perincikan lagi?.
    Persamaan dengan proses apa yang Joey maksudkan?

    BalasPadam
  4. Waahh...terima kasih cikgu..info yang betul2 berguna...sekarang tengah buat latihan sains form 3 ni..psal respirasi....penat mencari...last2...jumpa artikel cikgu..tq!

    BalasPadam
  5. gembira cikgu dengar.. semoga membantu yer!.. ;)

    BalasPadam
  6. Glukosa+oksigen--->tenaga+karbon dioksida+wap air

    BalasPadam
  7. terima kasih atas perkongsian.. ;)

    BalasPadam
  8. mengapakah alveolus sesuai sebagai tempat untuk resapan gas-gasberlaku?

    BalasPadam
  9. jawapan kenapa alveolus sesuai sebagai tempat untuk resapan gas berlaku

    1) dinding alveolus hanya setebal 1 sel sahaja dan berada dalam keadaan lembap dan elastik (sangat nipis)
    2) wujud dalam jumlah yang besar dan banyak, berbentuk sfera (luas permukaan yang tinggi)
    3) dikelilingi dengan rangkaian kapilari darah yang banyak

    Semoga membantu putra adila yer.. ;)

    BalasPadam
  10. cikgu apakah perbezaan antara pernafasan dan respirasi ye?

    BalasPadam
  11. pernafasan maknanya proses kita tarik dan hembus nafas. tarik untuk ambil oksigen, hembus untuk buang karbon dioksida.

    respirasi pula adalah proses di mana sel menggunakan oksigen tadi untuk 'bernafas' dan menghasilkan tenaga, karbon dioksida dan air... respirasi akan berlaku sebab dapat bahan dari kita bernafas tadi..

    ok, boleh faham?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat membantu..

      Padam
    2. Tq,teacher...

      Padam
  12. cg..mcm mne nk huraikn proses resapan n pggkutn oksigen oleh drah dari peparu ke sel badan???

    BalasPadam
  13. dah dihuraikan dalam proses di atas.. cuba baca dan fahamkan..

    BalasPadam
  14. apakah perbezaan antara udara sedutan dan udara hembusan ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Udara sedutan - udara yang kita tarik nafas tu
      Kandungan gas juga berlainan
      Karbon dioksida - 0.003%
      Oksigen - 21%
      wap air pelbagai

      Udara hembusan- udara yang kita hembus keluar
      Karbon dioksida - 4%
      oksigen - 16%
      wap air - tepu

      Padam
  15. apakah yg berlaku apabila darah sampai ke tisu atau sel2 badan yg kekurangan oksigen ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tengok jawapan pada entri di atas

      Padam
  16. Assalamualaikum cikgu, nak tnya boleh? Satu soalan je.
    Apakah yg berlaku ketika darah mengalir melalui kapilari darah yg mengelilingi alveolus?

    BalasPadam
  17. waalaikumsalam Arina Syahirah..
    Proses resapan akan berlaku ketika darah mengalir melalui kapilari darah..
    Semasa resapan, proses pertukaran antara gas oksigen dan karbon dioksida juga berlaku

    BalasPadam
  18. Blog cikgu ni sangat bagus, terima kasih berkongsi maklumat :)

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum cikgu , saya kurang faham sebab saya terlalu keliru . cikgu ada petua lain dak nak bagi senang ingat tajuk ni ?

    BalasPadam
  20. terima kasih atas nasihat yg berguna ya, cikgu..

    BalasPadam
  21. pertukaran gas antara alveolus dengan kapilari darah.apakah proses itu ?

    BalasPadam
  22. apakah yang berlaku kepada oksigen apabila tiba di sel ? Mengapakah ventrikel mempunyai dinding berotot yang lebih tebal berbanding atrium ?

    BalasPadam
  23. bandingkan ketebalan dinding antara vntrikel knan dan kiri..? terima kasih atas ilmu yang dikongsi ..saya manfaatkannya..

    BalasPadam
  24. cikgu ,ape maksud oksihemoglobin ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hemoglobin(sel darah merah) +oksigen=oksihemoglobin...

      Padam
  25. yess , siap nota sains :D

    BalasPadam
  26. Cikgu bleh terangkan tak tentang
    Sistem respirasi manusia dan serangga

    BalasPadam
  27. Cikgu,saya nak tanya.Apa maksud Respirasi??

    BalasPadam
  28. Cikgu saya nak tanya, apakah ciri alveolus yang menambahkan luas permukaanya untuk pertukaran gas?

    BalasPadam
  29. Mengapakah bernafas melalui hidung lebih baik daripada mulut?

    BalasPadam
  30. hi cikgu.... saya ada dua soalan yang nak tanya.....

    1) apakah perbezaan antara pernafasan dan respirasi?
    2) apakah perbezaan antara tebus dan tarik nafas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernafasan maknanya proses kita tarik dan hembus nafas. tarik untuk ambil oksigen, hembus untuk buang karbon dioksida.

      respirasi pula adalah proses di mana sel menggunakan oksigen tadi untuk 'bernafas' dan menghasilkan tenaga, karbon dioksida dan air... respirasi akan berlaku sebab dapat bahan dari kita bernafas tadi.

      2) hembus nafas ialah proses dimana kita mengeluarkan udara dari tubuh badan yang hidup. manakala menarik nafas adalah proses dimana kita menarik masuk udara oleh tubuh badan yang hidup.

      Padam
    2. pernafasan maknanya proses kita tarik dan hembus nafas. tarik untuk ambil oksigen, hembus untuk buang karbon dioksida.

      respirasi pula adalah proses di mana sel menggunakan oksigen tadi untuk 'bernafas' dan menghasilkan tenaga, karbon dioksida dan air... respirasi akan berlaku sebab dapat bahan dari kita bernafas tadi.

      2) hembus nafas ialah proses dimana kita mengeluarkan udara dari tubuh badan yang hidup. manakala menarik nafas adalah proses dimana kita menarik masuk udara oleh tubuh badan yang hidup.

      Padam
  31. salam....cikgu Hilmi, adakah cara penyoalan dalam sains pt3 akan mencampurkan sekali topik ting : 1,2 dan 3 dalam satu soalan yang sama ?.....contohnya soalan respirasi dalam pt3, ada subsoalan tentang tekanan udara, komposisi udara sedutan dan hembusan, organisasi sel dan sistem

    BalasPadam
  32. assalamualaikum cikgu . boleh cikgu terangkan sebab sel-sel badan mempunyai kepekatan oksigen yang berbeza berbanding dengan darah yang mengalir dari peparu ke sel-sel badan .

    BalasPadam
  33. Apa maksud hemoglobin ? Apa beza hemoglobin dengan sel darah merah ?

    BalasPadam
  34. Cikgu, di manakan tempat pemusnahan sel sel darah?

    BalasPadam
  35. Apa maksud beza cerun resapan ?

    BalasPadam
  36. cikgu saya masih tidak jelas macam mana oksigen boleh bertukar kepada karbon dioksida

    BalasPadam
    Balasan
    1. oksigen(O2) takbertukar kpd karbon dioksida (CO2). Cuma, mcm yg ckg Hailmi ckp, bila kita tarik nafas, udara yg penuh dgn O2 masuk lepastu udara tu masuk dalam Alveolus. Bila dia dah masuk, O2 yg ada dlm udara tadi tu akan meresap pulak dalam kapilari darah dan bergabung dengan sel darah merah.
      Darah tu pulak akan bergerak menuju ke sel badan dan bila dah sampai, O2 tadi akan diserap oleh sel badan. Dan CO2 yg ada kat sel badan tu akan masuk dalam kapilari darah tadi. Kiranya kat sini berlaku PERTUKARAN GAS ah.
      Nak senang, gini,.. udara sedutan (O2) -->alveolus -->(O2) masuk dlm kapilari (O2 + sel darah merah) --> sel badan --> O2 diserap masuk dlm sel badan, CO2 dlm sel badan diserap darah dlm kapilari --> paru paru --> CO2 masuk dlm alveolus (O2 yg ada dlm alvoulus masuk dlm kapilari [yg tadi tu]) --> CO2 dibebaskan (udara hembusan)

      (Kalau nak senang faham lagi, ambil kertas, tulis apa yg saya kata tu dalam bentuk peta alir ( peta i-think ) atau tulis lah macam mana yg boleh buat kamu faham) . Terima kasih :) Maaf kalau putar belit.

      Padam
  37. cikgu ,apakah pebezaan antara ventrikel kanan dan atrium kiri bg jantung...

    BalasPadam
  38. kenapa darah dari ventrikel kanan dan atrium kiri tak mengalir balik ke atrium

    BalasPadam
  39. kenapa gas nadir & nitrogen mempunyai peratusan udara sedutan dan hembusan yang sama?

    BalasPadam
  40. udara apakah mempunyai kandungam wap air yg tinggi ?

    BalasPadam
  41. Kenapa peratusan co2 boleh bertambah dalam udara hembusan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab paru-paru menghasilkan karbon dioksida selepas melakukan respirasi sel bagi proses bernafas.

      Padam
  42. APAKAH PERBEZAAAN ANTARA RESPIRASI DAN PERNAFASAN?

    BalasPadam
  43. Cikgu saya nak tanya satu soalan Cikgu?
    Bagaimanakah ciri ini dapat membantu dalam pertukaran gas?

    BalasPadam
  44. Ciri itu adalah dinding alveolus adalah lembab dan nipis. Bagaimanakah ciri ini dapat membantu dalam pertukaran gas

    BalasPadam
  45. cikgu bagaimana cara nak buat model alveolus?? tolong tunjuk caranya cikgu..terima kasih..

    BalasPadam
  46. Apakah perbezaan antara Respirasi dan Pernafasan

    BalasPadam
  47. Assalamualaikum cikgu , apakah sebab sebab udara oksigen berkurangan setelah dihembus nafas ? maksud saya , kemana oksigen tu pergi ? terima kasih :)))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu sebab bila udara disedut, kita sedut oksigen sekali, oksigen tu digunakan oleh sel badan untuk menghasilkan tenaga. Jadi, sebab tu lah bila kita hembus, oksigen yg keluar sikit je c:

      Padam
  48. cg blh tlg terangkan sbb apa sel sel badan mempunyai kepekatan oksigen yang berbeza bebanding dengan darah yang mengalir dari peparu ke sel sel badan...

    BalasPadam
  49. Cikgu Hailmi! Apakah yg akn berlaku apabila darah smpai ke tisu atau sel-sel badan yang kekurangan oksigen?

    BalasPadam
    Balasan
    1. oksigen yg diangkut oleh darah akan meresap masuk ke dlm tisu bdan secara resapan ringkas . Sbb kepekatan oksigen dlm darah lebih tinggi drpd kepekatan oksigen dalam sel2 badan . So , darah yg terdeoksigen mengalir ke jantung then ke peparu untuk melakukan pertukaran gas respirasi

      Padam
  50. Cikgu.....apakah name saintifik bagi bulu hidung....

    BalasPadam
  51. cikgu.. lepas baca blog ni alhamdullilah saya faham macam mana oksigen memasuki badan dengan alveoli,cuma saya tak berapa faham macam mana karbon keluar?

    BalasPadam
  52. Assalamualaikum cg . Nk tnye satu soalan ni , kenapa sel sel badan mempunyai kepekatan oksigen yang berbeza berbanding dengan darah yang dari peparu ke sel sel badan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sbb oksigen dlm sel badan digunakan untuk menghasilkan tenaga (di mitokondrion ) . C6H12O6 + O2 --> ATP + CO2 + H2O . That's why, kepekatan oksigen dlm sel badan rendah .

      Padam
  53. Salam cg . Apakh prbezaan sistem respirasi amoeba dgn manusia ? Selain drpd huraian tntng jlp/i dia tinggi , resapan n bersentuh scra lngsung dgn persekitaran

    BalasPadam
  54. Apakah perbezaan fisiologi orang yang tinggal di kawasan tanah rendah dengan orang yang tinggal di kawasan tanah tinggi. contoh dari segi kepekatan hemoglobin, denyutan jantung, kadar pernafasan, jisim jantung dan saiz peparu

    BalasPadam
  55. Bagaimanakah proses pembentukan bendalir interistial dan bagaimana bendalir limfa dipam ke seluruh badan

    BalasPadam
  56. Assalamualaikum cikgu saya nk tnye ape maksud adaptasi alveolus untuk pertukaran gas yg cekap harap boleh dibantu terima kasih cikgu

    BalasPadam
  57. Terima kasih banyak2 cgu hailmi

    BalasPadam
  58. Terangkan dengan memberi sebabnya,bagaimana pertukaran gas berlaku di alveolus?? Soalan ini memberi 4 markah..
    macm mhu jawab ini cikgu hailmi

    BalasPadam
  59. Assalamualaikum ckgu. Mcm mana nak bezakan respirasi ni dgn respirasi yg blaku dlm sel? Bentuk respirasi ni perlukan diafragma, sangkar rusuk, rongga toraks etc tapi respirasi yg blaku dlm sel cthnya organel mitokondrion.. tu respirasi apa pulak? Blh tolong jelaskan xckgu?

    BalasPadam
  60. Perrukaran gas berlaku merentasi permukaan alveolus.
    Terangkan kepentingan pertukaran gas dalam manusia?

    BalasPadam
  61. assalam cikgu hailmi. nota yang sangat membantu. cuma soalan yang sy nak tanya, apakah kata ganti yang boleh digunakan untuk term 'beza cerun resapan'?

    BalasPadam
  62. Cikgu,jawapan ini boleh tulis dalam exam? Ia sangat ringkas dan sangat mudah utk difahami

    BalasPadam