SAINS | Memahami Pengangkutan Oksigen Dalam Badan Manusia


Pengangkutan oksigen dalam badan berlaku melalui 3 cara iaitu:
a) Resapan oksigen dari alveolus ke dalam kapilari
b) Resapan oksigen dari kapilari ke dalam sel-sel
c) Pengangkutan oksigen oleh sel-sel darah merah

Bagaimana oksigen dan karbon dioksida boleh bertukar?
- Kita tarik nafas, jadi udara yang masuk penuh dengan oksigen (kepekatan tinggi)
- Udara itu akan masuk ke alveolus (struktur bola di atas!)
- Oleh kerana kepekatan nya yang tinggi, maka oksigen akan meresap ke dalam kapilari sebab ada beza cerun resapan..
- Oksigen akan bergabung dengan sel darah merah bagi membentuk OKSIHEMOGLOBIN

- Darah tadi akan bergerak ke sel badan
- Di sana pula, oksigen tadi akan diserap oleh sel badan kerana ada beza cerun resapan juga..

DAN

- Darah pula akan menyerap karbon dioksida yang ada pada sel
- Darah seterusnya akan kembali ke pangkal jalan paru-paru, dan akan tukarkan semula karbon dioksida dengan oksigen di alveolus

dan proses itu berulangan, dan lagi, dan lagi, dan lagi...