About Me

KPM Ambil Tindakan Terhadap Cikgu Doggie


 Kementerian Pendidikan Malaysia semalam telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar berhubung dengan Cikgu Doggie seperti yang telah kita semua ketahui kisahnya. Semoga dengan respon yang diberikan oleh KPM terhadap isu ini mampu menyekat sedikit pergerakan "bebas" sesetengah guru dalam mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya dalam laman sosial yang sekaligus boleh memalukan dan menjatuhkan maruah profesyen perguruan.

"Seorang guru sepatutnya menjalankan amanah yang dipikulnya dengan penuh tanggungjawab malah sepatutnya menjadi model semangat patriotisme kepada masyarakat khususnya anak didik mereka."

Cikgu hina polis di facebook

Berita terkini :  Cikgu Doggie telah ditahan reman oleh pihak polis bagi siasatan lanjut. Hmm.. Tak pasal-pasal, glamer satu Malaysia..

==============================================================


KENYATAAN AKHBAR
BERKAITAN SEORANG GURU DI KELANTAN MENGHINA ANGGOTA
POLIS MELALUI LAMAN FACEBOOK

1.   Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada kenyataan yang disiarkan menerusi laman Facebook seorang guru di negeri Kelantan yang membuat posting dengan kata-kata yang boleh dianggap menghina pasukan keselamatan kita yang sedang bertugas dalam "Ops Daulat" di Lahad Datu, Sabah bagi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta. Penulisan dalam laman Facebook tersebut dengan jelas melakukan penghinaan terhadap pasukan keselamatan kita khususnya Polls DRaja Malaysia.

2.   Adalah dimaklumkan bahawa KPM tidak akan berkompromi dengan kenyataan biadab yang dilakukan oleh guru berkenaan dan akan memastikan tindakan tegas diambil atas perbuatan tersebut. Seorang guru sepatutnya menjalankan amanah yang dipikulnya dengan penuh tanggungjawab malah sepatutnya menjadi model semangat patriotisme kepada masyarakat khususnya anak didik mereka. Pasukan keselamatan yang sedang bertugas menyabung nyawa di perbatasan demi maruah dan kedaulatan negara sedang melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang sangat Kenyataan menghina tersebut telah mengguris hati banyak pihak khususnya keluarga mereka serta menjejaskan reputasi dan imej warga pendidikan dalam negara ini yang sentiasa memberi sokongan padu kepada PDRM dan ATM.

3.   KPM serta seluruh warga pendidikan juga sentiasa mendoakan agar pasukan keselamatan kita yang sedang bertugas di perbatasan sentiasa selamat dan dikurniakan kekuatan serta semangat kental dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara kita yang tercinta ini.

Terima kasih.

TAN SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
14 Mac 2013

Sumber : http://www.moe.gov.my/v/kenyataan-media-view?page=1&id=3167


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. hu3.. tu lah.. wat statement kat FB macam tak ingat orang lain pun boleh baca jugak..

    BalasPadam