About Me

Sains Dalam Sukan: Kekuatan Lontaran Seorang Pitcher Sofbol

Pitcher sofbol dan pitcher besbol : Sains dalam sukan serta mekanisma lontaran bagi pitcher


Bagi para pemain sofbol dan besbol, bola mana yang lebih susah untuk dipukul? Bola lontaran oleh pitcher sofbol atau pitcher besbol? Pitcher sofbol menggunakan gaya lontaran dari bawah, manakala picther besbol pula gaya lontaran dari atas. Jadi yang mana pilihan anda?

Saksikan video di bawah ini bagi melihat mekanisma lontaran pitcher sofbol dan juga sains di sebalik mekanisma tersebut.


Sains Dalam Sukan : Mekanisma Lontaran Pitcher Sofbol


Jarak penghantaran bola bagi seorang pitcher sofbol adalah pada jarak 40 kaki, kerana faktanya titik pelepasan bola adalah semasa berada pada pinggul. Manakala bagi seorang pitcher besbol pula adalah pada jarak 53 kaki.

Seorang pitcher sofbol bertaraf dunia yang melontar pada kelajuan 68mph (mile per hour) pada jarak 38 kaki, hanya membenarkan pemukul sebanyak 0.381 saat untuk bertindak, di mana ini adalah bersamaan dengan kelajuan 95mph lontaran bagi pitcher besbol.

Bagi pitcher yang menggunakan teknik windmill yang melontar pada 80mph pada jarak 40 kaki pula, hanya membenarkan pemukul sebanyak 0.341 saat untuk bertindak, yang bersamaan dengan kelajuan 106mph bagi lontaran pitcher besbol.

Namun ini hanyalah perbandingan secara kasar sahaja, tanpa mengambil kira faktor lain, seperti saiz bola, pergerakan bola dan lain-lain lagi termasuk jantina pitcher dan saiz badan pitcher.


Catat Ulasan

1 Ulasan