About Me

Permohonan Pengisian Jawatan Guru di Sekolah Dalam Hospital

PERMOHONAN PENGISIAN JAWATAN KOSONG DI SEKOLAH DALAM HOSPITAL

Bagi anda yang berminat nak merasa pengalaman baru jadi cikgu di Sekolah Dalam Hospital, ini lah masa anda. Permohonan terbuka kepada Guru DG41, DG44 dan DG48. Tetapi hanya terhad kepada 3 buah negeri sahaja, iaitu Johor, Sarawak dan Sabah. 

Namun tidak pula dinyatakan dengan khusus kategori pelajar yang akan diajar nanti, sama ada pelajar yang sakit, atau pun pelajar yang bekeperluan khas. Walau bagaimana pun, sudah tentu ini boleh menjanjikan cabaran dan kelainan dalam bidang tugas guru di sekolah biasa.

Berikut adalah iklannya!


**************************************************************************************

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, DG44(KUP) dan DG48 (KUP) dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) N17 di Sekolah Dalam Hospital seperti lokasi berikut :-

  • Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor
  • Hospital Umum Sarawak, Sarawak
  • Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Sabah
 
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.
 
Cara Memohon
  • Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan berikut :-
  • Bagi PPPS dan PPM di Sekolah Rendah Harian Biasa dan Sekolah Menengah Harian Biasa, borang permohonan MESTI dikemukakan melalui Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
  • Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) dan dihantar melalui Pengetua/Guru Besar kepada:

PENGARAH
JABATAN PELAJARAN NEGERI

  • Sila tuliskan OPSYEN MATA PELAJARAN di sebelah atas kiri sampul surat permohonan (bagi permohonan jawatan PPPS sahaja).
  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Februari 2013 .
 
CATATAN: Hanya calon-calon yang layak selepas disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.



Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Khas


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. salam..saya berminat untuk memenuhi jawatan kosong ini tapi saya hanya mempunyai kelulusan diploma pendidikan awal kanak-kanak sahaja.

    BalasPadam