.

.

KARTiKEL

Khamis, 28 Februari 2013

10 Perkara Best Anda Boleh Cuba Dengan GOOGLE

Kalau anda bosan bangun pagi tak tahu nak buat apa-apa, boleh cuba benda nih kat GOOGLE. Tak sangka, banyak juga perkara yang melucukan kita boleh buat dengan GOOGLE. Jom tengok apa yang anda boleh buat dan jangan lupa cuba sendiri ya.. ;)


#1 - Taip "Do a barrel roll"
Tiba-tiba saja Google nih boleh berpusing-pusing 360 darjah.

 
 
 
 
#2 - Taip "Google" dari belakang
Taip "elgoog" dalam carian Google, dan anda akan didirectkan ke laman ini.


 
 
 
#3 - Taip "Zerg Rush"
Anda akan dapat melihat laman web yang biasa sebelum dibom dengan huruf O Google.

 
 
 
#4 - Taip "Google Doodles"
Anda akan dapat melihat doodles atau contengan yang terbaik disenaraikan dalam muzium Google.

 
 
 
#5 - Taip "pv zk bschk zk kkkkkkk" dalam Google Translate
Taip dalam Google Translate dalam Bahasa Inggeris, kemudian tukar kepada "Beat Box Audio"

Type “pv zk bschk zk kkkkkkk” in Google Translate

 
 
#6 - Taip "funnygoogle"
Ini yang paling best, sebab anda boleh setkan google anda kepada nama anda sendiri. Yeah!


 
 
#7 - Taip "completely wrong"
Carian ini akan memaparkan gambar Mitt Romney, calon Presiden US 2012 yang tewas kepada Obama



 
#8 - Taip dalam bahasa Pig-Latin
Bagi yang berminat dengan bahasa slang Amerika atau lebih dikenali sebagai Pig-Latin, boleh cuba buka google versi Pig-Latin kat https://www.google.com/intl/xx-piglatin


 
 
 
#9 - Taip "anagram" atau "recursion"
Google memang dengan sengaja untuk buat lawak pada perkataan seperti 'anagram' dan 'recursion' nih

  
 
#10 - Taip "fluffiest kitten in the whole wide world"
Untuk penggemar kucing sedunia, anda boleh cuba yang ini kalau rasa nak tengok kucing paling cute dalam dunia.



Selamat Mencuba!!


1 ulasan: