About Me

Kuching Bakal Gugat Miri di Kejohanan Sofbol Bawah 21 Sarawak 2013

KUCHING: Skuad Kuching akan menghantar pasukan terbaik di Kejohanan Sofbol Bawah 21 Tahun yang akan diadakan di Miri dari 24-27 Januari ini.

Kejohanan anjuran Persatuan Sofbol Sarawak (SSA) itu bertujuan mencari pemain yang akan mewakili negeri pada Sukan Malaysia (SUKMA) XVI yang akan diadakan di Kuala Lumpur dari 28 Jun hingga 7 Julai 2013.

Pasukan yang mewakili Kuching diwakili oleh pemain yang pernah memenangi kejohanan peringkat negeri pada tahun lepas.

“Kita akan menghantar 15 orang pemain lelaki untuk menghadapi kejohanan tersebut.
Bagaimanapun, lima peserta perempuan kita akan bergabung dengan lima peserta dari Politeknik Mukah dan lapan dari Miri kerana peserta kita tidak mencukupi,” menurut pengurus pasukan Carole Lim semalam.


Pasukan Kuching dilatih oleh Alethea Beryl, Kaya Raju, Hatta Aznwar, Vincent dan Syahmi Tan.

Lim berkata empat pasukan iaitu Kuching, Betong, Mukah dan tuan rumah Miri akan bersaing bagi merebut gelaran juara.

“SSA mencari 15 peserta lelaki dan 15 perempuan untuk mewakili Sarawak pada SUKMA XIV di Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Lima peserta perempuan dari Kuching ialah Joanne Soh, Azizah Zamahari, Jeswyn Ze-En Lam (SMK Green Road), Fadelcy Blin dan Helmarini Adenon (Politeknik Kuching).

Manakala Maria Ping, Patricia Suzzane, Nor Fathin, Laynie George Ngau, Karen Lee dan Zurfa’ain Za’abaie dari Politeknik Mukah.

Pemain yang diimport dari Miri ialah Nadia Chin Ishak, Vivian Shon, Cassandra Valerie Chin, Keling Lenggang, Micsynna Farynna, Petra Jessiminerra Balang, Masniah Malek dan Dora Peter.

Sementara itu, 10 peserta lelaki Kuching yang dipilih dari SMK Green Road ialah Calvin Brandon Tini Feanny, Haris Mohd Zainuddin, Muhammad Kautsar Untong, Stanley Langgie, Mohd Zainul Ariffin Mohd Jais, Mohd Amni Abharb Bakeri, Muhd Zahhar Shamsul Anuar, Eby Siddiq Sharbini, Awangku Nazirul Awang dan Fernandez Mohan.

Turut tersenarai ialah Kennedy Douglas Koria, Watson Payrie Stephen, Reduan Saferi, Ashikin An dan Azuan Jiee.

“Pemain-pemain ini dipilih semasa sesi pemilihan yang diadakan di SMK St Thomas baru-baru ini,” jelas Lim yang yakin skuad Kuching akan melakar kejayaan cemerlang di kejohanan itu nanti.




---> BACA JUGA : SOFBOL | MSS Sarawak 2012 (FINAL Miri vs Kuching) (VIDEO INSIDE)

 

Catat Ulasan

0 Ulasan