.

.

KARTiKEL

Selasa, 27 November 2012

Filem Besbol Terbaik Sepanjang Zaman

Bagi para peminat Sofbol, dah tentu anda semua juga adalah peminat kepada filem yang berkisarkan kepada sukan Besbol. Tentu kecewa, apabila filem yang dijangkakan penuh dengan aksi sukan besbol, tetapi lebih banyak memfokuskan kepada jalan cerita dan kisah cinta. Jadi, lakukan sedikit survey, sebelum membeli atau mendownload.

Beberapa filem Besbol dalam koleksi saya seperti Bull Durham (1988), Field of Dreams (1989), The Sandlot (1993), One Hit from Home (2012) serta 3 filem di bawah, boleh dijadikan tontonan yang menarik untuk ditayangkan kepada pelajar bagi menghayati semangat berpasukan ketika bersukan.

FILEM BESBOL TERBAIK SEPANJANG ZAMAN

Di sini, saya senaraikan 3 filem Besbol Sepanjang Zaman yang paling menarik perhatian saya.



TEMPAT KETIGA
THE FINAL SEASON (2007)

The Final Season - Filem Sofbol terbaik sepanjang zaman

Filem ini diinspirasikan oleh kisah benar Kent Stock (Sean Astin), jurulatih baru yang mengambilalih satu pasukan sekolah yang telah mencatatkan rekod kemenangan 19 tahun berturut-turut. Kent Stock mesti meyakinkan pemain-pemainnya yang beliau layak untuk menggantikan tempat jurulatih lama yang telah berpindah. 

Konflik tiba apabila, atas sebab yang tidak dapat dielakkan, sekolah mereka terpaksa bergabung dengan sekolah lain. Oleh itu, beliau memikul tugas yang lebih besar kerana perlu membawa pasukan tersebut  menamatkan rekod hebat kemenangan mereka kerana itu juga merupakan kejohanan terakhir mereka.

Dapatkah Kent Stock melaksanakan tugas tersebut dengan jayanya?..

*Sean Astin juga berlakon sebagai Samwise Gamgee dalam Trilogy Lord of The Ring





TEMPAT KEDUA
A LEAGUE OF THEIR OWN (1992)

League of their own - Filem Sofbol terbaik sepanjang zaman

Filem hebat lakonan Madonna, Tom Hanks dan Geena Davis ini juga merupakan kisah benar mengenai sekumpulan pemain Besbol perempuan dalam Liga Besbol Profesional Wanita Amerika. Dalam kekalutan Perang Dunia Kedua, timbul idea daripada Walter Harvey, untuk menganjurkan Liga Besbol Profesional Wanita bagi mengaut keuntungan.

Jadi, beliau menjelajah ke seluruh pelosok Amerika bagi mencari pemain Sofbol wanita yang hebat, sehingga bertemu dengan pasangan adik beradik, lakonan Geena Davis dan Lori Petty, di sebuah ladang terpencil. Bermula dari situlah, kedua adik beradik itu menempuh suka duka dalam perjalanan mereka bergelar pemain Besbol yang hebat.

Apakah kesudahan yang menimpa pasangan adik beradik tersebut?...





TEMPAT PERTAMA
THE GLOVE (2011)


GLOVE - Filem Sofbol terbaik sepanjang zaman

Filem paling hebat ini adalah filem Korea, juga berdasarkan kepada kisah benar. Mengenai kisah seorang pemain Besbol profesional, Kim Sang-nam (Jung Jae-young) yang terpaksa melatih sekumpulan pemain Besbol daripada sekolah kurang pendengaran, bagi memperbaiki imej dan reputasinya.

Konflik cerita timbul apabila beliau langsung tidak bersemangat untuk mengajar pelajar-pelajar tersebut serta menghadapi kesukaran melatih pelajar kerana atas beza upaya mereka. Sehinggalah berlaku suatu peristiwa kepada beliau, yang menyebabkan beliau merasa bertanggungjawab untuk memberikan yang terbaik kepada mereka.

Dapatkah Kim Sang-nam menunaikan impian pelajar-pelajar tersebut untuk bergelar Juara?..

2 ulasan:

  1. awat hang tak letak cara-2 cmn nak cari filem ini..

    BalasPadam
  2. cara2 camna nak cari filem tuh, atas usaha sendiri ye cikgu.. ble tengok kat kedai CD.. ble download Torrent.. atau boleh buat belian internet dengan saya, nak?.. keh3

    BalasPadam