About Me

1 Jam Video Call, Mana Yang Guna Data Internet Paling Banyak??? Google Meet? Zoom? Atau Microsoft Teams?

  MAKAN DATA INTERNET PALING BANYAK?

Dengan berkembang majunya PdPR versi wajib nampak muka, wajib dengar suara, maka abam kongsikan 3 platform video call yang menjadi pilihan ramai. Dan, berapa banyak data Internet yang digunakan untuk 1 jam punya video call.


Penggunaan Data Internet bagi video call selama 1 jam menggunakan Google Meet
Penggunaan Data Internet bagi video call selama 1 jam menggunakan Google Meet

GOOGLE MEET - Guna 2.25GB untuk video kualiti tinggi. 500MB sejam untuk versi mobile.


Penggunaan Data Internet bagi video call selama 1 jam menggunakan Zoom
Penggunaan Data Internet bagi video call selama 1 jam menggunakan Zoom


ZOOM - Guna 540MB sejam bagi video kualiti standard. 1.08GB sejam untuk video 720p dan 1.62GB sejam untuk video 1080p.


Penggunaan Data Internet bagi video call selama 1 jam menggunakan Microsoft Teams
Penggunaan Data Internet bagi video call selama 1 jam menggunakan Microsoft Teams


MICROSOFT TEAMS - Guna 225MB sejam kualiti Standard dan 450MB sejam untuk video 540p.

Penggunaan data Internet nih juga boleh berubah-ubah ikut kualiti video kamera yang kita gunakan, bilangan orang yang tengah ON kamera masa meeting, bilangan orang yang kita tengok video diorang dan juga sama ada kita sendiri ON atau tak kamera kita.



Ramai juga yang bertanya tentang feature baru Telegram bagi tujuan yang sama, iaitu video call. So far, tak ada lagi sebarang rujukan penggunaan nya. Nanti kalau saya dah jumpa rujukan data consumption untuk 1 jam video call bagi aplikasi Telegram, saya maklumkan ya.


OK. Harap dapat membantu rakan guru buat pilihan platform terbaik ikut tahap Internet anda.
Apa pula pilihan anda?

Catat Ulasan

0 Ulasan