About Me

Terima Kasih Alumni USM Atas Ucapan Penghargaan

Jutaan terima kasih buat Universiti Sains Malaysia, menerusi Alumni #USM yang telah menghantar sedikit cendera hati dan surat Ucapan Tahniah kepada saya baru-baru ini.

Serious terkejut, sebab tak sangka langsung nak dapat surat dan poskad bertandatangan Timb Naib Canselor, Prof Dr Aldrin Abdullah sendiri. Abam rasa di hargai tau!

Terima Kasih Alumni USM Atas Ucapan Penghargaan


Ini bukan kali pertama saya dapat kejutan macam ni. Kali pertama selepas saya balik dari menyertai program guru Honeywell Educators at Space Academy di Amerika Syarikat. Siap masuk website, Alumni of the Month (July) lagi OK!
Jika di ingatkan semula zaman belajar kat USM yang penuh dengan yak yak yey, hampir2 jadi budak MassComm, hampir2 kena buang, siap super extend lagi, mana lah nak sangka sejauh ini saya melangkah. Tapi rezeki Allah nak bagi kat hamba-Nya, bukan kita tau. Yang penting, usaha. Ye tak?
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia) (2000-2004) 💕



Catat Ulasan

0 Ulasan