About Me

Review Webcam Logitech C920; Tampil Secantik Mira Fizlah atau Sekacak Fattah Amin Masa Online!

 Kemain kan tajuk dia? Untuk korang yang nak happy masa kelas online atau meeting online, meh Abam nak share sket satu barang boek abam beli masa kegilaan 11.11, iaitu HD Webcam C920 jenama Logitech.

Gajet nih rakan abam,
Cikgu Romie
dah suggest dari hujung tahun 2019 lagi. Tapi sebab rasa xdek keperluan, abam pon tengok sepi jer lah. Masa tuh harga dia dalam RM270. Abam teruskan jer berdoa supaya harga dia turun bawah RM200, so baru ler nak beli.
Sekali tengok COVID-19 melanda. Aiyoo. Alat-Alat camnih memang terus jadi laku keras baq ang. Termasuk lah ring light tu. Semua nak hensem-hensem lawa-lawa flawless dalam online. Hahahahaha. Dasar!!
So abam pon terus laa recce balik gajet nih. Mashaallah harga dia terus naik ke RM570 lebih woiiii.. Menyesal abam tak beli awal-awal dulu!
Sejak dari hari tu abam pon murung jer dengan kualiti gambar yang sendu jer masa live. Tapi abam tetap simpan cita-cita nak beli jugak benda nih. Hingga lah diberi rezeki pada 11.11 arituh.
Tak sangka weyh kat Lazada diorang jual dengan harga RM330 camtu jer time tuh. Bagai orang mengantuk disorong bantal, abam terus grab weyh.









Dan bila barang dah sampai, abam test, mashaallah touching abam tengok. Kualiti video dia padu baq ang. HD bangat. Jerawat dan bulu-bulu atas muka pon ble nampak dengan clear weyh... Omei ngat. Terus abam feeling macam Pattah Amin! 😍😍😍
Yang tak caya, korang ble swipe tengok kualiti gambar waktu siang dan malam guna webcam nih. Pastu compare plak dengan webcam sedia ada kat laptop. Jauh nau beza dia kan?
Hehhee.. So untuk korang yang murung sebab tak nampak secantik Mira Piljah atau sekacak Pattah Amin masa online, pergi ler dapatkan webcam nih laju-laju. InshaAllah tak murung dah pasnih.
Untuk yang degil jugak tu, jangan lupa jugak tau, korang ada lagi 3 4 bulan nak beronline-online nih. Sanggup ker tengok diri sendiri masa online tu? 😂😂😂

Catat Ulasan

0 Ulasan