About Me

Kaji Selidik Sokongan Pembelajaran Secara Online; Ini Yang Kami Buat Masa Sekolah Dibuka Semula

 Antara perkara pertama yang kami buat bila sekolah dibuka semula selepas PKP pertama dulu adalah buat Survey tentang Sokongan Pembelajaran Online untuk Murid Tingkatan 4 dan 5. Kelas tak?

Tingkatan 4 sebab saya penyelia bersama Cg
Noor Laila Mohd Akil
(GK Bahasa) dan Tingkatan 5 sebab saya guru Sains Tingkatan 5.

Kaji Selidik Sokongan Pembelajaran Secara Online; Ini Yang Kami Buat Masa Sekolah Dibuka Semula
Kaji Selidik Sokongan Pembelajaran Secara Online Tingkatan 4 SMK Jerlun


Kaji Selidik Sokongan Pembelajaran Secara Online; Ini Yang Kami Buat Masa Sekolah Dibuka Semula
Kaji Selidik Sokongan Pembelajaran Secara Online Tingkatan 5 SMK Jerlun



Soalan dia mudah saja. Contoh macam,
1. Jadual belajar ada tak?
2. Gajet sendiri ada tak?
3. Komputer ada tak?
4. Kongsi gajet tak?
5. Akses Internet OK tak?
6. Ruang belajar ada tak?
7. Ibubapa bantu tak belajar kat rumah?
8. Mudah tak belajar online?
9. Belajar online berkesan tak?

Alhamdulillah. Dapatan survei ini sangat berguna sekarang bila kita kena buat lockdown kali kedua.

Kalau tengok data untuk murid kami nih, majoriti budak Jerlun ada gajet sendiri dan tak berkongsi dengan ahli keluarga tau. Ibubapa pon banyak menyokong pembelajaran berlaku di rumah.


Kaji Selidik Sokongan Pembelajaran Secara Online; Ini Yang Kami Buat Masa Sekolah Dibuka Semula

Kaji Selidik Sokongan Pembelajaran Secara Online; Ini Yang Kami Buat Masa Sekolah Dibuka Semula

Kaji Selidik Sokongan Pembelajaran Secara Online; Ini Yang Kami Buat Masa Sekolah Dibuka Semula


Masalah dia pada jadual belajar, kerana majoriti murid tak ada jadual khusus. Alhamdulillah sebelum bercuti hari tuh, kami dah sempat buat program "Keep Going Keep Growing" yang bantu murid urus pembelajaran di rumah. Termasuk buat jadual dan urus bahan belajar.

Sekali, prrrrapppppppppp..... Semua cuti.

Semoga skil yang dah di ajar dapat bantu murid urus pembelajaran di rumah nanti.
❤️ @ Smk Jerlun

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Ideal and also Most inexpensive Jabodetabek Individual Instructions, your team and also teachers arrive home, set your own research agenda and might opt for any kind of area of analysis ... go to https://kursus-ekonomi.netlify.app/les-privat-ekonomi-jagakarsa.html for further

    BalasPadam
  2. Perhaps you will discover a cheaper fee as opposed to table above, ensure again around the qualifications from the teacher / Kindergarten teacher recommended to you ... for more information https://fisika-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-fisika-di-setiabudi-temurah.html

    BalasPadam