About Me

EDUFLUENCERS #5 - Cikgu Tiew Feilix dan Aplikasi Pengajaran Digitalnya

 Cikgu Tiew Feilix

ini saya sifatkan sebagai seorang cikgu yang 'diam-diam ubi berisi'. Walaupun mungkin nampak macam pendiam, sebenarnya jiwa pendidik beliau sangat tinggi.

Kagum sungguh saya tengok usaha Cikgu Tiew menggunakan pelbagai aplikasi untuk pembelajaran online dengan anak murid beliau. Google Classroom, Google Form, Quizziz, Leaderboard, Wordwall, dan sebagainya digunakan secara gamifikasi untuk tingkatkan penyertaan anak murid. Sebab tu tak hairan kenapa anak murid dia sentiasa penuh saja attend class online.






Tambah lagi, setiap kelas yang menggunakan Google Meet, kesemuanya dirakam untuk digunakan semula oleh anak murid beliau sebagai rujukan. Atau, untuk yang tak dapat sertai kelas online.
Satu lagi adalah, setiap tugasan kepada murid sangat lah menarik dan perlukan penyertaan ibubapa. Maka project-based learning seperti ini adalah sangat membantu pembelajaran terus berlaku.
Tahniah untuk Cikgu Tiew Feilix. Semoga terus berjaya!

Catat Ulasan

0 Ulasan