About Me

Idea Hebat Dan Kreatif Jadual Berkala Bersaiz Raksasa

 Aktiviti semalam abam rasa best sangat. Maklum lah dah lama tak feeling ajar Kimia. Kali nih murid bina Jadual Berkala saiz Raksasa. Gedabak besar.

Mula dengan bahagi murid kepada 6 group. Lepas tu setiap group ditugaskan untuk tulis unsur daripada 2 atau 3 Kumpulan dalam Jadual Berkala. Mereka kena tulis nama unsur, simbol, nombor proton dan jisim atom relatif. Warna kertas pon kena ikut. Rujukan depa boleh tengok buku teks Sains Tingkatan 4.
Video boleh tengok sini https://youtu.be/GwGuXiabOkM
Selesai semua diorang kena lekat kat papan putih belakang makmal. Satu-satu sebab jaga SOP.








Masa nih lah yang bestnya! Untuk susun, murid kena ikut tertib nombor proton menaik. Pastu susun pulak dari kiri ke kanan. Dan depa ble tengok sendiri perubahan warna kertas, dan tahu bahawa unsur sebelah kiri adalah Logam. Mana kala sebelah kanan pulak bukan Logam.
Alhamdulillah, murid bukan takat boleh discover sendiri perkara tadi, tapi juga boleh rasa debaran dan keseronokan Saintis terdahulu dalam menyiapkan Jadual Berkala Moden. Best kan?

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Terima Kasih Informasinya. Memang kreatif sangat ini pak.

    BalasPadam
  2. Sayang sedikit sebab webinar kali ini tak dirakam. Tapi masih boleh tonton webinar di bawah, yang mana tajuk perkongsian adalah sama. Semoga beroleh manfaat ya https://testmyspeed.onl/.

    BalasPadam
  3. The MBA in Supply Chain Management course duration aims to teach a practical understanding of supply chain management principles and their implementations.

    BalasPadam