About Me

Give Credit Where It Is Due: Berkongsilah Dengan Cara Yang Betul

 Belakangan ini saya melihat satu etika perkongsian yang tak betul. Ambil dari gambar yang saya kongsikan di Facebook, tak bagi kredit kemudian up pada media sosial masing-masing. Seolah sendiri punya.

Saya tak kisah pun sebenarnya. Sejak ada blog, terlalu banyak bahan saya yang di'curi' dengan macam2 tujuan. Tak kisah, sebab niat saya memang nak sebar ilmu. Selagi tak diguna untuk tujuan keuntungan, silakan.




Tetapi, sedar tak dengan tanpa beri kredit pada sumber asal, kita dah bagi maklumat yang kurang tepat pada pembaca hatta Facebook kita sendiri. Selain daripada menampakkan 'character' dan 'class' kita yang sebenar, kita juga tak membantu pengguna maklumat untuk sampai ke sumber asal. Bukan kah tamak itu nama nya?
Akhir sekali, setelah anda berbuat demikian, cuba tanya balik diri sedalamnya, "untuk tujuan ape ek, aku buat camni?"
Tujuan dia tu, masing-masing kita semak. Jangan sampai tersasar. And surely you will get the answer!
Jom kita tambah baik amalan kita, supaya banyaknya di sini, maka banyaknya juga di sana nanti.

Catat Ulasan

0 Ulasan