About Me

Tips Guru Menulis: Dr Zuridah Hanim Kongsi 10 Dosa Penulis Buku Kali Pertama!

Hari ini terlintas di timeline Facebook saya satu perkongsian yang cukup menarik oleh seorang Guru Cemerlang Media dari SMK Sultanah Bahiyah, iaitu Dr Zuridah Hanim. Tajuk perkongsian beliau pun dah boleh buat tersentak. Maka saya minta keizinan dari beliau untuk kongsikan penulisan tersebut di blog saya supaya boleh memberi lebih banyak manfaat kepada rakan guru lain juga yang tengah berkira-kira nak menulis dan juga menghasilkan buku sendiri. Jom kita baca!


Tips Guru Menulis: Dr Zuridah Hanim Kongsi 10 Dosa Penulis Buku Kali Pertama!
Tips Guru Menulis: Dr Zuridah Hanim Kongsi 10 Dosa Penulis Buku Kali Pertama!


Dosa-dosa penulis buku kali pertama- ikut pengalaman saya.
=======================
1. Mengharapkan buku terus siap - mustahil. Manuskrip perlu ditulis setiap hari sedikit demi sedikit biarpun satu perenggan.

2. Tiada masa - sibuk atau tidak, Allah tetap kurniakan masa 24 jam sahaja kecuali bagi mereka yang hebat dan mampu mencipta masa. Kita yang bersalah kerana ingin ada buku tetapi tidak sibuk menulis.

3. Perlu 'perfect'- Jika ini jadi amalan, buku anda tidak akan siap. Tulis sahaja. Biar ayat lintang pukang. Nanti ada hari yang anda terasa malas dan tiada idea, hari itulah hari paling sesuai untuk menjadi editor tulisan sendiri. Hari Edit Sedunia.

4. Saya bukan orang bahasa - Ini dosa besar, bukan semua penulis orang sastera. Tulislah mengikut bidang kita. Saya sendiri lulusan perakaunan. Jangan bimbang. Editor sedia membantu.

5. Mesti ada 'work-station' khas- adakah anda jamin idea itu datang apabila anda duduk di tempat tersebut? Biar idea terus terjana di mana sahaja. Ada kalanya persekitaran berbeza menjana idea yang hebat. Bab yang paling banyak menyentuh hati pembaca dalam buku "Kenapa Kita Hidup Anakku?" ditulis semasa bersarapan dalam suasana hiruk pikuk di Mc Donalds.

6. Menulis terus di laptop, edit dan terus edit- jika ini jadi amalan, insya Allah memang lambatlah buku siap atau mungkin tidak siap langsung. Gunakan apa sahaja untuk menulis dan mencatat idea. Aplikasi telegram, fb, WhatsApp, buku nota malah saya pernah menulis di atas kertas tisu🤣.


Tips Guru Menulis: Dr Zuridah Hanim Kongsi 10 Dosa Penulis Buku Kali Pertama!
Tips Guru Menulis: Dr Zuridah Hanim Kongsi 10 Dosa Penulis Buku Kali Pertama!


7. Maaf, saya fokus buku solo sahaja- Ini dosa besar. Menulis berjemaah faedahnya sangat besar. Hanya penulisan kurang 10 muka surat, anda terjun dalam dunia penerbitan buku, bagaimana memasar, 'network', buat iklan dan 1001 latihan tanpa anda sedari. Pengalaman ini sangat mahal.

8. Buku kompilasi sukar pergi 'jauh' - Siapa kata? Dengan bimbingan
Tok Mat
menerusi Wacana MBM dan Syfe, saya menerima Anugerah Penggalak Budaya Membaca dan Membeli. Malah buku kompilasi tulisan saya juga terus ada permintaan. Buku Panduan PSS Idaman yang ditulis oleh 5 beradik, kini sudah ada 4 siri🤣🤣🤣 malah menjadi fenomena Guru PSS di Malaysia.

9. Saya nak tulis buku solo bukan buku kompilasi dengan penulis lain - tidak salah menulis buku kompilasi. Asbab penulisan satu bab dalam buku kisah hidup Kembar 10, idea dikembangkan dan saya berjaya hasil buku solo. Perancangan awal buku solo kisah hidup tajuknya lain. Namun, sambutan luar jangkaan pembaca memberikan idea kepada saya tentang genre yang diminati.

10. Buku mesti tebal, baru nampak kreadibiliti penulis - Hello, anda yakin semua orang suka membaca? Bagaimana ingin menarik 'reluctant reader?' Orang tengok kamus pun takut kan? Ramai ingin membaca, namun tiada masa. Penulis juga perlu kaji tren pembaca.

Cukup perkongsian 10 dosa ini dahulu🤣🤣. Diharap tazkirah pagi Jumaat yang penuh barakah ini membantu menjawab persoalan anda yang ingin menjadi penulis sejak bertahun- tahun lamanya.

Maaf ya, adakalanya saya tidak dapat menyantuni persoalan di WhatsApp satu persatu.

Saya juga dulu bergelumang dengan 10 dosa ini juga namun syukur Allah beri hidayah, segera bertaubat dan TERUS BUAT kerja- kerja penulisan sampai jadi.

Jangan jadi NATO - No Action Talk Only.

Terima kasih buat guru- guru yang terus membimbing



Best kan? Semoga rakan-rakan guru yang lain juga mendapatkan semangat dan motivasi daripada perkongsian ini. Jom kita mula menulis!

Catat Ulasan

0 Ulasan