About Me

Ular Danu Di Kaki Langit

Petang ini direzekikan untuk saya lihat satu pembentukan pelangi yang sempurna cantiknya di kampung saya.
Saya tunjukkan pada ayah dan mak yang sedang berehat di belakang rumah.
"Oh.. Ular danu.." ujar ayah saya.
"Ular apa?.." saya tanya balik.
"Orang tua dulu-dulu panggil pelangi tu Ular danu.." sambung ayah saya lagi.
Saya meng-ooooooohhh-kan saja.

Ular Danu Di Kaki Langit

Ingatkan cuma bahasa kampung. Rupanya bila saya search sket, memang ULAR DANU adalah bahasa lama Kedah dulu untuk PELANGI.
Dan lebih menariknya, dalam portal DBP pun ada disenaraikan Ular Danu sebagai memberi maksud pelangi.
Nak tengok cara hasilkan Ular Danu sendiri di rumah? 🌈 Klik https://youtu.be/6ojYd1qBd3Q

Catat Komen

0 Ulasan